Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa inginkan Malaysia menjadi negara maju abad ke-21 didakwa hanya omong kosong semata-mata. Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM), Zulkarnain Abdulah dalam satu kenyataan berkata kenyataan Najib itu tidak lebih dari mencari publisiti memancing undi. "Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kata-kata Perdana Menteri semasa lawatan beliau di Abu Dhabi yang disiarkan dalam Akhbar Tempatan yang inginkan negara ke arah abad ke-21 hanyalah satu ceramah politik dan publisiti untuk memancing undi. Ini adalah omong-omong kosong," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PRM Wilayah Persekutuan. Ujarnya, Negara sukar mencapai status negara maju jika pemimpin negara masih tidak berubah sikap mengamalkan penyelewengan, penyalahgunaan wang rakyat dan pembaziran. "Yang lebih penting untuk negara maju ialah pemimpin yang ada sekarang perlu ubah sikap, hentikan semua pembaziran dan lebih tumpukan ke arah membangunkan ekonomi tanpa penyelewengan pengeluaran wang rakyat berjuta-juta dan secara tidak langsung negara akan maju dan sara hidup rakyat akan lebih selesa dan terjamin," katnya lagi. Malah ujarnya lagi, untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang di terima rakyat, Najib perlu menjawap segala soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakyat jelata dan bertanggung-jawab melaksanakan permohonan rakyat. |
Friday, January 22, 2010
Negara maju abad 21, PRM dakwa Najib omong kosong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment