Monday, May 4, 2009

Pemilihan PAS: Ribut dalam cawan



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Akhbar yang selama ini dikawal mutlak Umno-BN tiba-tiba saja banyak memberikan ruang agak besar kepada PAS, termasuk di muka depan. Sebabnya mudah ditelah iaitu agenda pemilihan yang berlaku dua tahun sekali.

Walaupun liputannya lebih tertumpu kepada "aspek-aspek negatif" yang boleh dicungkil daripada debar pemilihan kepimpinan parti Islam itu, yang dijadualkan awal Jun depan, namun saya tidaklah mahu terburu-buru mahu memberikan label negatif kepada akhbar-akhbar berkenaan.



Ada teman-teman yang mahu saya menempelak media yang menyorot "secara berlebihan" senario pencalonan yang dibuat oleh mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara, bagi jawatan tertinggi parti, khususnya Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Saya cuba mengelak.

Lumrah sebuah parti besar

Bagi saya, biarlah ... bukankah PAS itu sebuah parti besar yang terbukti mampu berdepan pelbagai tribulasi, mehnah dan fitnah? Ia bagai pohon kayu yang makin kukuh pegangan akarnya apabila sering dilanda angin dan taufan. Apa perlu dirisaukan sangat dengan persepsi media jika di kalangan kita sendiri menyediakan "bahan sensasi" untuk mereka?

Masakan parti boleh lumpuh hanya kerana jarum propaganda musuh dikatakan sudah menjalar ke segala urat nadi organisasi? Saya tidak rasa daya tahan PAS dan kekebalan pendokongnya menghadapi "ujian kecil" ini begitu lemah.

Lebih daripada itu, PAS kini sudah dianggap saingan terdekat kepada Umno, dan bersama-sama mengungguli Pakatan Rakyat yang dilihat tegak berdiri sebagai sebuah "kerajaan menanti".

Sebagai parti yang bukan lagi terbatas pengaruh dan kekuatannya di wilayah tradisi seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, fokus yang diberikan rakyat terhadapnya, termasuk daripada media tentulah meningkat. Apa jua pergolakan dalam parti pastinya cepat dihidu, dan akan diberi tafsiran mengikut kehendak seteru politik PAS.

Rakyat memerhati penuh minat

Semua akur, peranan PAS tidak boleh diperlekehkan, malah boleh dianggap sebagai penentu politik masa depan. Rakyat sebenarnya sedang meneliti apa jua perkembangan dalam PAS dengan penuh minat. PAS kini bukan lagi berada di pinggiran tetapi sedang merapati posisi yang dapat mendefinisikan situasi politik mutakhir.

Oleh itu, jika berlaku pertandingan dalam proses pemilihan kepimpinan PAS, terutama di peringkat atasan, ia suatu fenomena biasa. Ia hanya menyaring tokoh terbaik di kalangan mereka yang menawarkan diri, yang diperuntukkan perlembagaan. Dan saya kira semua ahli-ahli parti, selain tidak perlu panik membaca laporan "adu-domba" yang melaga-lagakan pemimpin-pemimpin kanan PAS, harus bersikap terbuka dan tidak mudah melatah.

Apabila setiap gerak parti diperhatikan, sehingga dibaca berapa darjah kecondongannya dalam isu-isu tertentu, maka PAS tidak boleh memandang remeh apa jua pandangan dan kritikan terhadapnya.

Ahli-ahli dan pemimpin pula harus bijak "menjaga diri" dengan tidak terdedah dalam aktiviti "melobi" di luar batasan, yang jika tidak dikendali secara beradab boleh mencetuskan tunas-tunas yang kemudiannya boleh mewabak tanpa sedar.

Apabila prestasi pemimpin diperhalusi

Agenda rutin pemilihan itu juga dapat mengingatkan penyandang jawatan agar sentiasa cuba memberikan yang terbaik dalam tempoh tertentu bagi memenuhi amanah dan aspirasi perwakilan dari seluruh pelosok negara. Prestasi akan dihalusi setiap dua tahun sekali. Dan terbukti selama ini pun perwakilan PAS bijak memanfaatkan peluang untuk membuat pilihan.

Kini umum memperkatakan di mana-mana, era Umno-BN sudah menghampiri penghujungnya. Namun gelagat pemimpinnya tetap menjolok mata. Gejala kehidupan materialistik yang menyuburkan rasuah bagai tidak boleh dibendung. Rakyat diperbodohkan dengan pelbagai ungkapan manis dan jaminan yang tidak pernah tertunai.

Tidak pernah dalam sejarah, Umno-BN menghadapi cabaran segetir ini daripada pakatan pembangkang yang begitu menyerlah.

Majoriti rakyat pelbagai kaum di semua peringkat sudah bersedia untuk melakukan perubahan besar, seperti ditandai keputusan mengejutkan dalam pilihan raya Mac 2008, dan dituruti beberapa pilihan raya kecil kemudiannya. Namun perubahan juga ada ilmu dan seninya, yang hanya mampu digerakkan dan disempurnakan oleh pemimpin terpilih.

Tanggungjawab pemimpin PAS meneroka perubahan yang diimpikan rakyat ini cukup besar dan mendesak sekali. Usah kecewakan harapan mereka

Jangan buat kacau minta PAS tanding di Penanti - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam akatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti, setelah kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR, Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil DUN Penanti ini

Sivakumar mohon Sultan Perak tangguh sidang DUN Khamis ini

PETALING JAYA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar menangguhkan sidang Dewan sehingga satu tarikh yang lain.

Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam blognya hari ini.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat tersebut ke pejabat Istana Kinta pada pukul 11 pagi tadi.

"Saya telah memohon kepada Tuanku Sultan untuk mempertimbangkan supaya persidangan DUN Perak ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh Tuanku Sultan kemudian," katanya.

Sidang Dewan Negeri Perak dijadualkan bermula Khamis ini.

Jelasnya, permohonan itu dibuat kerana kes Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah.

"Saya berpendapat bahawa adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar Perak yang masih dalam pertikaian di mahkamah,"katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu itu Sivakumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tronoh berkata, beliau juga bimbang akan berlaku perselisihan dan pertelingkahan yang sukar dikawal pada hari tersebut.

"Pada jangkaan saya, kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing.

"Untuk menjaga keharmonian, kemuliaan dan kehormatan dewan, saya telah memohon kepada Tuanku Sultan menangguhkan persidangan ini buat sementara waktu," katanya.

Perlu ada garis panduan takrif siapa ulama dan profesional


PAS Pusat dicadang mengeluarkan garis panduan secara jelas berhubung pengertian ulama dan profesional yang menjadi perdebatan umum sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Ahmad Yakob berkata, penjelasan mengenai konsep tersebut dianggap perlu bagi membolehkan ahli PAS di peringkat akar umbi dapat memahaminya.

"Ia juga boleh memberi panduan kepada perwakilan dari seluruh negara pada muktamar nanti mengenai pengertian golongan ulama dan profesional dalam erti kata sebenar.

"Setakat ini belum ada lagi ketetapan atau peraturan bertulis berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita ketika menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada Makkah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, petang tadi.

Sebelum ini timbul perdebatan umum mengenai golongan profesional dan ulama menjelang muktamar yang akan diadakan di Shah Alam Jun depan.

Ada pihak mencadangkan jawatan nombor satu dan dua dalam PAS hanya diisikan golongan ulama. Ada juga pihak mahu profesional diberi tempat sebagai timbalan presiden.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, amat wajar sekali sekiranya garis panduan itu dikeluarkan segera.

"Lagi pun dalam PAS kita perlukan kedua-duanya sama ada golongan ulama atau profesional bagi membawa hala tuju PAS pada masa akan datang memandangkan kepercayaan tinggi masyarakat terhadap PAS sekarang," ujarnya.

Ditanya mengenai pencalonannya sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat beliau berkata, dirinya dianggap masih belum layak untuk menerima pencalonan tersebut.

Katanya, ulama memerlukan mereka yang benar-benar berwibawa bagi menerajui dewan tersebut.

"Saya hanya orang biasa saja, masih ramai lagi orang lain yang lebih layak," katanya.

DATO' SUK RAMPAS KUASA SPEAKER

Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka. Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker. Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini. Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker. Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.

Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.

Sebenarnya pengalaman 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak, dari awal pemerintahan PR sememangnya Dato' SUK ini tidak sangat memberi kerjasama kepada kerajaan PR. Dato' Seri Hj Nizar sering merungut perihal SUK yang lambat bertindak, tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada MB apabila diminta bertindak terhadap sesuatu perkara, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang penting juga tidak pernah dimaklumkan kepada MB, cadangan MB untuk melantik pengarah atau pegawai baru dalam mana-mana jabatan yang kosong juga tidak pernah diendahkan oleh Dato' SUK. Kita akui ada yang diambil tindakan tetapi lambat dan lembab. Kalau hendak didedahkan perangai SUK ni memang banyak, tetapi memadaliah setakat ini.

Penyatuan PAS - UMNO boleh direalisasikan bila.....



Oleh Jebat Swk


Situasi perubahan arus perdana politik tanahair sekarang ini semakin menjadikan pemikiran rakyat Malaysia menjadi semakin kreatif dan kritis. Segala perubahan yang berlaku terhadap landskap politik semakin menjadikan rakyat dan pemimpin begitu kritis dalam merencanakan hala tuju politik masing-masing.



Yang nyata dan jelas kepada rakyat pada hari ini corak pemerintahan pemimpin semakin mempedulikan suara dan permintaan rakyat. Senario ini rasanya menyuburkan lagi demokrasi politik ke arah sebuah negara yang benar-benar berdaulat dan merdeka.

Dalam menghadapi survival politik terkini maka timbullah perbagai pandangan untuk menyatukan dua parti terbesar dan berpengaruh di Malaysia ini iaitu PAS dan UMNO. Kini UMNO masih dengan legasi kekuasaan yang semakin goyah manakala PAS mula meniti detik-detik kekuasaan bersama legasi Pakatan Rakyat yang semakin menarik minat sokongan segenap lapisan masyarakat. Sesungguhnya tidak dinafikan konsep penyatuan dan kerjasama antara dua parti ini mempunyai impak yang besar dalam politik Malaysia tetapi yang jelasnya perspektif ini belum begitu sesuai untuk dilaksanakan atau direalisasikan. Soalnya kenapa ?


Mungkin konsep pengabungan atau penyatuan ini lebih difahami oleh golongan-golongan pemimpin utama dalam kedua-dua parti berpengaruh ini. Perit jerih perjuangan PAS dalam memartabatkan parti tersebut sebagai pegangan perjuangan masyarakat hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sejarah telah membuktikan kepada pemimpin-pemimpin PAS bahawa betapa sukarnya untuk mendapatkan kedudukan seperti hari ini. Dan apabila perjuangan mereka berada dalam situasi yang agak selesa dan mulai membuka minda hati rakyat marhaen hari ini maka apakah konsep penyatuan ini perlu untuk mereka.


52 tahun UMNO / BN memerintah bukan tidajk pernah PAS ini bergabung bersama UMNO dalam perjuangan mereka. Tapi kenapa pengabungan ini tidak mampu bertahan sehingga hari ini malah ia telah meninggalkan kesan yang cukup sinis di mata pemimpin-pemimpin PAS.Sesungguhnya selama 52 tahun UMNO / BN memerintah mereka tidak pernah pun memandang PAS ini sebagai sebuah parti yang selama ini didokong oleh bangsa Melayu yang sebangsa , sedarah serta seagama dengan UMNO. Cuma kerana kekuasaan mereka selama 52 tahun yang begitu kuat dan kukuh menyebabkan UMNO ini lupa diri sehingga sanggup memutarbelit dan memanipulasi corak aliran PAS ini di mata masyarakat. Kewujudan golongan ektrimis agama dan HUDUD PAS adalah istilah-istilah yang telah diwujudkan UMNO dalam minda penyokong-penyokongnya terhadap PAS. Malah pernah diwar-warkan bahawa sekiranya PAS memerintah Malaysia maka rakyat akan menjadi cacat dan diperintah dengan kejam.


Penjenamaan UMNO terhadap Pas ini begitu zalim dan hina sekali. Namun PAS tetap bertahan dengan iringan doa dan pimpinan yang bersih dan jujur kepada rakyat. Penguasaan PAS terhadap negeri Kelantan selama ini telah meninggalkan racun yang cukup berbisa buat UMNO. Entah kenapa Kelantan terlalu setia akan PAS ini sehingga segala cara dan strategi UMNO untuk menawan Kelantan menjadi sisa buangan rakyat. Segala keburukan dan kedangkalan rakyat Kelantan yang memilih PAS telah dijadikan contoh tauladan UMNO untuk terus meneruskan kuasa mereka. Segalanya ditempuhi PAS dengan tabah dan tenang. Prinsip perjuangan berlandaskan Al-Quran tetap diserapkan kepada rakyat dengan sabar.

Sehinggalah pada masa kini ideologi yang selama ini diwar-warkan oleh UMNO sebagai zalim dan merbahaya ini mulai diterima oleh segenap pemikiran rakyat yang semakin matang pemikirannya. Pembentukan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP telah berjaya menggugat kuasa dominan kekuatan UMNO / BN. Kini segalanya semakin menghimpit peluang UMNO untuk terus bertahan dalam landskap politik Malaysia.

Rakyat juga telah berani membicara akan kejatuhan UMNO / BN dalam PRU 13 akan datang. Dan kerana bicara-bicara terbuka rakyat ini maka sekalian penyokong-penyokong dan pemikir-pemikir UMNO mulai mencari tempat untuk berpaut demi legasi perjuangan UMNO. Dan akhirnya mereka memilih untuk berpaut pada PAS kerana PAS adalah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat yang mempunyai bangsa Melayu yang menjadi teras kekuatan UMNO selama ini.Lalu kini mereka terus berjuang ke arah penyatuan tersebut. Tapi apakah itu sesuai sekarang ?


Jawapannya tentu tidak. Walaupun apa alasannya, pemimpin-pemimpin PAS dan rakyat harus akui bahawa konsep penyatuan PAS - UMNO ini tidak harus terjadi. Seandainya ia terjadi maka ia akan memusnahkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia,. Perjuangan PAS dengan UMNO adalah jauh sekali perbezaannya. PAS tetap utuh dan kukuh dengan perjuangan islamnya manakala UMNO tetap subur dan akan menyuburkan pemerintahan British / sekular dalam perjuangannya. Apakah pemimpin-pemimpin PAS sanggup mengadaikan sebuah kekuasaan mereka terhadap sebuah parti yang telah mengkamuskan PAS sebagai sebuah parti ekstrimis islam dan bukan berdasarkan islam. Islam PAS adalah islam yang tidak sama dengan Al-Quran dan pelbagai lagi tohmahan hina oleh UMNO terhadap PAS.


