Biar semua orang terutama warga Felda memikirkan perkara ini.
Bila Isa Samad berkata bahawa Felda akan mengujudkan suatu SPV- Special Purpose Vehicle, untuk membawa FGV listing- ia membawa pelbagai makna. (1) penyenaraian ini sebermula lagi tidak meletakkan kepentingan peneroka di peringkat tertinggi. (2) peneroka is non significant-
boleh lutu dan boleh keluar jika tidak setuju. (3) tujuan penyenaraian
ialah hanya untuk membuat duit daripada penyenaraian tersebut (4) duit
akan di buat oleh penggerak penyenaraian, penasihat dan pihak kerajaan. Bahagian besar dari untung IPO ini akan di agihkan kepada PM manakala bahagian yang lebih kecik akan di berikan kepada Felda.
Isa
Samad ada kuasa- maka boleh lah dia bercakap dengan angkuh. Apa jadi
jika KPF- Koperasi Permodalan Felda (KPF) cadang untuk ujudkan suatu SPV
untuk menyenaraikan diri nya? Kenapa tidak? Ia pemilik saham majority
dalam Felda Holdings. Ia mewakili peneroka secara lansung. Ia mempunya
standing untuk mewakili warga Felda dengan lebih mantap dari FGV.
Bagaimana
ianya di lakukan? Ini di lakukan dengan membeli FGV( tentu murah kerana
FGV tidak ada asset dan saham nya dalam F Holdings boleh di beli dengan
murah. Ia nya mudah di lakukan- nilaikan asset pada book value tentu
murah. Malah ini pun cara yang di lakukan oleh FGV. Value assets dalam F
Holdings pada harga yang murah supaya kadar pajakan murah.
KPF
buys out FGV dan pergi listing. Apa macam? Adakah cadangan nya akan
dapat liputan dan perakuan dari kerajaan dan the corporate vultures? Tapi KPF tidak ada jurucakap yang ada kuasa seperti Isa Samad. Jika ada, mungkin tidak cocky macam Isa Samad.
Selepas
listing apa jadi? Felda dapat bahagian untung dari listing. Bahagian
yang kecil kerana bahagian yang besar di janjikan oleh Dato Sabri kepada
PM untuk kegunaan Pejabat PM.
Bila
Felda dapat bahagian nya, apa dia kena buat? Dia kena( 1) bayar hutang
dengan EPF sebanyak RM 3 bilion. ( 2) ambil sebahagian untuk membayar
durian runtuh kepada peneroka dan warga Felda. (3) mengunakan yang
selebihnya untuk mengurus Felda dan membiayai kerja kebajikan nya.
Selepas
melangsaikan obligasi ini, berapa yang tinggal dalam tangan Felda?
Tahun depan bila tak cukup duit, macam mana? Felda tak boleh ambil
sesuka hati dari FGV sebab pnegurusan FGV beranggpan belanja yang Felda
buat keatas peneroka dan warga felda sekarang sudah pun terlalu tinggi.
Not good for business kata mereka. Felda jangan harap lah mendapat bajet
yang besar dari FGV. Peneroka dan warga jangan harap kehidupan mereka
seperti dalam zaman gembira seperti dulu.
Kenapa?
Sebab, kemampuan Felda melakukan kerja2 sosial datang dari asset2 dalam
Felda Holdings. Semua ini akan di pajak kepada FGV pada kadar pajakan
yang kita tidak tahu (2) kadar pajakan hanya boleh di kaji semula setiap
20 tahun( bangang punya terma) dan (3) Felda hilang
direct control keatas asset nya. Felda tidak boleh lagi melakukan apa
yang lazim mereka lakukan selama ini- yakni bersikap pemurah kepada
peneroka.
Felda
akan jadi suatu jabatan keraaan yang mempunyai bajet yang kecil dan
tidak boleh melakukan kerja kebajikan pada tahap yang lazim. Jika
kerajaan terpaksa menampung kerja2 lazim yang di lakukan oleh Felda,
ternyata perbuatan itu adalah bodoh kerana ia nya berpunca dari
kebodohan keraja menyetujui asset2 felda di serahkan kepada FGV yang di
miliki oleh pemegang saham awam.
Najib
telah memintaa maaf- dan saya telah menyifatkan permohonan maaf
tersebut gimik politik Najib. Kalau Najib mahu mohon maaf, dia sudah
membetulkan kemunkaran yang berlaku semenjak jadi PM. PM ialah jawatan
yang boleh menentukan hidup dan mati insan di Malaysia ini.
Apabila
semua nampak nya gagal, mohon maaf supaya menampakkan diri sebagai
rendah diri. Memohon maaf adalah perbuatan yang terpuji tapi dalam
konteks ini, Najib menjadi PM sejak 2009 tidak membetulkan keadaan malah
kelihatan membiarkan pula kebejatan dan kemungkaran berlanjutan. Jadi
apa signifikens nya mohon maaf jika maaf tersebut tidak di sokong oleh
perbuatan? Jadi janganlah kita emosional dan meletakkan permohonan maaf
Najib pada premium yang terlalu tinggi.
Saya
menyelit kisah Najib mohon maaf disini, kerana perbuatan ini tidak
lansung di sepakati dan di hayati oleh pimpinan UMNO yang lain. Isa
Samad, seorang pemimpin UMNO yang menjadi MB Negeri Sembilan untuk suatu
tempoh yang lama dan boleh di katakan penyebab banyak kelemahan dan
keburukan terjadi dalam negeri tersebut, terbawa bawa sikap sombong nya
dalam isiu FGV ini. sikap- ‘saya MB, kau siapa’ di bawa2 dalam kapasiti
nya sebagai pengerusi Felda- menjadi aku pengerusi, ikut suka aku lah.
Jika kamu tidak mahu listing, saya buat apa saya suka. Siapa gerenti?
Najib boleh gerenti. Nanti aku lutu kepala kamu.
Boleh kah Najib memohon maaf diatas kebodohan dan keangkuhan orang lain?
Penyenraian
FGV sebetulnya tidak ada kena mengena dengan kebajikan peneroka,
sebalik nya, ianya suatu lagi langkah untuk meningkatkan kebajikan
sekumpulan orang dengan membenarkan segelintir ini buat wang yang
banyak.
Masa
depan Felda tidak di fikirkan dengan mendalam. Apabila temph masa bulan
madu pasca penyenaraian tamat, dan FGV beroperasi sebagai sebuah bisnes
unit, dan Felda hilang 2 hingga 2.5 bilion dari bajet nya, bagaimana
mereka menjaga kebajikan peneroka dan warga Felda?
Oh-
bukankah kerajaan gerenti. Tentulah kerajaan akan mengimbangi
pengurangan bajet tersebut dengan mengeluarkan belanja. Soalan saya-
mengapa kerajaan kena keluar belanja setiap tahun bila penyebab
pengeluaran belanja adalah kebodohan menyenarai dan meletakkan sumber
bajet felda dalam tangan FGV? Jika FGV sebuah syarikat yang beroperasi
dalam stock market nanti, kenapa mereka mesti memperdulikan tangung
jawab social yang di lakukan oleh Felda sebelum nya?
Ada penggerak penyenaraian dan pimpinan UMNO/BN memikir mengenai perkara ini?
No comments:
Post a Comment