Monday, March 5, 2012

PRU-13 :Ramalan Tun Daim Zainuddin


"Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ada membuat beberapa ramalan melalui wawancara khas dengan akhbar China Press.Ramalan beliau akan wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”. Ia wujud dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. Antara beberapa ramalan lain beliau ialah:



  • Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional-BN dan Pakatan Rakyat-PR, dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.
  • Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.
  • Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.
  • Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.
  • PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.
  • BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.
  • Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
  • BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.
  • Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.
Sebelum ini Daim Zainuddin juga pernah secara terbuka membuat ramalan dalam PRU-12 yang BN akan kehilangan beberapa negeri @ menerima kekalahan terburuk dalam sejarah. Adakah ramalannya kali ini menepati seperti 2008!

No comments:

Search This Blog

Loading...