Sekiranya PAS ingin melaksanakan penggabungan ini maka PAS hendaklah menunggu sehingga UMNO ni jatuh kekuasaannya pada PRU 13 nanti. Pada saat itulah PAS boleh menerima penggabungan ini dengan syarat UMNO haruslah dibubarkan dari politik Malaysia. Semua pemimpin dan penyokong UMNO ketika itu haruslah menerima hakikat bahawa PAS perlu menentukan segala syarat. Kenapa begitu ? Ini kerana selama UMNO berkuasa terlalu banyak perkara yang penilaian buruk oleh UMNO terhadap PAS. Oleh kerana PAS tidak mahu terpalit segala kekotoran UMNO dan UMNO perlu mengistinjakkan dirinya maka label nama UMNO harusl;ah dibuang dulu.


Akui dan ketahuilah oleh pimpinan PAS bahawa apa yang diperolehi oleh mereka sekarang ini kerana rakyat mulai sedar akan keburukan pemimpin-pemimpin UMNO yang semakin menjahanamkan rakyat dan bangsa Melayu serta kesucian Agama Islam itu. Janganlah dinodai kepercayaan dan persepsi rakyat ini dengan segala rancangan penyatuan dengan UMNO. Kemantapan PAS bersama Pakatan Rakyat haruslah diperbaiki dan diperkukuhkan demi legasi kekuasaan yang bakal menjelang pada PRU 13 ini. Daripada memikirkan penyatuan dengan UMNO ini adalah lebih baik PAS sentiasa bermuzakarah dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat supaya boleh menjelmakan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama untuk Malaysia. Buktikan kepada UMNO / BN bahawa gabungan Pakatan Rakyat akan melahirkan pemerintahan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki sekarang ini.
Ingat ! Penyatuan antara PAS - UMNO hanya mungkin berlaku bila UMNO / BN telah hilang kekuasaan pemerintahannya.

Friday, May 1, 2009

Baru berjalan ke Puduraya, sudah dianggap merakyat?



Oleh Abu Firdaus

Stesen bas utama Kuala Lumpur sememangnya tempat tumpuan rakyat. Patutnya stesen bas itu sudah lama berganti. Sememangnya rancangan untuk menggantikannya pun sudah ada, dan sudah dibuat iaitu Plaza Rakyat. Nama pun merakyat. Tetapi terbengkalai dan masih macam itu.



Begitu juga dengan terminal bas utama yang lain. Jalan Duta juga hanya bangunan sebegitu. Hentian Putra juga seperti itu sedangkan rancangannya adalah hendak membina di Terminal Putra di Gombak. Apa yang berkaitan dengan rakyat bawahan tidak begitu diambil serius oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Keluhan rakyat mengenai kelemahan pengangkutan awam tidak begitu diambil peduli. Keadaan pengangkutan awam terus sesak dan tidak menarik bagi orang ramai. Bukanlah tiada usaha tetapi dibandingkan tumpuan pembangunan adalah untuk orang kaya-kaya. Lihatlah bagaimana pihak berkuasa membangun sekitar kawasan Hartamas tentunya jauh berbeza apabila dibandingkan dengan apa yang dicurahkan kepada kawasan Puduraya.

Perbezaan ketara lebih-lebih lagi pada zaman Dr Mahathir Mohamad dahulu. Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) diusahakan dengan penuh bersemangat. Begitu juga dengan lebuh-lebuh raya bagi menampung kereta yang bertambah banyak dan mewah.

Sememangnya kecenderungan perkhidmatan kerajaan adalah kepada golongan kaya. Iaitu apabila dibandingkan layanan yang diberikan kepada pengangkutan awam, termasuk stesen-stesennya.

Sememagnya selama ini, Umno yang memimpin Perikatan dan BN tidak mendahulukan rakyat. Maka Najib Razak hendak mengubah keadaan ini. Maka antara yang dilakukan ialah melawat Petaling Street, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Puduraya. Itulah usaha untuk mendahulukan rakyat. Maka ditekankan betapa kesesakan yang ditanggung oleh rakyat perlu diatasi.

Tetapi janganlah hendaknya ia hanyalah untuk mencari populariti. Hakikatnya, mana-mana pemimpin politik, sama ada daripada BN mahupun Pakatan Rakyat, tidaklah perlu melakukan perkara-perkara yang bersifat menunjuk-nunjuk. Buat saja apa yang memudahkan kehidupan rakyat. Dapatkan penyelesaian mana-mana masalah yang ditanggung secara seharian oleh rakyat.

Ingatlah masalah-masalah rakyat banyak yang tertumpu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi tentulah sebahagiannya memerlukan campur tangan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Maka sekiranya seseorang pemimpin politik ikhlas untuk membantu rakyat, mereka perlu melakukannya serta merta dan tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk.

Namun begitu, ingatlah hakikat perjalanan kerjaya seorang ahli politik yang kehidupannya dikelilingi dengan kesenangan. Lebih-lebih lagi bagi mereka daripada kalangan golongan elit. Mereka membesar di lingkungan mewah, dan apabila semakin tinggi seseorang itu naik dalam tangga politik, makin jauh mereka daripada kehidupan rakyat biasa.

Sepuluh, 20 hinggalah 30 tahun, ada kalangan mereka yang sudah lupa bagaimana orang kebanyakan menaiki bas untuk tempat pekerjaan. Dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang mengecewakan mereka tidak dapat menyelami kehidupan rakyat yang susah. Ada kalangan politik yang berasal daripada golongan susah seringkali juga lupa bagaimana orang susah hidup.

Tidak cukup untuk melawat bandar-bandar dengan begitu saja jika prihatin sebenar tidak ada. Mereka tidak akan berasa masalah sebenar rakyat walaupun diusahakan untuk menghayatinya. Mungkin akan diusahakan penyelesaian masalah melalui senarai yang diberikan oleh pegawai-pegawai, tetapi kesemuanya tidak akan dapat menggambarkan kesusahan rakyat. Namun begitu, usaha untuk menyelami perasaan rakyat dalam menghadapi kesusahan wajarlah dihargai.

Pendek kata, golongan senang akan berasa susah untuk menyelami kehidupan orang susah. Jadi apa yang perlu mereka lakukan untuk benar-benar menjunjungi slogan mendahulukan rakyat? Selain daripada menyelesaikan semua masalah rakyat, yang sebenarnya kecil dan remeh-temeh bagi golongan kaya, tetapi bagi individu kecil, ia merupakan masalah maha besar. Maka selain daripada penyelesaian itu, apa yang perlu dilakukan ielah untuk menyokong pihak rakyat apabila berdepan dengan dua pilihan.

Apa saja masalah dan timbul pula dua pilihan yang bertentangan dengan kedua-duanya memiliki hujah untuk disokong, maka sikap yang perlu ada bagi pemimpin ialah memilih opsyen yang memihak kepada rakyat. Umpamanya dalam kerja-kerja pembangunan atau pembukaan kawasan baru. Andai kata sesuatu langkah itu lebih menguntungkan golongan kaya daripada miskin, maka wajar pilihanya jalan yang memihak pada orang miskin, walaupun langkah itu seumpama menjejaskan kepentingan orang ramai, masyarakat dan negara.

Kerajaan perlu mendahulukan rakyat

Sebagai contoh, pembukaan satu wilayah milik Orang Asli. Berkurun-kurun golongan Orang Asli menyara hidup mereka melalui pencarian rezeki dalam hutan yang sememangnya kampung halaman, malah negara mereka, lama sebelum datangnya orang Melayu, apatah lagi penjajah Inggeris. Tetapi katakan, apabila membangunkan wilayah itu boleh membantu negara kerana nilai tanah itu tinggi dan jika dimajukan, dapatlah banyak rumah dan rumah kedai dibina. Maka, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan yang mendahulukan rakyat?

