Saturday, April 11, 2009

Siapa Yang Kenal Azilah Dan Sirul??

Artikel Pendek

" Hari ini Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya juga menyatakan bahawa sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Kaedah penyiasatan dan prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya telah mengundang rasa ragu dan kesal rakyat terhadap sistem kehakiman, PDRM dan pemimpin politik kerajaan Malaysia. Satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain. Menurut ketua pihak pendakwaraya Tun Majid Tun Hamzah, pula berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu. “Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman,” kata Karpal Singh kepada pemberita diperkarangan mahkamah pagi tadi.

Persoalannya sekarang siapa yang kenal dengan mereka berdua ni? Muka pun tak pernah nampak, asyik berbungkus je! Dah kalau betul-betul bersalah biarlah masyarakat umum kenal penjenayah yang sebenar. Biar di jadikan pengajaran dan iktibar kepada semua. Ini tidak makin di sorok-sorok. Betulkah yang akan digantung itu nanti adalah pembunuh Altantuya Shariibuu yang sebenar? Sesiapa pun tak mampu memberikan jawapannya.... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

nmjnh said...

Wanna know who are sirul and azilah... click this link for their photos http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/11/siapakah-pembunuh-altantuya-yang-sebenarnya/

Bulan Penuh 2012 said...

Salam ziarah,

Lebih 50 tahun Umno mewarisi Malaysia dari Penjajah Inggeris.

Menteri menjaga portfolio agama silih berganti. Perdana Menteri bertukar gilir. Islam masih terpinggir dan terkurung dalam Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Hendak murtad begitu mudah, hendak berzina boleh bawah jambatan, hendak minum arak boleh di laman depan rumah, hendak makan dan hulur rasuah, boleh masuk Umno.

Ke manakah halatuju parti perkauman Melayu ini yang telah melupakan asal-usul diri mereka sebagai hamba-hamba Allah.

Mampukah Jamil Khir yang baru dilantik ke kabinet memikul tugas berat untuk meng'Islam'kan Umno?

Ustaz Idris Ahmad memberi pandangan awal beliau.

Mampukah Jamil Khir Meng'Islam'kan Umno?


Bulan Penuh 2012

Search This Blog