Saturday, April 25, 2009

perkara yang perlu di renungi oleh pejuang PAS

pada tanggal 21 april 2009 yang lalu, mak mertua penulis telah kembali ke rahmatullah. setelah dimasukkan ke hospital taiping pada 02 april akibat sesak nafas(jangkitan pada paru-paru) pihak doktor telah melakukan segala procedure yang perlu untuk memulihkan jangkitan tersebut dan telah berjaya...mak mertua penulis telah menunjukkan perkembangan yang memberansangkan. tapi tuhan lebih menyayanginya. jenazah telah disembahyangkan oleh datuk seri nizar.....al-fatihah

apa yang ingin dilanjutkan dari peristiwa ini adalah berkenaan peristiwa yang berlaku sebelum dari kembalinya mak mertua penulis dimana ada juga berlaku kematian di sebuah kampung berhampiran dengan pekan bukit gantang. di fahamkan jenazah adalah orang umno. akibat daripada sentimen pilihanraya belum reda, tidak ramai yang tampil untuk menguruskan jenazah...jenazah telah dikebumikan dengan tanpa membaca talkin. diberitakan orang-orang pas di kawasan tersebut telah mengambil sikap berdiam diri kerana marah dengan sikap orang-orang umno. terutama peristiwa nizar menjadi imam di masjid simpang. dan juga marah dengan kenyataan seorang penceramah umno semasa kempen PRK bukit gantang yang lalu bahawa melawan pas itu adalah jihad. penceramah itu adalah ustaz dari terengganu.

apa yang boleh dibuat pengajaran dari peristiwa yang berlaku ini adalah sepatutnya dari segi dakwah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. kita tidak boleh memencilkan orang umno jika ingin mengajak mereka bersama-sama dalam jemaah untuk berjuang menegakkan islam. macam mana kita hendak berdakwah jika menyimpan dendam. rasulullah semasa mengembangkan syiar islam menghadapi tentangan yang lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita alami pada hari ini. tapi baginda tidak pernah berdendam dengan sesiapa.

begitu juga cara baginda berdakwah....baginda tidak pernah mencerca musuh-musuh baginda. kerana hanya allah sahaja yang berhak untuk mencerca. dan kita sebagai hambanya hanya layak untuk mengulangi apa yang di firmankan oleh allah di dalam al-quran saja jika ingin turut mencerca sebagaimana ayat yang diturunkan untuk mencerca abu jahal misalnya.

perkara ini harus di contohi oleh penceramah-penceramah pas bila berceramah. sampaikan lah dasar dan perjuangan pas berlandaskan al-quran dan hadis. nyatakan pas berjuang untuk menegakkan perintah allah. berikan contoh peribadi yang mulia bila berceramah. orang akan memandang kita bila kita berdakwah. kalau kita sendiri pun tidak berakhlak mulia..macamana nak mengajak orang untuk bersama-sama kita. bukan semua orang dapat menerima kisah penyelewengan dan salahguna kuasa yang sering diputarkan isu tersebut disetiap ceramah-ceramah yang diadakan. tapi sebagai seorang yang mengaku islam...apakah patut jika kita menentang orang islam yang ingin menegakkan perintah allah? ini yang patut di tekankan dalam setiap ceramah-ceramah. disamping itu boleh lah diselitkan isu semasa tanpa menghina sesiapa secara peribadi. contohi tok guru nik aziz bila berdakwah.

tapi sebelum kita ingin mengajak orang lain untuk bersama kita, jangan lupa untuk mentarbiahkan ahli kita terlebih dahulu. adakan kembali majlis usrah di setiap cawangan dan kawasan. pengisiannya hendaklah seragam. bentuk ahli kita dengan peribadi yang mulia supaya menjadi contoh pada setiap orang yang ingin diajak bersama. setiap ahli mesti mempunyai ilmu, ketahanan dan kesabaran yang tinggi untuk menjalankan kerja dakwah ini.

pemimpin pula mesti mempunyai sikap terbuka dengan sanggup menerima idea atau pendapat dari orang bawahan atau dari kawasan yang lain. tidak rugi jika kita meniru atau menggunakan kaedah yang di gunakan oleh pemimpin atau cawangan yang terbukti berjaya. contohnya semasa PRK bukit gantang yang lalu...UPU simpang Halt telah berjaya memenangi kesemua saluran peti undi dari saluran 1 hingga ke saluran 5. ucapan tahniah saja tidak memadai..tapi kita harus melihat dan mengkaji kaedah dan cara yang digunakan oleh cawangan ini untuk di praktikkan ke UPU-UPU lain. sifat ego untuk mengambil idea atau pendapat orang atau cawangan yang berjaya hanya merugikan perjuangan dan parti. ingat...kita berjuang hanya kerana allah. cara berkempen mestilah berlandaskan sifat yang mulia dan terpuji..tiada kata nista atau keji yang dilontarkan. berkempenlah dengan kata-kata manis dan melambangkan keperibadian muslim sejati.

No comments:

Search This Blog