Tuesday, August 4, 2009

Kerja merobohkan Kg Buah Pala ditangguh lagi

Kerja-kerja merobohkan Kg Buah Pala yang dijadualkan hari ini ditangguhkan sekali lagi apabila pemaju bersetuju untuk bertemu dengan penduduk kampung untuk perbincangan lanjut malam ini.

Pagi ini, penduduk kampung membentuk perisai bagi menghalang kerja-kerja merobohkan rumah mereka dilakukan pihak pemaju.

Wakil daripada badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti politik berkumpul di kawasan itu dan pihak polis turut hadir bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy memberi jaminan kepada penduduk kampung bahawa tiada kerja-kerja perobohan dilakukan hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd bersetuju untuk bertemu beliau dan penduduk kampung malam ini.

No comments:

Search This Blog