Kalau pemimpin berkenaan memikirkan betapa susahnya kehidupan Orang Asli jika tanah mereka diambil untuk pembangunan, maka kerajaan yang prihatin kepada kepentingan rakyat akan memihak kepada golongan terpinggir ini. Tanah Orang Asli itu akan dipelihara supaya masyarakat itu akan dapat terus hidup dengan mencari bahan-bahan jualan di hutan mereka.

Sementara bagi pemaju, mereka harus mencari tempat lain yang tidak menjejaskan kehidupan Orang Asli itu. Tetapi kaedah ini akan sukar untuk dilaksanakan kerana tentunya pemaju mempunyai pengaruh lebih kuat daripada Orang Asli. Lebih-lebih lagi para pelabur yang menggunakan dorongan wang untuk membangun dan membina.

Maka dalam keadaan begini, badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat rakyat dan ideologikal, maknanya tidak terikat atau terluntur dengan pengaruh harta benda dan kuasa, wajar wujud membela golongan susah dan terpinggir. Masyarakat sivil dengan aktivis-aktivis ini wajar menjadi pengimbang kepada kerakusan di pihak yang lagi satu.

Maka mengapa Umno melalui Perikatan dan BN boleh bermaharajalela sejak tahun 1957 dengan membelakangkan rakyat adalah kerana kurang wujudnya gerakan NGO rakyat yang boleh menjadi pengimbang kepada golongan elit politik. Tetapi akhirnya apabila keadaan bermaharajalela ini terlalu lama, maka ia memakan iri Umno sendiri. Akibatnya ialah kebangkitan pihak pembangkang.

Jika PAS Pentingkan Diri,Sudah Lama Berkerjasama Dengan Bn - Salahuddin Ayub



Oleh TMJ

Jika PAS mementingkan diri sendiri dan tidak mengutamakan aspirasi rakyat, ia kini berada dalam kerajaan negeri Perak, kata Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Go to fullsize image
"Ogos tahun lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali telah membuat pengumuman menawarkan satu perkongsian kuasa dengan PAS bagi membentuk kerajaan di Perak dan sanggup menerima Adun PAS sebagai Menteri Besar Perak.



"Jika kita mementingkan diri, sudah tentu kita menerima tawaran itu dan mencampak ke tepi aspirasi rakyat yang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu," katanya ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menuduh perjuangan PAS hanya untuk kepentingan diri sahaja.

Kemarahan Menteri Dalam Negeri itu berpunca dari tindakan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dilaporkan menarik balik cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Salahuddin mengulangi penegasan bahawa PAS mahu membentuk kerajaan yang direstui rakyat dan bukan melibatkan diri dalam kerajaan bangsawan baru yang tidak tahu lagi memahami keresahan rakyat.

"Jika PAS mementingkan diri, sudah tentu ia akan berlari-lari mengejar dan menyertai kerajaan elit Umno BN yang disifatkan oleh rakyat sebagai lost touch dengan mereka - langsung tidak memahami atau buat-buat tak faham keresahan mereka.

"Jika PAS mementingkan diri, sudah tentu PAS menyertai kerajaan yang pernah dijangka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kerajaan perasuah sebelum pemilihan Umno dan selepas pemilihan pula beliau menyifatkan kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai kerajaan yang turut dianggotai oleh mereka yang berperangai keji," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin juga membangkitkan kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tindakan Umno BN yang mengambilalih pemerintahan di Perak sebagai sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang (in conflict with the law).

"Kenyataan Dr Mahathir menunjukkan mereka yang mengambil alih kerajaan Perak adalah kaki langgar undang-undang. Adakah tidak mementingkan diri bermakna berkerjasama dan mewujudkan perpaduan dengan kaki langgar undang-undang?!" beliau mempersoalkan.

Salahuddin juga menunjukkan SMS yang diterimanya. SMS itu menyatakan, "Dulu kerajaan anak-beranak, kini kerajaan suami isteri".

"Saya tidak tahu SMS ini ditujukan kepada siapa. Tetapi adakah tidak mementingkan diri itu berkerjasama dengan kerajaan anak-beranak atau kerajaan suami isteri? Kalau kerajaan suami isteri, adakah buat keputusan atas katil dan kita pula mesti menjadi kuli kepada keputusan mereka supaya tidak dituduh mementingkan diri?"

Mengenai Isu Agama Anak



Berbagai pihak meminta saya menyatakan pendirian dalam isu agama anak yang ditetapkan oleh Kabinet Malaysia yang baru. Di sini saya sebut, ada beberapa masalah dalam isu ini yang mesti difahami dan dinilai, juga pendapat saya dalam hal ini;

Islam menganggap setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu dalam keadaan yang bersih dari pencemaran pemikiran dan akidah. Tiada nilaian dosa atau pahala buat mereka. Jika mereka mati sebelum mencapai umur mukallaf, mereka mati dalam keadaan bersih sekalipun ibubapa mereka tidak menganut agama Islam.

  1. Ibubapa merupakan faktor utama dalam mempengaruhi fitrah anak yang bersih tersebut. Anak kecil biasanya akan terikut dengan agama ibubapanya. Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Setiap anak dilahirkan atas ‘fitrah’, maka kedua ibubapanya yang menyebabkan ia menjadi yahudi, atau nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  2. Para sarjana fekah ramai yang berpendapat bahkan ada yang mendakwa telah ijmak (sepakat), bahawa pengislaman bapa membawa kepada pengislaman anak yang masih kecil. Namun mereka berbeza pendapat tentang pengislaman ibu; apakah diikuti dengan pengislaman anak atau tidak. Di kalangan sarjana fekah ada yang berpendapat agama anak berdasarkan agama yang paling mulia dan sudah pasti mereka akan memutuskan jika bertembung antara Islam dan selainnya; maka agamanya dianggap sebagai Islam. Apa yang penting tiada nas Islam yang jelas dalam memutuskan hal ini. Ia lebih merujuk kepada soal ijtihad. Namun asas yang penting yang mesti ditegakkan adalah keadilan, di samping memelihara kemuliaan Islam itu sendiri.
  3. Kepentingan membincangkan tentang status agama anak ini adalah untuk pengurusan jenazah, harta pusaka dan beberapa perkara yang lain. Bukan untuk menentu kedudukannya di syurga atau neraka seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Ini disebabkan anak kecil bebas dari nilaian dosa dan pahala sehingga dia menjadi mukallaf.
  4. Saya berpendapat; tiada kemunasabahan yang cukup untuk Pihak Kabinet menentukan agama anak secara keputusan yang sedemikian. Lebih baik urusan ini diserahkan kepada mahkamah –sekalipun mahkamah sivil- untuk memutuskannya. Mahkamah mesti menentukan hak jagaan kepada pihak yang paling baik untuk kemaslahatan anak. Di sini datangnya peranan badan-badan Islam atau pihak pengurusan zakat umat Islam untuk memastikan kekuatan kewangan dan sebagainya dalam membantu ‘saudara baru’ melayakkan mereka mendapat hak jagaan. Jika badan-badan ini masih tidur atau sekadar sibuk dengan lawatan dan mensyuarat di hotel-hotel sahaja, jadilah apa yang terjadi sekarang.
  5. Keputusan kabinet tersebut boleh merampas hak salah seorang ibubapa yang menukar agamanya dan bersifat tidak adil. Jika sudut kebendaan itu yang dinilai, kelayakan menjaga seseorang anak itu berbeza antara pasangan. Tidak mungkin dibuat keputusan yang tetap kerana setiap pasangan mempunyai keadaan yang berbeza. Biar mahkamah menentukannya secara adil. Sesiapa yang berhak menjaga anak, maka tidak menjadi masalah jika berlaku perselisahan agama anak berdasarkan pihak yang menjaganya atau jika anak itu sudah pandai menilai, dia mungkin boleh membuat pengakuan agama pilihannya.
  6. Sepatutnya, isu agama anak tidak ditimbulkan melainkan ketika perselisihan antara pasangan sahaja. Anak sepatutnya diberi peluang untuk mengenai Islam setelah ibu atau bapa menganut Islam. Peruntukan zakat muallaf secara besar perlu diberikan untuk ini. Zakat bukan lawatan hujung tahun dan penukaran kereta baru para pegawai. Malanglah keputusan kabinet ini boleh menghalang dakwah seorang bapa atau ibu kepada anak berkenaan.
  7. Ini kerana, anak itu bersih fitrahnya. Ibubapa mempunyai peranan mempengaruhinya. Itu adalah hak mereka untuk mempengaruhi anak mereka. Jika salah seorang ibubapanya menganut Islam sementara seorang lagi tidak, anak berkenaan mungkin akan dipengaruhi oleh salah seorang daripada mereka. Sekalipun jika mereka berpisah, peluang yang adil untuk anak bertemu dengan bapa atau ibunya hendaklah diberikan. Selepas itu terpulang kepada anak berkenaan dalam menentukan agamanya.
  8. Saya berpendapat; keputusan kabinet lebih dipengaruhi oleh perkembangan politik kepartian dan undi tanpa melihat kepada sudut keadilan untuk semua. Ia adalah penindasan terhadap saudara baru dan boleh menakutkan mereka yang ingin menganut Islam. Dalam kegilaan mendapatkan undi, jangan digadai masa depan umat Islam dan keharmonian agama dalam negara.
  9. Sekali lagi saya tegaskan, golongan ‘saudara baru’ dalam negara ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan pihak yang bertanggungjawab terutama yang menguruskan zakat dan badan-badan agama kerajaan pusat dan negeri tidak menyibukkan diri dalam menjaga kebajikan mereka dan usaha dakwah dalam memahamkan rakyat Malaysia tentang Islam yang sebenar. Zakat tidak diuruskan dengan sepatutnya dan dana-dana untuk kemajuan Islam tidak dialirkan dengan cara yang wajar dalam menjaga kepentingan dakwah Islamiyyah.
  10. Saya dengan ini meminta pihak Kabinet menilai balik keputusan tersebut dan juga pihak-pihak agama dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan keadilan kepada ‘saudara baru’.
  11. Jika Fatwa Kebangsaan JAKIM boleh membuat sidang fatwa segera tentang ‘dakwat pilihanraya’ mengapa tidak Pengerusi Fatwa Kebangsaan tidak memberikan pandangan para mufti dengan segera dan jelas dalam hal ini. Malanglah jika isu penkid dan yoga digembar-gembur, tetapi isu keadilan hak saudara baru dilewat-lewatkan.
  12. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri, juga mengambil kesempatan berpesan kepada mereka yang berjawatan berkaitan agama agar jangan memikirkan tentang gaji, sambungan kontrak, gelaran menjelang harijadi sultan, elaun, rombongan dan urusan dunia yang lain melebihi kepentingan dan masa depan umat.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,
29.4.09
Lampeter, UK.

Sivakumar masih tunggu

IPOH 30 April – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, beliau belum membuat keputusan ingin menerima atau menolak usul untuk melucutkan jawatan yang disandangnya itu.

Beliau mendakwa, seorang Speaker mempunyai kuasa menolak sebarang usul tanpa dibahaskan atau diundi oleh ADUN.

‘‘Sebagaimana yang kita tahu, Speaker ada kuasa untuk terima atau tolak mana-mana usul tanpa perlu dibahaskan.

‘‘Satu kes nyata berlaku di Melaka baru-baru ini dan beratus-ratus usul sudah ditolak di Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Nizar: ADUN Pakatan tetap hadir sidang DUN Perak 7 Mei


SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar (tengah) bersama Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (kiri) dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham (kanan) pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat hari ini. Mesyuarat itu mengambil keputusan untuk tidak memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadualkan pada 7 Mei depan. --fotoBERNAMA

IPOH: Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan bahawa semua wakil rakyat mereka akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei ini, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammadd Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun sebelum ini ada kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat akan memboikot sidang DUN tersebut. "Soal memboikot kini tidak timbul dan kita akan memberi kerjasama sepenuhnya semasa persidangan berkenaan.

"Saya berharap persidangan itu mengikut segala peraturan sebagaimana yang diagendakan dan kita akan mengikut apaapa ketetapan yang akan dibuat oleh Speaker," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli DUN (ADUN) Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Beliau juga berharap semua pegawai yang ditugaskan pada sidang DUN itu akan mengikut perintah daripada Speaker dan menegaskan semua ADUN Pakatan Rakyat juga akan patuh dan akur apa saja arahan Speaker.

Sementara itu Speaker, V. Sivakumar ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatan beliau mengakui memang ada usul yang telah diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi.

Beliau berkata, sebelum persidangan pada 7 Mei ini berlangsung, banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut.

Thursday, April 30, 2009

PAS Tidak Sama Dengan Umno



Oleh Husam Musa

Sehingga hari ini saya rasa sebelum saya mengumumkan secara rasmi sama ada saya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau tidak. Saya perlu membuat pertimbangan terhadap beberapa perkara terlebih dahulu.
Go to fullsize image
Faktor pertama ialah, saya harus meneliti harapan daripada PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden.Sejauh mana mereka mengharap supaya saya bertanding.



Saya harus menghubungi PAS kawasan-kawasan yang telah memberikan pencalonan mereka untuk mengetahui sebab-sebab mengapa mereka merasakan saya perlu bertanding. Dan jika sebab itu valid, Insya Allah barulah saya buat keputusan secara muktamad.

Faktor kedua ialah, saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya. Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, insya Allah.

Ketiga, faktor yang saya harus pertimbangkan adalah, adakah dengan penyertaan saya itu saya boleh mengukuhkan pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, dan bagaimana cara saya boleh berperanan untuk tujuan tersebut. Jawatan Timbalan Presiden PAS ditandingi sejak tahun 2005 dan sekali lagi pada tahun 2007. PAS tidak berpecah walaupun ada yang menang dan ada yang tewas.

Saya percaya bahawa tradisi dan nilai mulia dalam PAS masih kekal dan PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno dalam soal pemilihan ini. Cuma ada pihak-pihak tertentu yang cuba menggambarkan seolah-olah ada perebutan kuasa yang sengit dalam PAS.

Suka saya nasihatkan pimpinan dan ahli-ahli PAS supaya menjaga etika sepanjang pemilihan ini supaya tidak memenuhi agenda media memperlihatkan PAS ini sama dengan Umno. PAS sebenarnya tidak sama dengan Umno, tetapi kadang-kadang cara kita bertindak boleh jadi silap dan memenuhi agenda media arus perdana yang dikuasai Umno-BN.

Kesilapan kita menyebabkan media gembira memetik maklumat dalaman yang boleh melaga-lagakan antara sesama pemimpin, sedangkan agenda media jelas, mahu menyamakan antara PAS dengan Umno.

Bagi saya jika terdapat perkara, yang ahli-ahli ataupun mana-mana pihak dalam PAS rasa menyalahi disiplin PAS, mereka perlu memaklumkan kepada parti dan saya berharap pimpinan-pimpinan tertinggi parti tidak berdiam diri mereka mesti memperlihatkan satu tahap displin yang tinggi supaya tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan yang boleh merosakkan imej PAS yang telah dibina selama ini termasuk termasuk perpaduan sesama ahli.

