Gambar Hiasan: Agama islam itu milik semua bangsa
Aku
punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon.
Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM,
aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke
zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap
kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk
menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada
kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke
rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun
Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan
Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering
menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi
jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya
kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit
dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya.
Hubungan
aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah,
dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada
cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat
kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu
pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu
Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya.
“He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago… Subhanallah!
Syukur
Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah
menjadi saudara seagama denganku.
Hari
yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan…
Assalamu’alaikum… Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
Gambar Hiasan: Jumlah penganut Islam di China melebihi jumlah Islam di Malaysia
‘Ini
dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu
Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami
berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa,
tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat
keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya
untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama
berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah. Kenapa kau tanya macam tu?
Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham. Diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi,
mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku
kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di
Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku
terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau
betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di
dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api
neraka?
Kau tahu, kalaulah
aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua
orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah
Islam pada aku, keluarga aku dan bukan muslim yang lain. Kau
sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan
kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati
seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam
Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang
yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku
masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah
tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung
Risalah.
Tetapi
apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada
keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau
bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri
aku, cuma aku kesal. sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul
dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir
kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan
satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh panggil kafir.
Aku
menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah
benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk
memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru
aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan
segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang
dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!
Lim
yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih
dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam
ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun
orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serius tentang
kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
2 comments:
ALLAHU AKHBAR ! DI MALAYSIA TABLIGH YANG MEMPERINGATI SESAMA UMAH PUN KENA HENTAM MACAM MACAM ,ZIARAH SESAMA SAUDARA ISLAM PUN KENA PERAMBAT HAHAHA !
setuju
Post a Comment