Tuesday, January 13, 2009

Boikot, Biarlah Berstrategi


" Sejak Palestin diserang oleh Israel hujung bulan lalu, maka bangkitlah masyarakt seluruh dunia amnya, dan Malaysia khususnya dalam menyatakan sokongan mereka kepada Palestin dan kutukan mereka kepada Israel laknatullah ajma'in abada. Antara kaedah yg diutarakan bagi menyatakan tentangan terhadap israel ialah kempen boikot barangan Israel dan Amerika..

Sehingga ke hari ini, secara nyatanya syarikat2 yg diboikot seperti KFC, McD,nokia, dll belum lagi gulung tikar. Tetapi secara hakikatnya, mereka mula terasa bahangnya. Menurut YB Salahuddin Ayub dlm wawancara di RTM1 sejurus sebelum sidang tergempar parlimen petang tadi, ketika demo boikot berjalan, KFC dan McD lengang dgn pelanggan. Kenyataan itu disokong lagi dengan kenyataan pengerusi KFC holding, yang meminta rakyat supaya jangan terburu-buru..Hakikatnya, kempen ini berjaya.

Namun, persoalannya, bagaimanakah kempen ini akan berakhir?? adalah ia akan reda selepas Israel menghentikan serangan? atau ia akan berterusan sehingga syarikat2 ini bankrap?

Di sana, ada beberapa langkah yang perlu diambil. Pertama,
boikot ini hendaklah berterusan, bagi barangan yg telah berdarah daging dengan kita, sprt Milo, Nescafe dll, bertukarlah secara perlahan-lahan..Sekarang berlambak kopi2, minuman koko alternatif yang ada di pasaran. Bila hendak pakai handphone baru, bertukarlah kpd jenama lain selain Nokia. Soal ciri2 yg ada perkara kecil.

Kedua, perlu ada kesedaran utk mewujudkan produk alternatif, samada drp peniaga mahupun pengguna. Marilah kita sama2 mewujudkan produk baru sebagai alternatif kepada KFC, McD, Pizza Hut dll. Pihak kerajaan, perlu menyokong usaha sebegini. Kita mulakan dengan negeri2 kerajaan Pakatan Rakyat. Jangan tunggu Be End..dah nak reput tuh..kita mulakan dahulu..saye percaya, para penyokong PR sekelian akan bersama membantu.Dalam hal ini, kita perlu melihat tindakan Nabi SAW ketika membuka Madinah, Baginda membuka pasar utk orang Islam berurusan, kerana pasar Madinah telah dikuasai oleh Yahudi.

Ketiga, kerajaan perlu menghadkan pembukaan francaisi barangan Israel dan Amerika..kalu hendak buka mesti dikenakan cukai tinggi..alasan yang sama macam cukai kereta...inilh kaedah yg digunakan Israel, mereka tidak berkompromi dgn produk luar, mereka hanya menggunakan produk mereka sendiri ....sekali lagi dlm hal ini, kerajaan PR mesti mencari jalan utk memainkan peranannya, kerana Ameno tlh gagal melaksanakannya...

Keempat, pendidkan anak2..sebagai penyokong PR, kita seharusnya mempunyai kesedaran yg lbh tinggi drp orang Ameno..setiap keluarga penyokong PR mestilah mendidik anak2 dirumah utk tidak membeli barangan boikot ini...jauhkan mereka drp colgate..biasekan mereka dengan poduk Mukmin, Safi dan sebagainya.

akhir sekali..setiap langkah yang dicadangkan ini perlu berjalan seiring dan konsisten..ia memerlukan sokongan stiap warga Malaysia..walaupun usaha ini lambat kesannya, namun, 5-10 tahun akan datang pasti akan ternampak hasilnya jika langkah pertama dimulakan hari ini..

Bersama kita berjihad menghancurkan ISRAEL!!

No comments:

Search This Blog