Thursday, April 30, 2009

Usul Letak Jawatan Sivakumar Sebagai Speaker Tidak Sah

Oleh addin77

"
Pejabat SUK Perak hari ini telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker DUN Perak. Usul tersebut dicadangkan oleh Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sg. Rapat, Hamidah Osman. Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri,


usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.
Jikalau usul ini diluluskan di dalam mesyuarat tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat.
Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker dan ia merupakan tindakan luar biasa. Surat usul Speaker letak jawatan adalah tidak sah kerana dikeluarkan oleh Setiausaha DUN , Abdullah Antong yang di gantung tugas.
Bagaimana seorang Setiausaha DUN yang di gantung tugas boleh mengeluarkan surat usul letak jawatan letak jawatan kepada Speaker? Ia sangat melucukan dan tidak boleh masuk diakal. Tindakan Zambry telah itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan MB Perak yang sah masih belum selesai.
Ternyata UMNO BN sanggup membelakangi undang-undang yang mereka cipta sendiri, apatah lagi undang-undang Islam. Puak-puak ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa mereka untuk selama-lamanya. Tetapi sampai bila? Adakah mereka fikir mereka tidak akan MATI? Sungguh dangkal dan jelek pemikiran puak-puak ini...

3 comments:

Malaysian-2Day said...

hehe kalau ikut korang semua yang BN buat tak pernah SAH! aku amat tertarik dengan satu je ayat dalam penulisan kamu ni "Adakah mereka fikir mereka tidak akan MATI?" ini soalan yang patut kamu tuju kepada semua, bukan sahaja UMNO, malah PAS,PKR dan DAP.

Ingatlah mati sebelum nak buat rusuhan dan menyusahkan rakyat, ingatlah mati bila PR sebuk memburuk2 negara di kaca mata org luar sehingga org luar bertanggapan buruk terhadap negara. ingatlah mati sebelum memutarbelitkan kalimah ALLAH. ingatlah mati sebelum menyokong ELI BOGEL yang zina dgn budak ISLAM. Ingatlah mati sebelum menabur fitnah (tuduhan tanpa bukti)

apa ke hell said...

Sudahlah Malaysian 2-Day ingatlah apa yg ko tulis tu pun fitnah apa bukti org PR yang burukkan negara, .. tuduh-tuduh takper lagi satu ko pasti sgt ke Hilmi tu berzina, ada dia mengaku? amik gambar bogel tu kira berzina lah? gambar bogel dgn gambar tengah tido sama ke? dlm bilik dia nak tido mcmana suka hati dia lah, apasal? ko tido pakai telekung ker?? dahlah Malaysia 2-Day nak suruh org ingat MATI dah ko tulis benda mcm tu takpe plak?..he he takder modal la tu..

pemuda cheh said...

malaysia 2day....ingatlah mati sebelum menolak hukum allah untuk ditegakkan di malaysia, ingatlah mati sebelum menyokong pemimpin yang byk skandal...dan tak pernah nak nafi pun.

Search This Blog