Wednesday, January 21, 2009

Arahan Terkini Zahid Hamidi Buka Peluang Untuk Pakatan Meningkatkan Sokongan Rak

Dilulus terbit pada Wednesday, January 21 @ 16:35:03 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh hermansamsudeen

" Membaca kenyataan Zahid Hamidi di dalam akhbar The Star membuat ramai orang bertanya, benarkah beliau ini seorang ahli politik Umno-BN atau sengaja ingin sabotaj Umno-BN yang kini semakin tidak digemari rakyat.

Terima kasih kami ucapkan pada beliau kerana melarang Pengarah-Pengarah Jabatan Persekutuan yang berada dinegeri Perak untuk bekerjasama atau menyertai mesyuarat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.


Jelas ianya satu arahan politik dimana pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan hanya dibenarkan berurusan dengan agensi Persekutuan sahaja. Nampak lucu tapi itulah yang berlaku.

Organisasi berkenaan diletakkan dinegeri Perak tapi tidak dibenarkan bergaul atau bekerjasama dengan Kerajaan negeri. Malah ada yang berkata;

"Kalau begitulah cara mereka nak bekerja, baik pindahkan sahaja semua jabatan persekutuan di Perak ke Putrajaya. Buat apa duduk Perak lagi?"

Itulah tindakkan kurang bijak yang pastinya akan memperjelaskan pada rakyat akan sikap Umno-BN yang tidak ikhlas membantu rakyat.

Sewajarnya organisasi Persekutuan di Perak memberikan kerjasama bagi memajukan Negeri berkenaan tanpa mengira siapa yang memerintah Kerajaan Negeri atau Persekutuan.


Masalah perbezaan kumpulan parti memerintah tidak seharusnya timbul kerana sekarang bukan musim pilihanraya. Ini adalah musim bagi semua pemimpin bekerjasama membantu rakyat bukannya terus bermusuh atas kepentingan peribadi atau parti mereka.

Tindakkan kakitangan Persekutuan yang tidak menyertai program Kerajaan negeri bakal memberikan impak yang tidak baik buat Umno-BN. Pastinya hasrat menjatuhkan Kerajaan Bn diperingkat Persekutuan kini semakin membuak-buak didada rakyat khususnya kakitangan Kerajaan.

Hari ini Zahid boleh larang mereka jangan bergaul, tapi pilihanraya akan datang mereka pasti akan undi Pakatan untuk kuasai Kerajaan Persekutuan, kerana duduk bersama Pakatan mereka tidak akan ditekan sedemikian rupa.

Tugas kakitangan Awam adalah memberikan khidmat pada rakyat secara bekerjasama bukannya bekerja mengikut rentak parti memerintah semata.

Jika keadaan ini berterusan maka tiada salahnya jika selepas ini Kerajaan Perak tidak lagi membayar hasil negeri kepada Kerajaan Persekutuan ataupun mengenakan bayaran sewa atau kos perkhidmatan yang tinggi kepada agensi Kerajaan Persekutuan yang ada dalam negeri berkenaan.

Kerajaan Perak juga bebas untuk mengambil semula tanah-tanah yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kegunaan agensi negeri bekenaan.

Tapi itu bukanlah sifat Kerajaan Pakatan yang sentiasa tenang walaupun di sabotaj sedemikian rupa.

Kita tidak akan lupa dosa Umno-BN ini, rakyat juga akan sentiasa mengenang perangai busuk Umno-BN ini dan pasti Pilihanraya akan datang menjadi ruang terbaik untuk rakyat menghapuskan terus BN di muka bumi Malaysia ini. Jika hari ini mereka tidak boleh membantu atau bergaul mesra dengan pimpinan dan rakyat Perak, pada masa akan datang kuburkan sahaja semua komponen dalam BN.

No comments:

Search This Blog