kenapa SPR nampaknya membuat kenyataan yang senada dan seirama dengan pemimpin UBN. bukankah tugas SPR adalah memastikan jika ada kekosongan di mana-mana kerusi samada DUN atau PARLIMEN pilihanraya hendaklah diadakan.
bila ADUN atau ahli PARLIMEN meletak jawatan pasti ada sebabnya. tak kira lah samada masalah dalaman parti atau masalah peribadi. tapi yang penting, tindakan demikian adalah untuk kebaikan parti dan rakyat. jika wakil rakyat tersebut mempunyai masalah yang bakal memudaratkan parti dan rakyat maka memang sewajarnya wakil rakyat tersebut meletak atau di suruh meletakkan jawatannya.
jangan kerana takut untuk berdepan dengan rakyat...bermacam-macam alasan diberi untuk tidak bertanding bila satu lagi PRK bakal diadakan. kekalahan demi kekalahan yang di terima oleh UBN dalam PRK yang lalu tidak sepatutnya menjadikan UBN sebagai pengecut. mereka kena belajar menerima hakikat bahawa masa untuk mereka berkuasa sudah hampir ke penghujungnya.
dulu semasa PAS tidak meletakkan calon nya pada PRK temerloh, bermacam-macam tohmahan dilontarkan kepada PAS. sedangkan PAS pada masa itu enggan untuk bertanding PRK tersebut kerana hilang kepercayaan pada SPR. tetapi tetap menyertai PRU12 kerana berpendapat walaupun SPR tidak berlaku adil sepenuhnya dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya, tetapi demi untuk kelangsungan proses demokrasi PAS dan PR tetap menyertainya.
kita lihatlah nanti apakah UBN ini mempunyai kekuatan untuk terus menghadapi kekalahan seterusnya atau akan terus berdolak dalik untuk lari dari menerima kenyataan.
No comments:
Post a Comment