Pada pendapat saya, Pilihan Raya Umum ke 13 adalah satu pilihan raya yang kritikal kepada semua parti-parti politik utama dalam negara kita. Ianya adalah penentuan samada PAS boleh menjadi teraju utama menggantikan Umno dalam politik negara.

Ini bermakna pertandingan yang lebih kritikal adalah di antara PAS dengan Umno. Jika PAS berjaya mendapatkan kemenangan diatas kerusi-kerusi yang sekarang ini dipunyai oleh Umno, maka PAS boleh keluar sebagai the main anchor party pada masa akan datang.

Jadi tiga faktor inilah yang harus saya pertimbangkan dan rundingkan dengan PAS kawasan-kawasan, ahli-ahli, sebelum saya memberikan kata muktamad saya untuk bertanding.

Pada tahap ini, saya merasakan masih terlalu awal untuk membuat keputusan. Walaupun terdapat beberapa nama lain yang dicalonkan ke jawatan Timbalan Presiden, saya fikir tiada masalah untuk mengadakan muqabalah rakan-rakan yang dicalonkan untuk menarik diri dan memberi laluan kepada mana-mana calon yang lebih mustahak di kedepankan.

Jika PAS boleh membuat muqabalah dengan Umno, maka saya merasakan tiada sebab untuk tidak boleh berunding dengan calon-calon jawatan tertinggi dalam PAS.

Bagaimanapun setakat pemahaman saya, PAS sendiri tidak pernah secara rasmi mempunyai pendirian terhadap perkongsian kuasa dengan parti pemerintah yang sedia ada.

Oleh kerana tidak ada apa-apa ikatan rasmi maka saya fikir, jalan yang lebih munasabah bagi PAS ialah untuk memperkuatkan parti, mendapatkan sokongan di kawasan-kawasan yang sekarang ini dikuasai oleh Umno.

Bagaimanapun, iika sekiranya arah tuju PAS dapat diperjelaskan dan tidak ada keraguan tentang hubungan hubungan sulit PAS dan Umno, saya rasa tidak ada sebab besar untuk saya bertanding mencabar pemegang-pemegang jawatan yang sedia ada.

Tetapi pada pendapat saya dari trend yang berlaku sekarang ialah wujudnya keraguan terhadap arah tuju PAS, dan masa kita singkat, saya yakin Pilihan Raya Umum ini akan dipanggil lebih cepat dan mungkin dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan daripada sekarang.

Jika PAS teragak-agak untuk menentukan arah tujunya, maka PAS akan kehilangan peluang persiapan yang secukupnya.

Jelas Muktamar Tahunan PAS yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak sudah membuat ketetapan untuk memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat. Kemudian dalam pilihan raya-pilihan raya kecil pun ada kenyataan dan usaha bersama untuk berdiri atas platform Pakatan Rakyat, itu adalah yang telah dimuktamadkan dan kita kena harus bergerak di atas format yang telah dimuktamadkan bagi memenuhi agenda tersebut

Mansor Timbalan Ketua Menteri jika tawan Penanti - Guan Eng

GEORGE TOWN: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I jika memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti bulan depan.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebentar tadi.

Semalam Guan Eng memberitahu, Exco kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan berhubung hasrat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu Mansor mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri I.

Bagaimanapun katanya, pada dasarnya beliau tiada bantahan berhubung cadangan itu bagaimanapun perbincangan bersama exconya perlu diadakan terlebih dahulu.

"Berilah peluang untuk kami berbincang dahulu dan saya berjanji esok akan umumkan keputusan berhubung isu itu," katanya.

Jawatan itu telah dikosongkan oleh penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin pada 8 April lepas kerana mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pascaijazah.

Mansor, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini, kelmarin.

Usul Letak Jawatan Sivakumar Sebagai Speaker Tidak Sah

Oleh addin77

"
Pejabat SUK Perak hari ini telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker DUN Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman. Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri,


usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.
Jikalau usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker dan ia merupakan tindakan luar biasa. Surat usul Speaker letak jawatan adalah tidak sah kerana dikeluarkan oleh Setiausaha DUN , Abdullah Antong yang di gantung tugas.
Bagaimana seorang Setiausaha DUN yang di gantung tugas boleh mengeluarkan surat usul letak jawatan letak jawatan kepada Speaker? Ia sangat melucukan dan tidak boleh masuk diakal. Tindakan Zambry telah itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan MB Perak yang sah masih belum selesai.
Ternyata UMNO BN sanggup membelakangi undang-undang yang mereka cipta sendiri, apatah lagi undang-undang Islam. Puak-puak ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka untuk selama-lamanya. Tetapi sampai bila? Adakah mereka fikir mereka tidak akan MATI? Sungguh dangkal dan jelek pemikiran puak-puak ini...

Wednesday, April 29, 2009

Kejayaan besar bila bukan Melayu tidak takut PAS



KepimpinaGo to fullsize imagen Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata-mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat. Apa lagi kejayaan lebih besar selain orang Cina dan India kini tidak lagi takut untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama. Itu antara pandangan yang diutarakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengenai perjuangan 25 tahun kepimpinan ulama dalam PAS. Wartawan NYZA AYOB mencungkil pendapat spontan beliau.



HARAKAH: Bagaimana Pemuda PAS melihat setelah 25 tahun kepimpinan Ulama dalam PAS?

NASHARUDDIN HASSAN: Gerak tindak pemerkasaan parti sememangnya menjadi agenda yang berterusan dan ia melibatkan kepimpinan ulama? yang telah melalui pengalaman kepimpinannya sejak 25 tahun yang lalu. Meskipun kita tidak pernah berasa memadai dengan pencapaian, tetapi Alhamdulillah kepimpinan ulama dalam tempoh 25 tahun ini telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam kontemporari yang mampu memberi saingan dan tamparan hebat kepada kerajaan nasionalis bahkan berjaya mengatasi penguasaan mereka serta disegani bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

Pengalamannya ditimba oleh gerakan Islam antarabangsa. Kepimpinan ulama ini menjadi tonggak untuk PAS terus kekal bersama ketulenan manhaj perjuangannya membawa negara dan rakyat agar diredhai oleh Allah.

Setelah berjaya mengalihkan kepimpinan terdahulu (kepimpinan Dato' Mohd Asri Muda) banyak kejayaan telah dikuasai parti selain memerintah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah. Apa yang boleh diperkatakan di sebalik kejayaan ini?

Alhamdulillah, kejayaan ini menjadi khibrah (pengalaman) dan ibtila? (ujian) yang besar dan bermakna buat PAS. Ianya telah berjaya menafikan persepsi negatif yang menjadi khurafat sekian lama kononnya PAS tidak mampu memerintah dan mentadbir negara. PAS juga telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman.

Kini PAS telah bersedia dengan segala upaya dan kemahiran yang dimiliki untuk diberi kepercayaan atau mandat oleh rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini sebagai kerajaan alternatif.

Ya! kerajaan alternatif setelah rakyat sekian lama menderita di bawah kepimpinan parti perkauman dan tidak mesra kebajikan. Perkara kedua, suka saya tegaskan di sini bahawa kemenangan ini juga menjadi satu latihan praktikal kepada PAS untuk menghadapi suasana berbeza sebagai sebuah kerajaan yang memerintah bukan lagi pembangkang.

