Prof. Dr. Tejatat Tejasen
Profesor Tejatat Tejasen
mengucapkan kalimat syahadat di Persidangan Perubatan ke-5 yang
diadakan di Riyadh, Saudi Arabia. Beliau adalah Ketua Jurusan Anatomi
di Universiti Chiang Mai, Thailand. Sebelumnya memegang jawatan Dekan Fakulti Perubatan di Universiti yang sama.
Setelah ditunjukkan
beberapa ayat al-Quran dan hadis Nabi kepada Profesor Tejasen yang
sesuai dengan kepakarannya di dalam bidang anatomi. beliau memberi
alasan bahawa mereka juga mempunyai kitab dalam agama Buddha yang
menerangkan gambaran fasa perkembangan embrio yang sangat tepat.
Setahun kemudian, Profesor Tejasen datang ke Universiti King Abdul Aziz
sebagai penguji dari luar. Pada persidangan di sana, Prof Tejasen
diingatkan tentang kenyataan yang dibuatnya setahun yang lalu.
Prof Tejasen telah meminta maaf dan mengatakan bahawa pada ketika dia
membuat kenyataan itu tanpa memahami apa yang dibincangkan ketika itu.
Ketika beliau memeriksa kitab Tripitaka,
beliau tidak dapat mencari jawapan ke atas persoalan yang dikemukakan
kepadanya. Atas dasar ini, Prof Tejasen diberikan buku yang ditulis oleh
Profesor Keith Moore tentang persamaan antara embriologi moden dibandingkan dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan Sunnah.
Profesor Moore merupakan tokoh yang diminati oleh Prof Tejasen
disebabkan Profesor Moore adalah salah satu ilmuwan dunia yang terkenal
dalam bidangnya.
Ketika Profesor Tejasen
membaca, memahami dan mengkaji buku tulisan Prof Moore ini, beliau
berasa hairan apabila membaca tentang penemuan terbaru dalam hal dermatologi tentang sifat-sifat kulit sebagai salah satu alat deria.
Dinyatakan kepada
Profesor Tejasen, "anda akan tertarik untuk mengetahui isi kitab ini
iaitu kitab al-Quran, sebagai rujukan pada 1400 tahun yang lalu yang
menyentuh tentang persoalan hukuman bagi orang yang tidak beriman atau
kafir, iaitu mereka akan masuk ke dalam neraka yang dipenuhi api.
Dinyatakan juga bahawa ketika kulit mereka mengalami kerosakan dijilat
api, Allah akan membuat kulit yang baru untuk mereka sehingga mereka
terus merasakan hukuman sebagai balasan di dalam neraka itu.
'Sesungguhnya
orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan
mereka ke dalam neraka. Setiap kulit mereka hangus, Kami ganti mereka
dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.'
(QS. an-Nisaa: 56)
Sekumpulan muslim
bertanyakan kepada Prof Tejasen di dalam persidangan itu, "Jadi anda
bersetuju bahawa kandungan kitab 1400 tahun yang lalu ini mengatakan kepentingan urat saraf dalam merasai kesakitan?"
Profesor Tejasen menjawab, "Ya, saya setuju."
Profesor Tejasen menjawab, "Ya, saya setuju."
Pengetahuan tentang
sifat kulit ini telah diketahui lama sebelumnya berdasarkan ayat di
dalam al-quran yang menerangkan jika seseorang berbuat salah, kemudian
dia akan dihukum dengan membakar kulitnya dan kemudian Allah akan
menggantikannya dengan kulit baru yang menutupi mereka agar tahu bahawa
dia diseksa kembali. Kulit mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap luka
bakar. Oleh kerana itu, jika kulit terbakar oleh api seluruhannya, badan
akan kehilangan kepekaan terhadap kesan sakit terbakar. Berdasar alasan
inilah maka Allah akan menghukum orang-orang kafir di hari kiamat
dengan mengembalikan kulit mereka kepada normal secara berulang-ulang,
sebagaimana Allah Yang Maha Mulia berfirman dalam al-Qur'an surat
an-Nisaa ayat 56.
Kami menanyakan kepada Profesor Tejasen, "Adakah ayat-ayat al-Quran ini datang dari Nabi Muhammad atau dari sumber manusia?"
Profesor Tejasen mengakui bahawa ayat-ayat al-Quran tidak mungkin dari manusia. Tetapi Profesor Tejasen masih bertanya tentang sumber dari manakah Nabi Muhammad menerima ayat-ayat itu.
Kami menjawab, "Dari Allah, Yang Maha Agung dan Maha Mulia."
Kemudian dia bertanya, "Siapakah Allah itu?"
Kami menjawab, "Dia
adalah pencipta kepada semua yang wujud di alam semesta ini baik yang
hidup ataupun tidak hidup. Dialah pencipta alam semesta, satu satunya
Yang Maha Mengetahui. Jika kamu mendapati kesempurnaan ciptaanNya,
inilah bukti bahawa Dialah Yang Maha Sempurna."
Profesor Tejasen
bersetuju dengan apa yang mereka terangkan kepadanya. Selepas pertemuan
dan perbincangan itu, beliau kembali ke negaranya di mana dia telah
menyampaikan tentang penemuan baru di seminar-seminar tempatan mahupun
antarabangsa.
Ketika Persidangan Perubatan ke-5 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen mengikuti siri seminar tentang tanda-tanda perubatan dalam al-Quran dan Sunnah. Profesor Tejasen menghabiskan masa selama empat hari bersama muslim dan bukan Islam di dalam seminar, membingcangkan tentang kandungan al-Quran dan Sunnah.
Ketika Persidangan Perubatan ke-5 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen mengikuti siri seminar tentang tanda-tanda perubatan dalam al-Quran dan Sunnah. Profesor Tejasen menghabiskan masa selama empat hari bersama muslim dan bukan Islam di dalam seminar, membingcangkan tentang kandungan al-Quran dan Sunnah.
Dari penelitian saya dan apa yang saya pelajari secara keseluruhan dalam persidangan ini, saya percaya bahawa semuanya yang telah tertulis di dalam al-Quran pasti sebuah kebenaran, yang dapat dibuktikan dengan peralatan ilmiah. Sejak Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca mahupun menulis, Muhammad pasti seorang utusan yang menyebarkan kebenaran yang diturunkan kepadanya sebagai seorang yang dipilih oleh Sang Pencipta. Pencipta ini pasti Allah atau Tuhan. Oleh kerana itu, saya berfikir inilah masanya untuk saya mengucapkan kalimat laa illaha illallah. Saya tidak hanya belajar dari pengetahuan ilmiah selama persidangan itu berlangsung, tetapi ini juga memebri kesempatan yang bagus kepada saya untuk bertemu dengan beberapa ilmuwan baru. Saat yang paling berharga sepanjang persidangan ini adalah ketika saya mengucapkan kalimat syahadat.
"Dan,
orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu itulah yang benar dan menyuruh kepada jalan Tuhan
Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."
(QS. Saba: 6)
No comments:
Post a Comment