Monday, November 22, 2010

Apakah UMNO dan BN telah betul-betul pulih untuk menghadapi pilihanraya?

Oleh Mummy Rokiah
Cakap-cakap, bisik-bisik dan gossip-gossip kencang dah mula kedengaran di lobi-lobi hotel lima bintang di ibu negara sedikit hari ini bahawa PRU sudah semakin dekat.
Pelobi-pelobi calun dan mula mengatur strategi, akaun-akaun bank dah mula dikemaskini malah calun-calun yang terdiri dari ketua-ketua UMNO bahagian dah mula geli-gelaman dan bersiap-siaga pasang badan.Baju Melayu, songkok dan songket baru dah mula ditempah begitu juga isteri-isteri mereka dah mula berjinak-jinak dengan produk-produk make-up berjenama. Jika dulu hanya pandai menempek bedak sejuk dan bedak cap nyonya hari ini jenema-jenama itu sudah tidak ada classss lagi.


Mereka juga sama naik dengan suami pasang badan untuk bersedia mengiringi suami semasa penamaan calun nanti.

Mutakhir ini peramal-peramal politik mempunyai banyak “tips” untuk menguatkan gorengan mereka. Banyak fakta disandarkan untuk menyokong ramalan mereka itu yang di antaranya, Najib dah mula masukan agenda PRU di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Parti lawan, PKR dah mula nampak porak peranda, Anwar Ibrahim seperti ular air yang tidak berbisa lagi, ekonomi dan pasaran saham pun menunjukkan indek prestasi yang memberangsangkan, PAS di Kedah telah membangkitkan kebencian rakyat kepada mereka apabila gagal dalam isu banjir di Kedah baru-baru ini.

Sehari dua ini kenyataan-kenyataan Tun M pun dah mula nampak positif menyokong Najib, kuasa-kuasa besar dunia AS khasnya telah kembali berjinak-jinak dan yakin dengan kepimpinan Najib dan cukup berminat untuk berkawan rapat dengan Malaysia.

Berdasarkan faktor-faktor inilah peramal-peramal politik merasakan inilah masa yang sesuai untuk DS Najib mengadakan PRU13 dan membentuk Kerajaan beliau sendiri dan menghakis parut-parut Kerajaan tinggalan Pak Lah.

Apa juga ramalan,percaturan dan kayu pengukur yang diguna pakai untuk DS Najib membuat keputusan megadakan PRU13 apa yang penting adalah faktor fundumental, dalaman UMNO itu sendiri perlu di "overhaul" dan suara-suara akar umbi rakyat kampung bawahan mendapat perhatian dan yang utama termasuklah faktor-faktor pengundi muda di hadapan internet.

Hakikat yang sebenarnya penyakit dalaman UMNO masih belum pulih di peringkat akar umbi khasnya di Kedah negeri yang UMNO tewas dalam PRU12.

Ketua-ketua bahagian masih bermain wayang kulit di hadapan Presiden UMNO.Di hadapan lain di belakang lain.

Perpecahan masih berlaku apabila terdapat ketua-ketua bahagian hanya berpihak kepada orang-orangnya sahaja. Pengundi Atas Pagar (PAP)masih dipinggirkan. Wajah ketua-ketua bahagian masih dilihat angkuh dan egoistic.

Kriteria dan rekod cemerlang calun adalah paling utama dari rekod parti termasuklah keluarga dan suku sakat calun juga harus bersih dan bermoral

No comments:

Search This Blog