Friday, April 10, 2009

Ir Nizar, bergelar ‘ Mr Nice ‘ pemimpin masa depan rakyat Malaysia




 I
r Nizar adalah seorang produk istimewa PAS. Keperibadiannya yang unik, berkarisma, seorang ahli pidato, terpelajar, soleh dan dikatakan mirip Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tetapi didalam ‘ versi’ baru .

Seorang teman pernah mengambarkan bahawa Nizar akan mengantikan Anwar Ibrahim. Dimana namanya akan digeruni lawan dan disegani kawan.


Kelebihan beliau boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Cina dalam beberapa dialek Tamil dan Arab merupakan suatu bonus .

Didalam masa yang singkat namanya sudah terpahat didalam ingatan rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak. Walaupun label “penderhaka“, boneka cina dan sebagainya beliau masih sentiasa senyum.

Beliau bukan sahaja berjaya popular dalam masa yang singkat. Keyakinan oleh masyarakat majmuk amat ketara. Saksikanlah setiap perhimpunan yang diadakan ketiga-tiga kaum utama pasti akan hadir.

Sejurus kemenangan di Bukit Gantang seorang teman berbangsa India berkata kepada saya ; ini Nizar very nice la! ” lagi educated katanya bangga.




Saya yakin Nizar kini didalam proses pembikinan sebagai pemimpin yang ulung bagi Malaysia. Generasi akan datang InshaAllah akan melihat kelibat ‘ klon Anwar atau TGNA ‘ akan menyatukan seluruh rakyat yang berbilang bangsa ini.

Beliau juga bukan sahaja hebat dipentas politik malah dipelusuk kampung, surau dan masjid beliau akan dijemput untuk menyampaikan ilmu akhirat.

Kini namanya bukan sahaja bergema di bandar-bandar malah diceruk kampung. Inilah contoh pemimpin yang kita mahukan. Pemimpin dunia dan akhirat.

Rakyat Malaysia dan khususnya ahli parti PAS mahu melihat Nizar akan diberi peluang didalam saf kepimpinan PAS,terutama diperingkat saf pimpinan PAS pusat .

2 comments:

Anonymous said...

memang mr nice, tak pilih oran untuk menjadi kawan....Kaki jubor pun dia kawan.

pemuda cheh said...

jangan fitnah orang tanpa bukti..berdosa besar. mana ada anwar disabitkan dgn kes liwat. dia masuk penjara kerana salah guna kuasa...kes liwat digugurkan.

Search This Blog