Saturday, October 1, 2011

Skandal Scorpene:di jelaskan di london malam ini

 

Beribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London malam ini. Beliau diberitakan akan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.


Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010. Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia. Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan. Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.
Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-belisenjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta.
Razak Baginda dan Perimekar
Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Baginda. Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib. Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.
Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan ‘komisen – imbuhan’ tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.
“Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan. Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Star pada Julai 2010.
Situasi ini berlaku di Malaysia dimana para menteri bersumpah taat setia kepada ‘ketua penyamun’, parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.
Masalah besar
Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil. Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk. Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?
RM570 million bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul. Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.
“Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah,” ujar Timbalan PResiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
“Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung.”
Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes
Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.
Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.
Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada  tahun 2010 yang lalu.
Apakah ‘peralihan korporat’ terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan oenyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin? Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai 'wang pelincir'? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?
Soalan penting yang penting untuk dijawab. Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.
BHIC ambil-alih Perimekar?
Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad. Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.
Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby. Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.
Semua ‘kebetulan-kebetulan’ tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak. Walaubagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara dari lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara. Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)
Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.
Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.
“Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Melihat akan kenaikkan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukkan pembelian senjata direndahkan. Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukkan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009. Walaubagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukkan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta akibat ‘anggaran paras rendah’ untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.
Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?

No comments:

Search This Blog

Loading...