Sunday, November 21, 2010

Satu Lagi Rombakan Kabinet?

Besar kemungkinan satu rombakan Kabinet akan dilakukan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mula berkira-kira tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dijangka diadakan tahun depan.Rombakan itu yang dijangkakan pada bulan depan akan membolehkan beliau membentuk sebuah jentera yang kuat bagi membantu melaksanakan transformasi dasar-dasar dan ekonomi yang ditetapkan sebelum PRU berkenaan.

Difahamkan, rombakan yang akan berlaku tidak seperti rombakan pertama sejurus selepas beliau menjadi Perdana Menteri dan bukan juga yang kecil yang dibuat tahun lalu.
Bagaimanapun, ia akan menjadi agak ketara apabila sekurang-kurangnya tiga menteri mungkin terpaksa memberi laluan kepada pemimpin lebih muda.
Salah seorang daripada mereka yang disebut-sebut adalah muka lama dalam era Tun Dr Mahathir Mohamad manakala yang lain menyertai Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Antara beberapa pilihannya ke Kabinet adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Latiff Ahmad dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
Beberapa sumber berkata, Perdana Menteri tidak mungkin membawa wajah baru di kalangan Senator kerana sudah terdapat lima menteri yang dilantik melalui kedudukan seperti itu.
Perubahan Jemaah Menteri dijangka berlaku sebaik sahaja Najib yang juga Presiden Umno menyusun barisan barunya dalam kepimpinan parti di beberapa negeri.
Rombakan yang akan berlaku bakal memberi kesan kepada Umno meskipun terdapat kemungkinan berlakunya beberapa perubahan dalam potforlio untuk beberapa menteri dan timbalan menteri.
Kegusaran pimpinan parti di perhubungan negeri akan dapat diketahui apabila ia dipercayai menjadi agenda mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat dan sumber-sumber parti mengatakan perubahan berkenaan akan diumumkan pada hari yang sama.

Sumber-sumber itu memberitahu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang terlalu sarat dengan beban tugas dan beberapa fungsinya akan diserapkan dalam kementerian lain.
Najib membuat rombakan Kabinet utama tidak lama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April tahun lepas yang menyaksikan lapan menteri termasuk beberapa orang lama digugurkan.
Beliau membawa tujuh muka baru sebagai menteri dan sembilan timbalan menteri buat kali pertama. Beliau juga memperkemaskan kementerian daripada 32 kepada 27 dan barisan menteri daripada 22 kepada 19.
Terdapat satu rombakan kecil pada Jun tahun lepas bagi menyesuaikan perubahan kepimpinan dalam MCA. Mangsa utama adalah Presiden MCA yang kalah iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat.
Peraturan pilihan raya tidak melayan pilihan kecil selepas Mac tahun depan dan semua parti akan berada dalam mode pilihan raya selepas itu.
Najib mempunyai kebebasan untuk melakukan perubahan kepada barisan Umno di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu, masing-masing di bawahnya dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Para pemimpin Umno pusat mahu menyerahkan tampuk kuasa kepada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri.
Sumber-sumber berkata, Najib telah bertemu dengan tiga Naib Presiden tersebut bagi membincangkan tentang keadaan di negeri-negeri terbabit dan perubahan akan dilakukan demi memastikan satu jentera parti yang kukuh dalam menghadapi PRU.
“Kami mendengar tentang Datuk Seri Najib percaya bahawa ketua-ketua menteri sepatutnya mengendalikannya pada masa menguruskan isu-isu politik di negeri-negeri mereka,” kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah.
Bagi Selangor dan Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri masing-masing iaitu Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Zainal Abidin Osman dijangka akan dinaikkan pangkat.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akhirnya akan menerajui Umno negeri.
Kepimpinan di Kedah pula dikatakan akan berlaku pertukaran antara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Mukhriz yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerlun.
Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri amat menjadi tumpuan berikutan ia dikaitkan dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Bagaimanapun, susunan pada masa ini bagi Menteri Besar dan Ketua Menteri dijangka kekal.
Apa yang Najib mahu adalah mandatnya sebelum merombak pucuk kepimpinan peringkat berkenaan

No comments:

Search This Blog