nampaknya PM 1 malaysia gagal untuk menjatuhkan Taib MAhmud dari kerusi Ketua menteri Sarawak yang disandangnya hampir 30 tahun malah telah ditipu oleh beliau bahawa akan meletak jawatan selepas PRU negeri Sarawak yang lalu. dan yang paling jelas dan terserlah adalah pengundi-pengundi yang mengundi BN dalam PRU negeri Sarawak yang lalu telah ditipu oleh BN.
Tetapi perkara ini memang tidak menghairankan kerana BN sememangnya pakar berjanji dan juga pakar dalam memungkiri janji yang dibuat. sejarah PRU yang lepas membuktikannya. Bila tiba musim pilihanraya berduyun-duyun wakil rakyat dan menteri BN ke merata ceruk dan pelosok kampung untuk menabur janji yang akhirnya bakal hilang bersama-sama mereka bila pilihanraya berakhir. hanya akan muncul kembali bila tiba musim pilihanraya yang baru.
Yang menghairankan bukanlah sikap pemimpin BN yang pandai mungkir janji itu, tetapi sikap pengundi dan penyokong BN itu sendiri. Tak pernah serik dan tak pernah belajar dari sejarah dahulu. Walaupun sudah 12 kali pilihanraya namun masih termakan umpan yang digunakan BN. BUkan janji sahaja yang tidak ditunaikan malah pemimpin BN juga terbuktikan hanya berjuang demi untuk tembolok mereka sendiri dan juga mengkayakan saudara dan kroni mereka sahaja. Banyak contoh pemimpin BN yang kaya raya yang datang bukan kerana mewarisi dari keturunan mereka, tetapi diraih dari kuasa yang dimiliki. Seperti bekas menteri besar selangor yang sedang menghadapi tuduhan dimahkamah berhubung pemilikan rumah dan tanah bernilai jutaan ringgit. Semua maklum siapa dia sebelum menjadi menteri besar, hanya seorang doktor gigi yang tidak mungkin pendapatannya sebagai menteri besar untuk memiliki harta sedemikian. tambahan pula tempoh jawatan yang disandangnya lebih singkat kalau nak di bandingkan dengan Tok Guru Nik Aziz.
Tidak menghairankan jika yang tegar menyokong BN itu adalah pemegang jawatan yang telah mendapat bermacam-macam laba hasil dari jawatan yang disandang itu.Tetapi yang menghairankan, penyokong dan pengundi yang sama-sama merasai beban hasil dari salah urus pentadbiran negara. Kos sara hidup yang kian meningkat, cukai baru yang menambah beban pengguna dan subsidi yang dirampas dari rakyat demi menanggung subsidi syarikat kroni. Tidak adakah kesedaran dan keinginan untuk berubah berdasarkan prestasi yang telah dibuktikan oleh kerajaan Pakatan RAkyat yang memerintah Selangor dan Pulau pinang.
Wahai pengundi diluar sana, apa kata untuk PRU 13 ini bersama-samalah Pakatan Rakyat untuk kehidupan yang lebih baik. Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikannya dalam masa 100 hari pemerintahan. kita tidak minta satu penggal tapi hanya 100 hari sahaja. UNDILAH PAKATAN RAKYAT.
4 comments:
nak sokong pakatan rakyat....sorry...aku haramkan diri aku...nak sokong anuar brahim tak guna....nik ajis penipu...lim guan eng lidah becabang...mat sabun 121...hadi awang pengecut.....tolong laaa....lebih baik aku tak keluar mengundi...**apa pon BN ttp aku sokong...dan seluruh keluarga aku....nak 100 hari apa...16 sept yg d janjikan kan pon penipu....dulu kamis emua sokong pas...skrg semua dah keluar pas..sbb bersekongkol dgn lahanat2 lain...pas dulu dah tak macam pas sekarang...kejaq dunia semata2.....
Mu & keluarga mu keluar pun PAS xkan hilang pengikutnya...mu keluar ramai lagi hok nak sokong PAS, InsyaAllah...anak2 muda generasi seterusnya boh...hidup ingat mati!Takbirrrr....
x kan hilang apa? la ni ceramah pun yg mai dengaq dah sikit. yang mai dengaq pun x banyak mana dah.
PRU depan jgn harap lg la aku nak pangkah pas.
wei pokku puak2 mu dulu dok terheggeh2 nak jual putrajaya. sekarang ni puak mu pulok sangap nak g dok situ pe citer ni munafik?
Post a Comment