Friday, April 24, 2009

Mohamad Sabu tidak tahu jumlah elaunnya

Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu menjelaskan bahawa beliau tidak tahu jumlah elaun yang akan dibayar berikutan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Mohamad memberitahu, surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP hanya diterima pada awal bulan ini dan belum mendapat elaun pertama.

''Saya tidak tahu berapa jumlah elaun yang ditetapkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah malahan belum menghadiri sebarang Mesyuarat Lembaga Pengarah.

''Bagaimana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dari Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed tahu berapa elaun yang saya terima sedangkan elaun pertama sebagai Ahli Lembaga Pengarah pun belum dapat,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad mengulas mengenai tindakan Jasmin semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) membidas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP dan jumlah elaun besar yang diterimanya.

Jasmin semasa membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN semalam memberitahu, Mohamad menerima elaun tetap RM1,500 sebulan dan elaun luar kawasan RM1,500 serta elaun mesyuarat RM300.

No comments:

Search This Blog