"JANGAN LAYAN PENJENAYAH MACAM HERO itulah tajuk satu ulasan yang dibuat oleh pak syeikh tentang isu A.Kugan. Walaupun dia tidak merujuk kepada mangsa yang menjadi subjek ulasan, akan tetapi semua pembaca tidak boleh dibohongi atau diperbodohkannya.
Sebenarnya pak syeikh terlalu kecewa apabila 2 orang timbalan menteri telah terlibat dalam isu ini tempoh hari. Terlalu mengejutkannya apabila tembelang kes (yang menjadi miliknya dalam KDN) telah terpecah dan baunya telah dihidu keseluruh negara dan dunia yang mengikutinya di alam siber. Dan pak syeikh juga katanya akan mendakwa 2 timbalan menteri berkenaan.
Tersepit juga pak syeikh dengan isu ini rupaya apabila orang no. 1 dalam MIC akan ambil lawyer jika 2 timbalan menteri ini betul-betul kena dakwa. Sekarang isu Kugan sudah betul-betul jadi hangat.
Ikut cerita A.Kugan ditangkap. Siapa tangkap? Jawapannya polis. Sebab apa ditangkap? TUDUHAN POLIS kerana curi kereta mewah. Itu kita boleh terima.
Ikut prosedur polis, OKT (orang kena tuduh) mesti kena/perintah reman untuk beberapa hari. Mana tempatnya? Dalam lokap polis. Siapa jaga lokap? Polislah.. Itu kita boleh terima.
Ikut sepatutnya, polis kena cari bukti dan pengakuan masa OKT kena reman. Apa caranya? Siasatlah dengan "baik" atau "sebaik-baiknya". Untuk apa? Dapatkan pengakuan supaya boleh dapat pendakwaan. Lagi cepat, lagi betul, lagi baik.. Itu kita terimalah..
Tapi lain cerita pulak dengan kes Kugan yang kita rasa macam filem Tamil. OKT mati dalam tahanan polis. Polis kata sakit paru-paru. Tetapi dari mayat yang dilihat secara terjah masuk tempoh hari maka meletuplah satu kejadian yang betul-betul pak syeikh kita tercabar habis.
Apa tidaknya seluruh anggota badan (bahagian belakang) jelas dan nampak bahawa A.Kugan telah disiksa. Hanya orang bodoh dan bangang saja yang percaya sebab punca menyiksakan diri sendiri. Dan orang yang habis bahalul saja yang percaya A.Kugan mati bukan kerana disiksa. Itulah yang sukar nak diterima.
Apapun, jika seorang dituduh penjenayah buktikan bahawa dia sebenarnya penjenayah. Akan tetapi jika belum sempat dia dibuktikan sebagai penjenayah, maka seharusnya polis dibawah tangungjawab pak syeikh dalam KDN "jawab" dan "tanggunglah" sendiri...
No comments:
Post a Comment