"Jika koperasi berkeras untuk merobohkan rumahrumah di situ, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membatalkan perintah yang dikeluarkan untuk pembangunan kampung itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas kenyataan pengerusi koperasi itu, Abdul Razak Mansor semalam bahawa sebarang rundingan mengenai penempatan semula penduduk kampung itu hanya dapat dijalankan selepas rumah mereka dirobohkan.
Sebanyak 23 keluarga yang masih tinggal di kampung itu gagal dalam rayuan mereka di mahkamah untuk terus tinggal dan telah diarah berpindah dari tanah milik koperasi itu selewatlewatnya hari ini.
Namun mereka enggan berbuat demikian kerana berpegang kepada janji beberapa ahli politik pembangkang semasa kempen pilihan raya tahun lepas untuk membantu mereka.
Lim berkata kerajaan negeri tidak mampu membeli tanah itu daripada koperasi atau pemajunya untuk membolehkan kumpulan keluarga itu terus menetap di situ
No comments:
Post a Comment