Wednesday, January 21, 2009

Ketua jabatan dilarang hadiri mesyuarat di Perak

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my

IPOH: Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Bagaimanapun, katanya, ketua jabatan daripada agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan “Ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Daerah dan mesyuarat yang dipanggil oleh Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Perak di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.

Katanya, semua agensi Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf tandatangan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat. Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan agensi Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan.

"Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu juga memutuskan setiap wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional di Perak akan menerima dana khas daripada Jabatan Pembangunan Perak sebagai tabung kecemasan.

Katanya, peruntukan itu dikhususkan untuk mangsa kemalangan jalan raya, kebakaran atau ditimpa bencana alam.

Mangsa terbabit juga tidak perlu memohon kerana wakil rakyat atau Ahli Parlimen akan turun padang untuk membantu rakyat pada peringkat bawahan.

No comments:

Search This Blog