Labels: SATIRA POLITIK
Ada juga orang-orang biasa yang cakap tiada beza keadaan sosial rakyat jelata tiada beza antara pemerintahan BN dan PAS - ini suatu yang bahaya. Malah di dalam keadaan tertentu, jika dahulu masalah pengutipan sampah hanya berlaku di Alor Setar, namun kini beberapa majlis perbandaran menghadapi masalah sampah kerana kerenah kontraktor yang dipertanggungjawabkan. Jika diikutkan YB Mahfuz satu ketika dahulu, memang bertan-tan sampah dapat dilonggokkan di hadapan majlis-majlis bandaran kini.
Ada yang tak puas hati kerana Kerajaan Kedah tidak mengawal maksiat-maksiat yang ditegah Islam seperti hingga kini masih ada premis judi (nombor ekor), karaoke, arak dijual secara berleluasa di pasaraya di mana pekerja-pekerja Islam terlibat dalam mengangkut ke para-para jualan, juruwang-juruwang masih mengambil bayaran wang bagi arak ini dan mengisi ke beg-beg plastik. Malah terdapat juga rumah-rumah urut haram yang wujud walaupun di bawah pengetahuan majlis perbandaran, namun tidak dapat dilaksanakan penguatkuasaan kerana keengganan penguatkuasa dan polis membenteras aktiviti tak bermoral itu. Jadi bagi ahli PAS ini amat memedihkan mata memandangkan perjuangan kami adalah untuk kehidupan Islam.
Ada tak puas hati kerana MB Kedah suka melatah bila ahli melaporkan kegusaran mereka tentang kekecewaan mereka terhadap pentadbiran PAS di Kedah. Malah lebih menyedihkan teguran yang diberikan dibalas balik kononnya penegur menegur kerana agenda peribadi, ingin jawatan dan nama sebagainya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, namun ada penegur telah berputus asa. Sedangkan penegur kebanyakkannya menegur atas landasan Islam, yang membolehkan rakyat menegur pemerintah, jika ahli tidak boleh menegur maknanya tiada beza antara UMNO dan PAS. Malah mereka menegur kerana sayangkan Islam yang dibawa oleh PAS yang pada pandangan mereka kian hanyut atau terlalu lambat di dalam masa yang semakin beredar.
Mungkin ya mungkin tidak, Kedah akan jatuh kembali kepada BN. Namun saya berharap ADUN-ADUN PR dan MKK banyakkanlah keluar tanya khabar dengan rakyat. Harapan ku Kedah tak jatuh ke tangan UMNO/BN (mereka lebih tidak bertanggungjawab), namun kalau nak jatuh pun biar PAS terus memerintah kerana hingga kini pemerintahan Kedah tidak bermasalah seperti UMNO/BN yang penuh korupsi dan pembaziran.
Yang benar,
Aku yang sayangkan pemerintahan PAS di Kedah namun pendapat ini bakal dikecam oleh penyokong-penyokong MB Kedah. Suka hati kaulah nak kecam aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai orang Islam yang menegur kelemahan yang berlaku.
DIANGKAT DARI KOMEN PEMBACA BMS
3 comments:
Kadang-kadang blogger ni terlebih bijak dari orang politik....sebab tu tulisan depa ni kadang-kadang macam gampang.
Ahli Politik dapat duit. Blogger kena keluar duit.
Kalau ahli politik tak dengar pandangan rakyat. PRU13 jangan harap nak dapat undi.
Teruskan tuan tanah. Gua sokong lu!
betul ker kerajaan PAS lebih baik dr UMNO? PAS Kedah bg RM 30 juta untuk pembangunan Maktab Mahmud, tapi BN bg 3 juta
bawah PAS juga KUIN dinaiktaraf begitu hebat sekali, kalau bawah BN tunggulah beberapa tahun
banyak ceramah2 agama dianjurkan di bawah kerajaan PAS
mungkin ada beberapa kekurangan dlm PAS tetapi adakah mereka sanggup duduk di bawah PAS hanya semata2 beberapa benda yg kurang ini?
kalau mcm tu lebih baik jatuhkan terus Selangor dan Pulau Pinang
Post a Comment