semua bapak menteri mula berkampung di kawasan P36. inilah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. sanggup turun padang untuk melihat sendiri nasib rakyat yang memilih mereka untuk menjadi ahli parlimen. juga mula berjanji untuk memberi itu dan ini. alangkah baiknya jika perkara begini akan dilakukan bukan hanya apabila ada PRK sahaja.
tapi yang tak berapa sedapnya, turun atas kapasiti menteri, guna jentera dan duit kerajaan, tapi buat kerja atas nama parti. tambah pedih dan sakit hati...hentam dan kata macam-macam pada pemimpin dan penyokong yang satu lagi/pembangkang. buat jamuan atas nama aktiviti jabatan, tapi motifnya adalah untuk kempen. inilah yang dikatakan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kepentingan parti. itulah jadinya bila kita tak tahu nak bezakan antara parti dan kerajaan. parti itu hanyalah hak orang yang menganggotainya saja, iaitu ahli UMNO, ahli PAS atau lain lain. tapi kerajaan adalah hak rakyat keseluruhannya. cuma parti yang majoriti di parlimen diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir.
tak apalah kalau puak menteri ni tak reti bahasa, mungkin sebab mereka tak sedar diri dan tak ada maruah diri. yang si BPR/SPRM dan SPR pun nak tumpang sekaki juga, buat pekak badak.
dah terang-terang si bapak menteri ni dah salah guna jentera kerajaan dan merasuah pengundi dengan macam-macam projek dan bantuan kewangan, tunggu apalagi......tak kan nak duduk terpacak saja. dah jadi suruhanjaya ingat nak buat kerja betul. rupanya...macam tu juga....budak suruhan. bila disuruh baru nak buat siasatan.
1 comment:
semoga Allah memberi kita pilihan yang terbaik.
Post a Comment