Tentunya berjuang dalam suasana menang dan senang sangat jauh beza dan cabarannya berbanding sewaktu kalah dan susah. Kita perlukan latihan praktikal ini untuk melahirkan kepimpinan yang bertaqwa dan berilmu, sederhana, amanah dan bijak memimpin serta benar?benar berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan.

Pada pemerhatian ustaz, apakah kejayaan terbesar yang telah memecah landskap politik tanah air sepanjang 25 tahun kepimpinan Ulama?

Saya melihat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah meresap jauh ke dalam hati nurani masyarakat. Betapa kini mereka memerlukan Islam untuk keluar daripada segala kemelut yang menimpa negara sama ada politik mahupun ekonomi.

Jika dulu sering kita dengar pemimpin negara menyebut bahawa 'politik suku agama suku', maka kini tiada siapa lagi berani berkata demikian kecuali mereka yang benar?benar jahil dan kufur. Ini adalah episod kejayaan yang ditempa oleh kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS.

Malah kita berjaya mematahkan tongkat Umno dan BN yang selama ini membenarkan mereka tegak angkuh sekian lama. Tongkat yang saya maksudkan ialah MIC dan MCA. Kini masyarakat Tiong Hua dan India tidak lagi 'berkiblatkan' MCA dan MIC untuk terus mendokong BN tetapi rata?ratanya telah beralih menyatakan sokongan kepada KeADILan dan DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebahagiannya kepada PAS sendiri melalui Kelab Penyokong PAS yang kita tubuhkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional. Apa lagi yang lebih besar selain orang bukan Islam di kalangan bangsa Cina dan India kini tidak lagi takut dan bimbang untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama.

Apabila tongkat Umno dan BN ini patah, kini mereka mulai kenal tinggi rendahnya langit dari bumi setelah mereka dibelenggu perasaan angkuh dan bongkak di puncak kuasa sejak sekian lama.

Sokongan bukan Islam terhadap PAS sejak akhir-akhir ini begitu luar biasa hebat. Bagaimana peranan yang dimainkan ulama dengan perkembangan amat positif ini?

Keistimewaan ulama ialah ketakwaan, keikhlasan dan keilmuan mereka. Berasaskan tiga faktor ini ulama telah memimpin gerakan membawa risalah perjuangan dengan cukup meyakinkan.

Bermula dengan maklumat yang disebar secara gigih tanpa jemu melalui penulisan, kuliah, khutbah, ceramah, berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan kini melalui blog, laman web atau Facebook, ulama juga tampil dengan syakhsiyah (peribadi) dan watak serta 'skil' kepimpinan yang cukup mempesona dan meyakinkan.

Ini bermakna rakyat melihat ulama sebagai 'role model' yang dapat menyelamatkan negara?

Ya! Setelah rakyat muak dengan rasuah, gelisah dengan penyelewengan kuasa dan benci dengan keruntuhan moral para pemimpin negara hari ini, para ulama kita dilihat sebagai 'role model' yang boleh menyelamatkan negara dari segala kerendahan aqal dan moral tersebut. Sentuhan spiritual para ulama mengisi kekosongan jiwa rakyat sekalipun dari kalangan non muslim setelah mereka ditinggalkan lompang oleh kerajaan Umno dan BN tanpa pengisian insaniah yang berkesan.

Setakat ini bagaimana penerimaan Pemuda dan PAS khususnya tentang gerakan Kelab Penyokong PAS yang tumbuh bagai cendawan?

Melalui Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, kita juga menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS dan ini menunjukkan kita sangat peka dan gembira dengan perkembangan ini. Ia menjadi cabaran baru kepada PAS dalam meluaskan 'coverage' risalah perjuangan yang diperjuangkan oleh parti sejak sekian lama.

Selama ini, orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas?lepas! Perkembangan ini membawa PAS menemui semua orang terutamanya 'non muslim' untuk mengenali hati budi dan aqal budaya mereka. Kemudiannya ia meletakkan PAS berjiwa besar untuk memimpin bukan sahaja di kalangan orang PAS tetapi juga rakyat pelbagai lapisan latar belakang agama, bahasa dan bangsa.

Dalam pilihan raya umum yang lepas, bukan Islam dibenarkan bertanding sebagai proksi PAS. Hingga kini sejauh mana orang bukan Islam boleh bertanding menggunakan tiket atau lambang PAS itu sendiri?

Pengalaman dan suasana semasa yang didepani oleh PAS akan banyak membantu PAS dalam membuat keputusan demi kepentingan perjuangan yang didokong selama mana ia tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Untuk meletakkan calon 'non muslim' bertanding menggunakan tiket PAS dalam keadaan tertentu seperti di kawasan majoriti 'non muslim', pada asasnya tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama mana calon tersebut turut sama memberi komitmen untuk mendokong dasar perjuangan PAS.

Sejauh mana keputusan Majlis Syura memutuskan keahlian bersekutu, ahli bukan Islam dalam PAS?

Untuk soalan ini, saya rasa wajar dihubungi 'direct' pengerusi atau ahli Majlis Syura .

Berbalik kepada kepimpinan ulama, apakah ustaz berpuas hati dengan penyertaan ulama dalam hiraki kepimpinan PAS Pusat, Pemuda dan juga negeri-negeri?

Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun pada asasnya saya sangat berpuas hati. Malah kita mempunyai gandingan yang baik antara tiga unsur kepimpinan parti iaitu ulama, profesional dan aktivis. Cuma saya kurang senang apabila cuba digambarkan oleh pihak?pihak tertentu kononnya berlaku krisis antara ulama dan profesional dalam parti. Sememangnya dua pihak yang berbeza disiplin pengajian dan kerjaya ini akan dilihat berbeza pendekatan dalam banyak keadaan namun parti mempunyai mekanisme tersendiri yang mengurus gaya dan cara kepimpinan secara kolektif.

Apa sikap Majlis Syura dalam hal ini?

Majlis Syura yang menjadi teraju parti akan terus meletakkan kepimpinan ulama sebagai tonggak kepimpinan kolektif ini. Saya juga mengharapkan ulama? yang diberi ruang menyertai hiraki parti walau di mana posisi mereka benar?benar dapat berperanan bagi membukti kemampuan sebenar ulama? dalam memimpin. Saya cukup tidak sedap hati kalau orang kata ulama lembab, tidak agresif, tidak peka, tidak pandai berorganisasi dan mengurus.

Apatah lagi, kalau apa yang disebutkan itu ada benarnya, maka para ulama mestilah memastikan mereka benar?benar mampu memikul amanah yang diberi. 'Title' sahaja tidak cukup dalam kita memimpin. Ulama mesti bekerja keras untuk memimpin dan mendokong cita?cita perjuangan agar ulama tidak menjadi bahan sendaan apalagi diperlekehkan.

Akhir sekali, apakah Pemuda berpuas hati dengan pencapaian 25 tahun kepimpinan ulama dan apakah harapan Pemuda terhadap kepimpinan PAS pada masa depan yang menanti 1001 cabaran?

Kepimpinan yang optimis, senantiasa meletakkan diri mereka tidak berpuas hati terhadap pencapaian sebelum kerana mereka terus akan membina pencapaian yang lebih baik dari masa ke semasa. Kita belajar dari kelemahan dan kekurangan semalam untuk kesempurnaan di hari esok.

Sebagaimana saya sebutkan tadi, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam kepimpinan ulama setelah kita melalui tempoh pengalaman 25 tahun kepimpinannya. Apa yang pasti, kepimpinan ulama mesti dipertahankan dan diperkasakan dari masa ke semasa.

