Wednesday, January 28, 2009

Dari rakyat, untuk UMNO, kepada KRONI.

Dilulus terbit pada Wednesday, January 28 @ 11:00:00 MYT oleh TokBatin
Respon @ Ulasan Oleh ning

" Slogan "DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT, KEPADA RAKYAT" telah lama digunakan untuk menunjukkan kuasa rakyat dalam sistem demokrasi negara.Ianya bermaksud bahawa mana mana parti yang terpilih untuk menerajui negara mesti melakukan yang terbaik UNTUK RAKYAT sebagai balasan rakyat memilih parti tersebut.Slogan ini juga menafikan kenyataan bahawa mana mana kerajaan yang dibentuk hasil pilihan majoriti rakyat banyak "BERJASA"kepada rakyat dan sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan.

Rakyat sebalik nya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan mana mana parti sebagai kerajaan.Itulah demokrasi yang sepatutnya diamalkan negara berdasar slogan di atas. Slogan ini juga digunakan olih UMNO semasa PRK P 36 tetapi malangnya, slogan ini hanya tinggal retorik sahaja sedang apa yang dilakukan olih UMNO jauh menyimpang dari makna slogan berkenaan.

Janji janji pilihanraya yang begitu banyak dihamburkan di KT, taburan wang ringgit atas nama wang ehsan, wang bantuan dan sebagainya, kehadiran besar polis di bandaraya persisir pantai, kelibat JPN dan SPR mencipta pengundi "zombi", kesahihan undi pos dan banyak lagi keraguan yang bolih diperkatakan jelas menunjukkan UMNO tidak bertindak selari dengan slogan berkenaan sekalipun banyak sekali bena dan kain rentang yang mengandungi slogan berkenaan dihidangkan kepada rakyat di KT.

Kenyataan terbaru Najib ekoran kemasukan ADUN BOTA di Perak juga jelas menunjukkan kerajaan UMNO/BN tidak mengikuti lunas lunas demikrasi yang berdasarkan slogan berkenaan.Kata kata Najib, BN banyak berjasa kepada rakyat dan negara dan perlu dikekalkan sebagai kerajaan adalah satu kenyataan yang jelas melanggar makna slogan berkenaan.Sebelum ini pun kita banyak mendengar ungkitan jasa dari pemimpin kerajaan UMNO/BN sehingga MB Terengganu pernah mendakwa rakyat berhutang dengan kerajaan.

Nyata dan jelas, walaupun UMNO cuba mengajak rakyat untuk mengikuti lunas demokrasi menerusi solgan "DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT, KEPADA RAKYAT" tetapi apa yang dilakukan mereka ialah "DARI RAKYAT, UNTUK UMNO, KEPADA KRONI".Lihat saja apa yang berlaku di KT sepanjang empat atau lima tahun dahulu.Lihat bagaimana UMNO membina masjid kristal, membina TTI, menganjurkan monsoon cup, membina bentang di Ladang dan Kuala Kemaman serta pembinaan sebuah pulau buatan di kuala sungai Kuala Kemaman.Begitu projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mahmud dan pembinaan komplek sukan di Gong Badak.

Siapakah yang mendapat menafaat dari semua pembinaan yang dikatakan pembangunan ini?apakah rakyat jelata yang menjadi kumpulan sasar pembinaan semuanya ini?

Semua tahu bahawa tidak sedikitpun menaafat yang mengalir kepada penduduk Pulau Duyung hasil dari monsoon cup selain dari terpaksa menyepak tin tin arak yang berselerah di pulau berkenaan setiap kali selesai monsoon cup.Semua juga tahu bahawa pembinaan TTI dan Masjid Kristal langsung tidak memberi menafaat kepada ribuan penduduk Losong yang sebaliknya terpaksa menanggung akibat pembinaannya.Lapang terbang pula telah menyebabkan penduduk menanggung kerugian dan kesengsaraan akibat banjir baru baru ini sementara pembinaan stadium baru hanya mengakibatkan kegiatan maksiat dan kemungkaran bertambah buruk di Terengganu.

Pembinaan pulau buatan di muara sungai Kuala Kemaman pula semakin banyak menimbulkan keluhan di kalangan penduduk tempatan terutama para nelayan yang semakin sukar untuk keluar masuk kerana kuala sungai menjadi semakin sempit sedangkan penduduk masih tertanya tanya apakah menafaat hasil pembinaan pulau berkenaan?

Pendeknya, apa yang dilakukan olih kerajaan UMNO tidak sama dengan slogan yang mereka laungkan.Mereka tidak bertindak selari dengan slogan "DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT , KEPADA RAKYAT" sebaliknya cukup selari dengan slogan"DARI RAKYAT, UNTUK UMNO, KEPADA KRONI".Sudah bukan rahsia lagi bagaimana wang yang dicurahkan untuk pembangunan ini telah masuk ke poket kroni dengan jumlah yang terlalu besar sehingga yang tinggal untuk diagihkan kepada rakyat cuma sesen dua. yang memberikan wang ini kepada kroni mereka ialah kerajaan UMNO dan yang memilih kerajaan UMNO ialah rakyat.Jadi lebih tepat bagi UMNO menggunakan slogan'DARI RAKYAT, UNTUK UMNO, KEPADA KRONI" berbanding slogan "DARI RAKYAT, UNTUK RAKYAT, KEPADA RAKYAT"."

1 comment:

taipingmali said...

nik aziz dan anwar pun kroni juga,,wehhhhh,,,mu niii teruk sungguh lah,,,,,nampak kain orang,,,tepi kain sendiri tak nampak

Search This Blog