Di sebalik kesibukan Najib mengadakan lawatan ke seluruh negara bertemu rakyat dan mengumumkan projekdemi
projek untuk menambat hati rakyat, hakikat yang jelas dan diakui oleh
banyak pihak ialah UMNO dan BN masih belum cukup kekuatan untuk
memenangi pilihanraya kali ini.
Selain pelbagai isu yang
menjadi percakapan rakyat masih tidak selesai seperti isu lembu NFC,
kerugian MAS, pelbagai jenis skandal dan banyak lagi, sejak akhir-akhir
ini timbul lagi pelbagai isu yang nyatanya terus membebankan Najib,
UMNO dan BN secara keseluruhannya.