Friday, January 30, 2009

umno-Tempoh akhir bayar tunggakan


BUKIT MERTAJAM 29 Jan. – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memberi tempoh sehingga 28 Februari ini untuk lima pengurusan pejabat UMNO membayar tunggakan cukai pintu yang mencecah RM236,558.24.

Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus berkata, tindakan tegas termasuk melelong bangunan berkenaan akan diambil jika pihak berkenaan gagal membuat bayaran sehingga tarikh tersebut.

“Notis amaran berkenaan tunggakan cukai pintu tersebut sudah dihantar kepada pengurusan bangunan terbabit pada 26 Disember lalu.

“Kita harap tunggakan (cukai) dapat dijelaskan sehingga tarikh yang ditetapkan kerana jika tidak, MPSP terpaksa ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Kerajaan negeri baru-baru ini mengarahkan MPSP supaya menuntut tunggakan cukai pintu lima pejabat UMNO di Seberang Perai yang didakwa kini mencecah RM236,558.24.

Antara pejabat UMNO terbabit ialah Wisma UMNO dengan tunggakan cukai RM209,135.45.

No comments:

Search This Blog