Tuesday, January 27, 2009

Umno penternak rasuah


" Akhir-akhir ini tindakan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai BPR (Badan Pencegah Rasuah) yang mendakwa ahli-ahli Umno kerana terlibat dengan pemberian rasuah untuk meraih/membeli undi pada pemilihan bahagian, membuktikan apa yang selama ini disuarakan oleh pihak pembangkang dan orang ramai bahawa Umno memang menternak rasuah.

Yang terlibat bukan sahaja ahli biasa, ketua cawangan, ketua bahagian malahan ahli MT (Majlis Tertinggi) juga tidak ketinggalan. Mereka begitu ghairah menganjurkan majlis makan suap untuk dipilih didalam pemilihan Umno.


Mereka melaburkan wang yang begitu banyak untuk mendapatkan jawatan didalam parti dengan mengamalkan rasuah untuk kepentingan diri sendiri. Sebelum mendapatkan jawatan, merekalah PEMBERI RASUAH.

Ini bagi mereka hanyalah satu pelaburan untuk keuntungan di kemudian hari. Apabila telah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan didalam parti ataupun didalam kerajaan, maka mereka bertukar menjadi PENERIMA RASUAH untuk meluluskan sesuatu projek ataupun memberikan keistimewaan kepada pihak-pihak yang telah dijanjikan dahulu.

Najib menggelarkan melayu sebagai GLOKAL kerana mereka menternak rasuah hanyalah didalam negara (domestik / local) manakala beliau sendiri bolehlah digelar GLOBAL kerana ternakannya melibatkan komisen luar negara (kapal selam dan eurokopter).

Tindakan SPRM telah memalukan Umno sehingga terpaksa mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ini untuk kepentingan parti agar rasuah dapat dihapuskan. Benarkah begitu? Kerana rasuah telah berakar umbi didalam parti sejak sekian lama lagi (dulu, kini dan selamanya...)

Najib pula mengeluarkan kenyataan bahawa ahli parti yang didapati bersalah terlibat dengan amalan rasuah akan hilang kelayakan untuk bertanding. Jika bearlah begitu, pasti pemilihan umno tidak dapat diadakan kerana majoriti ahlinya telah memang terlibat dengan rasuah termasuklah pimpinan diperingkat pusat.

Hayatilah lirik lagu 'DUIT' nyanyian kumpulan Kembara yang menyebut 'Jangan makan rasuah, nanti bangsa akan musnah'. Memang tepat sekali lirik itu kerana ternyata bangsa melayu telahpun musnah angkara amalan rasuah Umno yang menjadi pemerintah sejak 51 tahun dahulu. "

No comments:

Search This Blog