Seorang lagi pemimpin UMNO Pahang bakal mengikut jejak
langkah Dato' Ariff Sabri (Bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan
UMNO Pekan) untuk meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Namun,
pendiriannya berbeza dan tidak akan sertai mana-mana parti pembangkang
atau lain-lain komponen BN seperti Ariff Sabri (masuk DAP). Beliau
khabarnya berbuat demikian untuk bertanding sebagai "Calon Pro Rakyat"
di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihanraya Umum
Ke-13 akan datang.
Ketika dihubungi, beliau menjelaskan sudah tiba masanya untuk dia berpihak kepada rakyat secara lebih jelas lagi.
"Bukan saya tak suka berada dalam mana-mana parti. Tapi, apalah guna
saya berjuang dari dalam jika suara saya tidak mahu didengari oleh
pemimpin atasan. Banyak teguran yang saya buat telah dipandang sepi oleh
mereka.
Saya berjuang demi rakyat berbagai bangsa, agama dan negara tercinta.
Maka, lebih elok saya tawarkan diri bertanding sebagai calon bebas (pro
rakyat) untuk membolehkan saya membela semua rakyat tanpa membezakan
fahaman politik masing-masing", katanya.
Menurut sumber, beliau kemungkinan besar akan bertanding di salah satu
DUN di Kawasan Parlimen Pekan, Kuantan, Indera Mahkota atau pun Paya
Besar memandangkan beliau lebih dikenali oleh rakyat di kawasan
tersebut.
Walau bagaimana pun, namanya memang cukup dikenali di peringkat negeri
dan negara. Tambahan pula, hubungan beliau yang cukup rapat dengan
pemimpin atasan selama ini.
No comments:
Post a Comment