ZAHID HAMIDI Menteri Pertahanan kelihatannya sudah mula untuk menggunakan kuasanya di kementerian tersebut. Beliau dilaporkan berkata, beliau tidak teragak-agak untuk berjumpa DYMM YDP Agong untuk mengistiharkan dharurat sekiranya pihak GMI atau mana-mana pertubuhan terus melakukan aktiviti demontrasi seperti yang baru berlaku Sabtu lalu. Kenyataan beliau boleh diikuti di SINI
Amat malang bagi negara kita mempunyai seorang menteri yang pendek akal seperti Zahid ini. Jelas kelihatan bahawa Zahid terlalu takut dengan kebangkitan rakyat menuntut keadilan. Dahulunya Zahid seorang reformis sewaktu mula-mula DS Anwar dipecat dan beliau dilihat begitu bersemangat mempertahankan DS Anwar. Namun, atas jasa Akta ISA beliau terus berubah. Akta ini mampu menjadikan seorang yang lemah iman dan tidak mempunyai kekuatan diri menjadi `penikus'. Akhirnya Zahid dilihat tunduk, lesu di hadapan kaca TV membaca skrip mengistiharkan tidak lagi menyokong DS Anwar yang terlalu banyak jasa kepadanya. Itulah Zahid Hamidi. Itulah harga Zahid Hamidi dan itulah tahap keberanian yang ada pada Zahid. Entah mengapa, Kementerian Pertahanan yang memelihara seluruh pahlawan dan perajurit negara ini memiliki menteri yang bersikap `penikus' .
Apa perlunya dharurat untuk menentang hak asasi berhimpun secara aman? Berlakukah huru hara jika perhimpunan ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak? Jika semua perhimpunan mendatangkan huru-hara, maka sudah tentu negara ini telah lama hancur. Rakyat kita berdisiplin dan mereka tahu batas-batas dan adab untuk menyuarakan bantahan. Yang jahil tentang adab sopan ini bukan peserta perhimpunan, tetapi mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal keselamatan. Zahid Hamidi bukan tidak tahu perkara ini, tetapi beliau telah dibutakan mata dan hatinya kerana sedikit kuasa. Apakah sudah tiba masanya untuk tentera pula di ajak berdepan dengan rakyat selepas PDRM dilakukan sedemikian?
Zahid diingatkan jangan cuba lagakan tentera dengan rakyat. ATM masih suci dari semua kezaliman itu. Sudah tentu seluruh warga tentera yang majoritinya terdiri dari anak-anak orang miskin di kampong tidak tergamak menzalimi rakyat, meskipun menteri mereka tidak mempunyai hati perut. Andainya tentera perlu juga dilibatkan di dalam isu politik kerajaan sekarang, apakah Zahid rasa rakyat akan menjadi `penikus' seperti beliau? Jika Nazri Aziz berkata, "Selagi ada Langit dan bumi, ISA akan dipertahankan", Rakyat akan menjawab, "Selagi ada Allah yang berkuasa, Akta zalim ini WAJIB ditentang".
No comments:
Post a Comment