Friday, September 30, 2011

Najib Gagal Di Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merasakan beberapa kegagalan program turun padang Presiden Umno / Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kali ini di Negeri Perak yang dilihat gagal menyelesaikan masalah dalaman Umno / BN Perak, mencalarkan imejnya dan kurang mendapat sambutan rakyat. Sudah tentu kesalahan awal kegagalan ini diletakkan di bahu Datuk Hamidah Osman yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan ini yang perlu diberikan tanggungjawab sepenuhnya.

Antara yang boleh dinyatakan tentang kegagalan ini seperti isu pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti yang masib belum selesai difahamkan. Pertukaran kerusi adalah antara isu hangat kali ini dibincangkan dalam BN Perak. Malah isu kedudukan calon yang telah ditetapkan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir juga menjadi pertikaian yang perlu diselesaikan oleh Datuk Seri Najib dalam masa yang sama. Disebabkan itulah ramai penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak terutamanya yang menyambut Datuk Seri Najib di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada hari tersebut.

Antara perkara ketara juga kenapa pemilihan tempat Jamuan Hari Raya yang menjadi lokasi utama Datuk Seri Najib ini di DUN Sungai Rapat di tempat Datuk Hamidah memanaskan lagi isu antara beliau dengan Umno Bahagian Gopeng yang pada hari ini juga turut mengadakan Jamuan Hari Raya mereka sendiri. Dan pada hari tersebutnya dinyatakan Datuk Seri Najib telah menyampaikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat Al-Falah, Taman Soon Choon yang sebenarnya sudah diberikan peruntukan tersebut pada tahun 2005 lagi dan bukanya sekarang ini amat memalukan.

Media massa pula melapurkan kehadiran hampir 15,000 orang telah hadir pagi hari tersebut, tetapi sebenarnya ianya kurang daripada yang dilapurkan dan kurang mendapat sambutan sebenarnya. Dan melucukan gambaran baru seolah-oleh pimpinan Datuk Seri Najib yang menjiwai rakyat apabila menaiki bas yang dilakukan lebih awal pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak menjadi bahan ketawa setelah mendapati bas yang dinaiki oleh pimpinan Umno / BN adalah sebuah bas mewah yang tidak pernah rakyat nikmati selama ini sebenarnya. Nampaknya kelihatan kegagalan Datuk Seri Najib amat memalukan Umno / BN Perak yang mulai kalut sekarang ini.


SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 comment:

Yobrizab said...

kih,kih,kih.......sah ameno akan kecundang diperak.

Search This Blog

Loading...