Friday, September 30, 2011

Peringatan Buat Pemimpin Politik Malaysia


"PRU-13 : PERINGATAN BUAT PEMIMPIM POLITIK MALAYSIA Saya menyeru kepada semua kaum muslimin khususan para pemimpin politik di Malaysai. Jadilah seorang pemimpin yang bersifat ADIL  dan BERIMAN dan TAUHID berpandukan hadith di bawah nescaya tuan/puan akan selamat di dunia wal akhirat:


 KeadilanRasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah. INTISARI : Jangan berbuat zalim kepada rakyat dan pengundi yang telah memilih anda menjadi pemimpin kerana doa mereka amat mustajab. Memadai 40 orang mendoakan akan Nampak hasilnya segera.

Gambaran Kehidupan Orang Yang BerimanSabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang , saling bersimpati dan saling cinta mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan demam. INTISARI : Jangan berbuat maksiat dan menonjolkan maksiat. Jangan membenci walaupun lain-lain parti dan idealogi. Jangan menghina umat sesama Islam. Jangan hina hokum Islam. Jangan main-main dengan HUDUD. Jangan halang perlaksanaan HUDUD. Jangan bersifat JAHILIAH MODEN  Membersihkan Tauhid Dari Sebarang SyirikRasullah s.a.w bersabda: " Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka." INTISARI : Jangan tolak ketetapan HUKUM ALLAH.  Jangan membenci parti yang ingin menegakkan syariah.  Jangan menghina umat Islam. Belajar dan fahami RUKUN ISLAM dan RUKUN IMAN.Jangan minum Arak. Jangan bercakap BOHONG, Jangan dedahkan AURAT, Jangan makan RASUAH. Jangan main JUDI. Jangan ganggu wanita dan BERZINA. Jangan lambat-lambatkan SOLAT.  Jangan TINGGAL SOLAT

No comments:

Search This Blog