Tuesday, January 19, 2010

Perak: Permata Masih Dimeja Hakim Umno

Semalam.. Tengah aku melangut memerhatikan bintang dari tingkap rumah klasik bapa aku, teringat pula lagu yang pernah dinyanyikan oleh anak saudara jiran sebelah rumah suatu masa dahulu. Walaupun kehadirannya bersama keluarga hanya untuk menziarahi atuknya, namun budak ini mampu bergaul dan pandai mencari kawan. Dia tidak kekok dengan loghat kawan-kawan sekitarnya. Malah dia pernah mengajar lagu ini kepada kawan-kawan yang dikenalinya. Lancar dan jelas sebutannya... itu cerita zaman kanak-kanak yang tidak bermain api.. heh..heh.

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri...

Namun lambang tunggak negeri telah dimain oleh grombolan umnobn yang rakus mahukan kuasa. Dahulu ramai rakyat yang tak ambil kisah dengan perlembagaan. Namun setelah pilihan seluruh rakyat Perak dicabul sewenang-wenangnya oleh grombolan ini demi kepentingan nafsu politik mereka, rakyat kembali membuka mata keatas perlembagaan yang telah diperkosa.

Hairan juga bila ketua hakim baru sekarang membuka mulut menyelar segelintir peguam bela, timbalan pendakwaraya serta hakim yang sengaja melengah-lengahkan perbicaraan sesuatu kes?. Apa kejadahnya baru lar ni nak tegoq. Takkan nak tutup lobang bahawa para hakim dan pendakwaraya sudah kena mandram oleh 1 kepala pemerintah.

Di Perak kes hampir mencecah berbulan-bulan, Takkan sampai 5 hakim tetapi masih ragu-ragu untuk mengumumkan siapakah MB Perak yang sah. Sepatutnya pada hari yang berkenaan keputusan sudah diumumkan. Bila dah ambil masa yang lama maka setiap keputusan para hakim akan dipertikaikan oleh rakyat. Wooitt.. hangpa sengaja peram ekk.. yang dicelah tu dah menetas ke belom... kah.. kah.. koh. Kota Siputeh bagaimana pula.. peram juga ka.

1 comment:

Anonymous said...

wahai PARA HAKIM YANG BERAGAMA ISLAM YANG MENGADILI KES RAMPASAN KUASA DIPERAK NI AKU HARAP KORANG YG ARIF BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN..TAKUT LAH KEPADA HUKUM ALLAH S.W.T. NANTI(ITU PUN KALAU KORANG BELAJAR HUKUM AGAMA)INGAT LAH BAHAWA KUASA ALLAH S.W.T LEBIH HEBAT DARI KUASA MANUSIA YAKNI HAMBANYE...TAKUTI LAH SIKSAAN KUBUR DAN AKHIRAT KALU KORANG BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T.

Search This Blog