Saya rasa terpanggil untuk 'tumpang' memperkatakan tentang situasi yang sedang melanda UMNO saat ini. Fenomena yang berlaku ini semakin menjadi 'menarik' apabila seorang ahli UMNO yang juga ADUN Bota, Dato' Nasarudin Hashim telah mengistiharkan dirinya keluar UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat. Walaupun baru seorang ADUN yang 'berhijrah, namun ianya sudah cukup memberikan tamparan hebat kepada BN, khususnya UMNO. Mesti ada sebab mengapa Dato' Nasarudin mengambil tindakan ini. Bak kata pepatah Melayu "masakan pokok bergoyang jika tiada angin". Apa yang berlaku menunjukkan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi dalam negara. UMNO hanya relevan sebagai sebuah parti untuk individu yang rasuah, gila kuasa, perompak wang rakyat dan pembohong. Paling menyedihkan, UMNO adalah musuh No.1 Islam dalam negara.
No comments:
Post a Comment