Monday, November 22, 2010
UMNO BN TERDESAK, PENGHULU SELURUH PERAK DIHASUT MEMBENCI PAKATAN RAKYAT
Seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Higland dua minggu yang lepas dalam satu program anjuran Kerajaan BN. Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan plitik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.
Para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman. Kerajaan PR yang telah memerintah Perak hampir setahun dihentam oleh mereka, sebagaimana biasa bagi menimbulkan kebencian peserta kepada PR Perak mereka mendakwa kononnya DAPlah yang menguasai Perak, PAS dan Hj Nizar hanya boneka semata-mata. Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka. Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin PR terutamanya Anwar Ibrahim.
Pada mereka hanya UMNO BN sahajala yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara. Negara akan hancur sekiranya PR memerintah negara.
UMNO BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Para penghulu dihimpunkan untuk ditanam bibit-bibit benci kepada PR. Mereka meletakan harapan kononnya para penghululah yang boleh memainkan peranan bagi memastikan UMNO BN mengekalkan kuasa mereka. Mereka sendiri tidak yakin, Adun-adun mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak, sebab itulah para penghulu diperdaya konon menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci PR.
Perkara ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik UMNO BN atas nama Majlis Keselamatan Negara. Difahamkan selepas ini, Ketua-ketua Kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan. Semuanya diperkudakan oleh UMNO BN bagi memastikan UMNO BN terus kekal memerintah Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment