Oleh: batu-api2
"Sekarang ramai orang bercakap tentang pilihan raya ke-13. Bila pilihan raya. Selalunya Pakatan Rakyat yang selalu mendesak untuk pilihan raya. Manakala BN pula akan menjadikan tarikh pilihan raya sebagai 'kuasa eksklusif' untuk kelebihan dalam "starting". Banyak kali sudah terbukti, dulu Tun Mahathir mengistihar pilihan raya apabila Tok Guru Nik Abdul Aziz menyebut "Cina pun boleh jadi PM".
Ada ramalan menyebut pilihan raya ke-13 mungkin antara bulan April hingga Julai 2011. Ini bersamaan dengan tarikh pembuburan Dun di Sarawak.
Datuk Haji Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dalam majlis makan malam jentera pilihan raya PAS Wilayah Persekutuan di Taman Cempaka, Pandan Jaya beliau ada membuat telahan ini.
Jika pilihan raya awal, adakah Pakatan Rakyat yang menguasai empat buah negeri akan mengistiharkan pembuburan bersama dengan BN bagi mendapatkan pilihan raya ke-13 yang serentak untuk seluruh Malaysia? Ini telah menjadi perbincangan yang hangat di kalangan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.
Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya awal atau tidak.
Manakala Dr Hatta Mohd Ramli, Bendahari PAS dalam kenyataannya ke Harakahdaily ada menyebut "Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka"
Dato' Husam Musa mempunyai pendapat yang sama dalam hal ini. Beliau mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak mengikut secara membabi buta cadangan kerajaan pusat dan negeri BN membubarkan Parlimen dan Dun mereka.
Katanya "Kita mesti ada kuasa tawar menawar. Kalau kita ikut sahaja kehendak mereka bermakna, mereka sentiasa menetapkan kehendak mereka dan kita mengikut mereka sahaja.
Manakala Bendahari PKR, William Leong juga berpendapat sama. Beliau lebih menekankan PKR perlu stabil dahulu dengan isu Zaid, pemilihan PKR dan banyak hal-hal manifesto yang belum disempurna.
Saya lebih berpendapat PR perlu ada kuasa tawar menawar dalam hak menentukan tarikh pilihan raya ke-13 agak "mengajar" BN supaya tidak begitu berkuasa dalam hal-hal menentukan pilihan raya.
Walaupun ada pendapat sebelum ini jika pilihan raya yang berasingan BN mempunyai kelebihan kerana PR berhadapan bukan sahaja dengan BN malah dengan jentera Kerajaan. Makin kecil skopnya makin kuasa cengkaman BN ke atas PR.
Tapi perlu diingatkan juga bila ada dua kali pilihan raya. BN mungki tidak mampu menghadapinya dengan kos pembelajaan yang cukup besar.
Saya lebih nampak bila BN isytihar tarikh pilihan raya umum, kita buat pilihan raya kemudian selepas itu bagi negeri-negeri di bawah PR. Kita ada peluang menyerang negeri-negeri di bawah kuasa BN. PR mempunyai opportunity yang lebih dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment