Monday, April 20, 2009

Sidang Dun Perak: Speaker dihina?


IPOH, 19 April (Hrkh) - Speaker Dun Perak, V. Sivakumar melahirkan rasa kesalnya di atas tindakan Setiausaha Dun, Haji Abdullah Antong yang memanggil persidangan Dun tanpa pengetahuan beliau.

"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker?" soal V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatutnya dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" Dun.

"Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Haji Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approach" dan tidak ikut protokol "memaklum perkenan itu kepada Adun".

Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata "kenapa kelam kabut?"

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontroversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa" tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang.

Semasa ditanya kepada Adun Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah Adun PR akan hadir pada sidang 7 Mei katanya, "perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu disampaikan kepada kami, sah atau tidak"

No comments:

Search This Blog