Kepimpinan Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata?mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah?tengah masyarakat terutama saat mereka diperlukan untuk membimbing dan memimpin masyarakat. Kepimpinan yang bersedia untuk memerintah dan mentadbir negara atau negeri, bukan lagi hanya memimpin organisasi, tetapi juga kepimpinan yang mampu merungkai kebuntuan negara dan rakyat dalam berhadapan dengan pelbagai polemik kehidupan pada zaman moden ini.

Justeru itu, kepimpinan ulama masa depan yang kita perlukan ialah kepimpinan yang mampu dan berani berijtihad, tangkas menangani isu, cepat bertindak dan menjadi kepimpinan yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin. _

Perkukuh tarbiyah untuk survival PAS



Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
DI tengahGo to fullsize image-tengah suasana politik yang bergolak dan tidak menentu, ketika musuh politik PAS dalam keadaan lemah dan sangat bermasalah, ketika PAS berada di dalam kedudukan paling baik, diterima dan dihormati oleh pelbagai pihak, ada aspek yang sewajarnya diperhatikan sungguh-sungguh oleh pemimpin dan pendukung setia semua peringkat.


Aspek ini ialah tarbiyah, pembentukan syahsiah pendukung jemaah. Persoalan tarbiyah sentiasa berbangkit baik pada Muktamar PAS atau pertemuan-pertemuan lain. Ulama tidak putus-putus digantungkan harapan supaya terus menerus menyegarkan dan memperkukuh tarbiyah.
Kepentingan tarbiyah sangat nyata, lebih-lebih lagi dengan bertambah ramainya kemasukan ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza. Dengan itu sewajarnya difikirkan pendekatannya oleh para naqib dan naqibah supaya tarbiyah ini menghasilkan kejayaan.

Sejak penulis mengikuti usrah PAS suku abad lalu, ahli jemaah tidak henti-hentinya diperingatkan mengenai kepentingan tarbiyah oleh para pemimpin dan tuan-tuan guru daripada Almarhum Yusuf Rawa, Ustaz Nik Abd Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Abd Hadi Awang, Ustaz Yahya Othman, Utaz Abd Ghani Shamsuddin dan yang lain-lain, hinggalah kini.
Tidak syak lagi hasil daripada ingatan dan dorongan mereka ini menyebabkan ahli PAS sentiasa menjadi pendukung setia kepada perjuangan, bersemangat waja, mampu menghadapi pelbagai cabaran, hingga akhirnya kejayaan PAS dapat dilihat hari ini.
Ia menjadi parti politik yang sangat dihormati oleh pelbagai pihak kerana ahlinya memegang teguh prinsip perjuangan dan memiliki akhlak yang tinggi, adil, amanah dan bersikap terbuka.
Namun cabaran yang dihadapi tidak berkurangan, lebih-lebih lagi apabila PAS bersama dengan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan gilang-gemilang dalam pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.
Dengan itu secara 'nature'nya terbuka luaslah pintu kuasa, peringkat tinggi dan rendah dituruti pelbagai peluang rezeki dalam kerajaan yang diperintah seperti yang termaklum.
Ini adalah cabaran dan 'godaan' yang dihadapi oleh pendukung PAS. Jika di Gaza, Palestin, cabaran dan ujian yang dihadapi oleh rakyat di sana ialah bom-bom dan meriam kereta kebal Israel yang demikian kejam, pendukung PAS di sini berdepan dengan cabaran dan ujian yang disebutkan tadi. Bahayanya hampir sama.
Tidak salah mendapat rezeki daripada sumber yang halal, hasil daripada keringat, kerajinan dan sebagainya. Namun yang menjadi persoalan ialah apabila matlamat perjuangan tidak lagi kepada mencari keredaan Allah SWT tetapi untuk mendapatkan ganjaran material.
Adapun yang membezakan parti politik bernuansa Islam dengan parti berbentuk sekular ialah dari segi matlamat tadi. Parti Islam tidak meletakkan 'matlamat menghalalkan cara' tetapi 'matlamat mesti betul dan benar, pelaksanaannya juga mesti benar'. Itu saja kriteria untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Justeru, tarbiyah dengan segala perihalnya bersifat antibodi, atau 'filter' yang mampu menahan dan menjadi penapis segala serangan virus penyakit yang bersumber daripada nafsu dan kehendak tidak terkawal para pendukung jemaah.
Untuk itu contohilah bagaimana setianya pendukung jemaah ketika PAS miskin dan susah pada masa lalu, tetapi mereka mampu bertahan hingga kini. Jumlahnya ramai, ada yang berprofil tinggi, ada yang rendah, tidak terkenal. Namun seperti kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor, "mereka adalah pahlawan yang tidak ternama, tetapi jasa dan pengorbanan mereka sungguh besar".
Dengan itu berilah perhatian sungguh-sunguh kepada aspek tarbiyah. Ini bukan seruan tradisi setiap kali Muktamar PAS, tetapi ia perlu diperingat dan dilaksanakan, sama ada sebelum muktamar mahupun selepas muktamar, justeru ia adalah antara 'talian hayat' PAS.
Pada ketika PAS mengharungi suasana politik baru di tanah air sekarang, ketika orang bukan Islam sudah merapati dan berinteraksi, bahkah mendukung perjuangan PAS menegakkan keadilan, maka manhaj atau pendekatan tarbiyah tentu saja berubah.
Namun asas tarbiyah itu tidak berubah dari yang disebut oleh para naqib dan naqibah pada tahun-tahun 70-an, 80-an, malah 90-an dulu, iaitu bersumber daripada al-Quran, Seerah Nabawiyah serta diambil daripada pemikiran pemimpin gerakan Islam dunia, khususnya dari buku-buku pemimpin Ikhanul-Muslimin, Abul A'la Maududi, Badiuzaman Said Nursi, Muhd Natsir dan lain-lain.
Asas-asas tarbiyah mereka ini tetap segar dan relevan hingga kini. Namun idea-idea dalamnya perlu dikembangkan sesuai dengan suasana kontemporeri ini iaitu bagaimana watak kita meladeni dan menyesuaikan diri dengan perubahan ini, umpamanya, ketika orang bukan Islam demikian ramai mendekati perjuangan PAS.
Pendukung PAS tidak perlu menanggalkan serban, kopiah dan jubah untuk apa yang dipanggil 'menyesuaikan' diri dengan suasana terkini. Yang penting ialah watak, ilmu dan kearifan kita sendiri. Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat tetap berserban dan berjubah, namun kerana kearifannya meladeni sifat insan, ia mampu menjadi contoh terbaik mengadunkan politik berpaksikan agama hingga ia menjadi tokoh yang disegani.
Selain daripada tarbiyah, PAS juga sewajarnya menggalakkan wacana ilmu, perbincangan serius membuka minda ahli kepada persoalan terkini, dibedah menurut perspektif Islam. PAS tidak kurang para agamawan, profesional pelbagai bidang dan intelektual untuk mengisikan program seperti ini.
Malah para intelektual di luar PAS juga boleh diundang ikut serta memberikan pandangan. Bukankah hadis Nabi s.a.w. menyatakan "ilmu itu barang yang tercicir dari orang mukmin, cari dan ambillah di mana saja kamu menjumpainya".

Memanglah sifat parti politik memerlukan ahli atau khalayak yang ramai kerana ia memerlukan sokongan rakyat setiap masa. Namun bagi PAS yang juga bernuansa sebagai gerakan Islam, sewajarnyalah pendukungnya memerlukan pengisian yang boleh meningkatkan kualitinya.
Sekali lagi tarbiyah sangat perlu diperkukuh dan dilaksanakan secara serius di semua peringkat baik sebelum Muktamar atau selepasnya. Perkukuh tarbiyah untuk survival PAS.

Search This Blog