Monday, March 5, 2012

Phahrolrazi Temui Nik Aziz Minta Sokongan


Walupun kemelut kepimpinan PAS Kedah masih belum berakhir, pemimpinnya yang enggan menerima pelantikan semula sebagai exco, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi akan menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat sokongan beliau.
Phahrolrazi bertindak demikian selepas Jawatankuasa PAS Pusat menolak permintaannya iaitu mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercuti serta-merta.
Phahrolrazi dan seorang lagi pemimpin yang memberontak, Dr Ismail Salleh telah mengemukakan satu syarat bahawa pemangku Menteri Besar perlu dilantik jika PAS mahu mereka menerima semula jawatan sebagai exco negeri itu.

Bagaimanapun, PAS Pusat menolak permintaan tersebut, sebaliknya mengarahkan mereka menerima semula jawatan yang disandang sebelum ini.
Difahamkan Phahrolrazi tidak berpuas hati dengan keputusan PAS Pusat dan kini dalam langkah terakhir untuk mendapat sokongan Nik Aziz terhadapnya.
Beliau turut meminta campur tangan Nik Aziz selepas Dewan Ulama PAS Kedah menasihatkan beliau supaya menerima apa jua keputusan PAS Pusat.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, mereka tiada kuasa untuk mengubah keputusan yang diputuskan PAS Pusat.
Dalam perkembangan lain, difahamkan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menyokong Phahrolrazi.
Sumber berkata, Mohamad tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang dan didakwa kecewa dengan keputusan itu.
Mohamad yang juga berasal dari Pulau Pinang mempunyai peluang tipis untuk bertanding di negeri itu.
PAS hanya mempunyai satu kerusi yang dianggap selamat dan sudah diisi calon sesuai.
Bagaimanapun, beliau pernah bertanding di Kedah sebelum ini dan mempunyai prospek di sana.
Sementara itu, sumber berkata, mereka tidak akan mengambil kira campur tangan daripada PKR dan DAP terhadap kemelut di Kedah.
"Komponen parti Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan Azizan," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

em cadangan akulah buang jer dua ekor yang keras kepala nak lawan bos, peangai cam ahsan akidah, gile nak jd MB agaknyer,,pas pusat ambik jln tengah, dokkan nak suruh MB letak jawatan dan bg muka kat bahlul gile jawatan tu polok, aku sokong MB azizan

KulimBoy said...

Sebagai sebuah gerakan Islam bermaruah, PAS membenarkan ahlinya berbeza pendapat, masing-masing berhak mempunyai pendapat sendiri dan mempertahankan pendapat tersebut, "asalkan perbezaan pendapat tersebut tidak membawa kepada saling tunggeng menunggeng ju**r".
Namun keputusan parti (jemaah) adalah penyelesaian, mentaati keputusan parti adalah kewajipan, sama ada keputusan tersebut menepati selera atau pun tidak. Jika gagal mentaati keputusan jemaah, hanya dua tindakan menanti, "sama ada dikeluarkan oleh parti atau keluar daripada parti secara sukarela.
Dasar asas ini mesti difahami oleh setiap ahli PAS yang bukan si munafiq, dimana dasar ini telah ditetapkan bukan sahaja kepada ahli PAS bawahan, bahkan ahli PAS peringkat atasan. Apa sahaja jawatan yang dimiliki oleh kepimpinan parti adalah milik mutlak ahli PAS, dan ahli PAS berhak menarik baliknya pada bila-bila masa.
Jawatan MB bukan milik Azizan, bahkan milik ahli PAS, bila-bila masa sahaja ahli PAS melalui AJK PAS Pusat boleh menariknya bila-bila masa. Begitu juga dengan jawatan YB atau exco yang dimiliki oleh YB Pharolrazi.
Mungkin kaedah inilah yang tidak diajar kepada beberapa orang pimpinan pusat, seperti Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali. Dimana mereka tersalah sangka bahawa jawatan yang dimiliki sebelum ini merupakan jawatan warisan yang dipusakai oleh datuk dan nenek mereka.
Kalau MB Azizan dan YB Phahrolrazi ingin meneruskan salah tafsiran ini, mereka boleh melakukannya. Mereka boleh mengikuti jejak nama-nama masyhur seperti Asri, Mat Nasir, Hasan Adli, Nakhaie dan Hasan Ali.
Aku sedikit pun tidak hairan, kerana ahli yang bukan munafiq lebih rela maruahnya jatuh daripada partinya rebah, bahkan mereka lebih rela jatuh kedalam lubang jamban taik demi mempertahankan ISLAM dan perjuangannya.
kah kah kah,

Search This Blog