Oleh Salmah UMNO
Belum ada negara yang hadkan ruang kepintaran rakyatnya selain Malaysia Boleh. Ambil lebih dari 10 perkara dalam SPM sudah biasa di Malaysia dan terbukti memberi ruang kehebatan minda rakyat yang creative.
Seperti biasa, apabila seorang menteri baru dilantik, dia cuba buat perubahan untuk tayang kehebatannya. TS Muhyiddin berjaya mencipta sejarah sebagai Menteri Pelajaran paling jumud dan bodoh dalam dunia.
Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi mengulas isu tersebut.
Beliau mengharapkan kerajaan terutamanya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula kesan negatif terhadap keputusan itu.
"Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa, berapa kerat sangat mereka yang ambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang daoat 20, tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang dapat 20 A," katanya.
Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran, katanya.
"Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 mata pelajaran kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya," katanya.
Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek, katanya.
"Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya.
"Kita lihat sahaja keputusan kerajaan menarik kembali bantuan perkapita SAR ketika kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, akhirnya hanya kerana alasan SAR sarang pembangkang, ini satu helah yang kita akan lihat selepas ini buktinya, ini persepsi yang tak dapat dihalang," ujar Mahfuz.
Justeru beliau mendesak kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut demi masa depan dan kecemerlangan pelajar.
Muhyiddin dalam satu kenyataanya hari ini berkata, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.
"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama.
Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.
4 comments:
Cuba lihat sebab tindakan tersebut dilakukan. Jangan lihat yang negatif sahaja. Membangkang mesti berdasarkan rasional dan akal yang waras.
inilah akibatnya setelah minda melayu diliwat umno lebih 50 tahun.
Memang sah menteri pelajaran yang baru ni bodoh. Oleh kerana ia bodoh maka ia hendak menyekat supaya orang lain tak boleh lebih pandai darinya. Maka dihadkanlah supaya penuntut hanya ambil sepuluh subjek dalam peperiksaan.
Setahu kita tak ada negara dalam dunia yang menyekat pepintaran rakyatnya melainkan Malaysia. Mungkin menteri bertindak demikian kerana irihati apa pelajar pintar tapi datngnya dari negeri yang diperintah bukan UMNO seb itu hingga sekarangpun kerajan Malaysia tak mengiktiraf kejayan pelajar cemerlang dari Kelantan itu.
Mengehadkan subjek SPM sama seperti mengehadkan keupayaan pelajar dalam akademik. Ramai pelajar Malaysia dah membuktikan bahawa mereka mampu mengambil lebih daripada 10 subjek dalam bidang-bidang yang mereka minati.
Sijil SPM yang akan dibawa sehingga ke alam pekerjaan amat penting dalam kehidupan setiap pelajar kerana ia mengesahkan penguasaan kita dalam asas sesuatu bidang.
Saya bantah perlaksanaan dasar ini!
Post a Comment