Wednesday, January 14, 2009

media untuk semua

kalau lah benar B end benar-benar anak jantan dan masih menerima sokongan yang kuat dari rakyat, kenapa takut untuk bertarung di padang yang rata dengan pakatan rakyat. beri kan ruang media elektronik samada swasta mahu pun kerajaan kepada PR untuk menyatakan dan menyampai mesej serta manifesto mereka kepada rakyat. malah logiknya, RTM adalah milik rakyat tanpa mengira fahaman politik. duit rakyat digunakan untuk menampung operasi RTM selama ini. apa kata selepas ini kutipan cukai di buat mengikut keahlian parti rakyat atau rakyat di beri pilihan untuk membayar kepada siapa. duit cukai ahli pembangkang di salurkan kepada kerajaan pembangkang atau wakil rakyat pembangkang. boleh lah duit itu digunakan untuk kebajikan rakyat yang telah memilih pembangkang.

barulah rakyat yang di kategorikan sebagai pembangkang tidak di anaktirikan. macam mana B End mengaku membela rakyat sedangkan rakyat di diskriminasi mengikut fahaman politik mereka. tak kira siapa yang memerintah rakyat mesti di jaga. hak untuk memilih siapa wakil mereka ke parlimen atau DUN adalah hak mereka. apa nak takut, kalau wakil atau parti yang bertanding benar benar amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas maka mereka akan dipilih. tapi berilah peluang sama rata pada wakil/calon yang bertanding untuk menggunakan kemudahan media yang ada tak kira media cetak atau elektronik.

1 comment:

DrSam said...

salam,

harap-harap ganu kite akan lebih bijak menilai.

Search This Blog