Friday, April 24, 2009

Pilihan Raya Dun Penanti Mungkin Tidak Ada?



Oleh Mohd Sayuti Omar

PILIHAN raya kecil Dun Penanti, Pulau Pinang yang diharap dan dinanti-nanti ramai peminat politik untuk melihat persilatan seterusnya antara Pakatan Rakyat (PKR) dengan UBN mungkin tidak akan diadakan.
Go to fullsize image
Ada tanda-tanda besar menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencari seribu helah untuk tidak mengada pilihan raya itu walaupun Adun berkenaan Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat mengosongkan kerusi berkenaan kepada Speaker DUN Pulau Pinang.



peaker DUN Pulau Pinang pula telah pun memaklumkan mengenai hasrat Fairus itu untuk tindakan SPR selanjutnya.

Tanda pertama ialah, semalam SPR sepatutnya mengumumkan mengenai status kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka turut mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi tetapi ditunda kepada minggu depan.

Penundaan tarikh mengumumkan status itu tentulah ada penemuan baru yang mengubah cadangan asal SPR itu. Belum pernah SPR berlengah-lengah dalam mengistyharkan mengenai status sesuatu kerusi yang dikosongkan oleh penjawatnya.

Kedua, semalam juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjelaskan bahawa tidak ada kes terhadap siasatan tuduhan rasuah membabitkan Fairus. Penjelasan SPRM itu agak kontras dengan tindakannya sebelum ini yang begitu ghairah kalau berdepan dengan individu atau tertuduh di sebelah pembangkang.

Masih ingat lagi ke 'tuan-tuan dan puan-puan' apa terjadi kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan oleh Gerak kononnya Khalid melakukan penyelewengan berhubung pemberian lembu korban kepada rakyatnya.

SPRM menerusi Pengerusinya, (lupa nama), telah menjelaskan bahawa ada bukti kukuh menunjukkan Khalid melakukan penyelewengan. Penjelasan pengerusi (lupa nama) itu betapa SPRM ghairah untuk memburukkan Khalid Ibrahim dan damagekan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam kes Fairus ini SPRM bersikap adil, beretika dan penuh profesional pula menjelaskan bahawa Fairus bebas dari rasuah.

Apa yang dilakukan oleh SPRM itu ada makna dan motifnya tersendiri.

Dua tanda itu merupakan tanda besar menjelaskan pilihan raya tidak akan diadakan. Kemungkinan SPR yang akan bermesyuarat minggu depan menentukan status kerusi itu akan mengistyharkan bahawa tiada berlaku kekosongan pada kerusi berkenaan.

Mungkin SPR sekali lagi menggunakan surat perletakan Fairus itu sebagai tidak sah kerana sebab-sebb tertentu, misalnya tidak diserahkan sendiri, dikesan sebagai dibuat atas desakan pihak tertentu dalam PKR ataupun kerana tersalah meletakkan tanda bacaan koma dibuat nokhtah, nokhtah dibuat nokhtah bertitik dan sebagainya.

SPR dipercayai akan mencari seremeh-remh alasan untuk tidak mengistyahrkan kerusi berkenaan sebagai kosong bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Kenapa SPR berbuat begtu kena sedia maklumlkan! Bukankah Perdana Menteri, Najib Tun Razak awal-awal memberi isyarat pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana ia membazir dan membuang waktu. Walaupun itu hanya alasan tetapi SPR yang selama ini dianggap sebagai komponen UBN yang ke 15 faham mengenai 'maknawi' yang termaktub dalam hati perdana menteri.

Kesediaan Najib untuk tidak meletakkan calon UBN itu semua difahami bahawa UBN takut untuk berhadapan dengan neraca rakyat sekali lagi di Penanti. Kekalahan di pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan lebih-lebih lagi di Permatangan Pauh amat-amat menakutkan UBN.

Menganliasa apa yang berlaku dalam kes ini kemungkinan UBN sudah berjaya memujuk Fairus supaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan imbuhan kes rasuah ke atasnya diumumkan sebagai selesai. Sekiranya tindakan SPM itu berlandaskan atas kehendak seorang manusia dan bukan prinsip kewujudannya maka SPR terus akan dikecam dan dibenci selamanya.

Manakala sekiranya Fairus pula bersetuju menarik balik surat perletakan itu atas teknikal disetujui SPR maka terdedahlah segala yang misteri mengenainya selama ini. Jika tidak ada mengadakan masakan semudah itu untuk SPRM dan SPR melepaskannya. Lebih-lebih kepada SPRM yang memburu Fairus sehingga jauh di Johor. Masakan...

Bagaimana pun sekiranya semua insiden yang berlaku ini benar belaka, dan kenyataan Fairus semalam ikhlas di mana dia akan serahkan kedudukannya kepada pucuk pimpinan PKR, seharusnya PKR menerima Fairus sebaik mungkin kerana dia sudah pun dibersihkan dari tohmohan buruk itu.

2 comments:

PemudaGagasan said...

Salamz...

Buang karan laa lu mamat

kalau gua nak baca artikel mso...baik gua ke blog mso terus

lu carik laa idea lu sendiri

hahahaha

KOMUNITI SUARA KEHIDUPAN said...

Kena desak juga pilihanraya diadakan!!!hahahahaha....

Sebenarnya apa yang terjadi diPermatang Pauh mungkin berlainan sedikit di tempat-tempat yang lain, bukannya kami mahu perpecahan. Ini berkaitan soal survival politik orang Islam khususnya orang yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang.Semua sudah maklum, sekiranya kerusi calon itu dimenangi, secara automatik dia akan memperolehi jawatan exco dalam pentadbiran kerajaan negeri dan juga kerusi tertinggi dalam hirarki negeri iaitu Timbalan ketua menteri 1 P.Pinang.

Disini kami mahu pemimpin yang benar-benar tahu permasalahn yang kami hadapi, yang selalu turun padang menemui rakyat, yang mempunyai daya kepimpinan untuk memobilisasikan gerakan rakyat untuk kehidupan yang lebih adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum bukannya pemimpin yang hanya pandai beretorik dan terdiri hanya dari golongan elitis.
Sekalipun dia seorang lebai kampung atau seorang hamba, tapi lebih tahu membuat kerja, mempunyai keazaman yang kuat dan sama-sama memikul permasalahan rakyat, itulah yang lebih diutamakan.

Entah sudah berapa banyak pemimpin ditukar dari zaman BN memerintah hinggakan ke PR, nasib kami disini masih disitu juga. Oleh itu kami berharap kepimpinan yang dilantik nanti mestilah orang yang selayaknya.

kami tidak mahu untuk dipaksa menerima kepimpinan yang tidak memiliki ciri-ciri seperti dinyatakan walaupun yang melantikanya itu orang tertinggi dalam kepimpinan organisasi parti (sama ada PKR, PAS atau DAP). Serahlah kepada rakyat disini untuk memilih dan mengangkat pepimpin yang dapat memenuhi aspirasi mereka. Kerahkan aktivis-aktivis parti dan tanya sendiri kepada rakyat siapa pemimpin yang selayaknya dilantik untuk mengisi kekosongan itu dan kami akan memberi jawapannya.

Apapun kami patuh sekiranya kepimpinan atas ada calon lebih baik dan difikirkan sesuai tapi apa yang penting Rakyat perlu diutamakan. Kami tidak menolak sekiranya ada pemimpin yang lebih baik dilantik untuk mengisi kekosongan itu. Sekian.

Search This Blog