Thursday, January 28, 2010
Umno juara songlap duit rakyat
Umno Juara Rakyat adalah program yang akan diadakan di seluruh negara bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka. Sekalipun BN menang besar dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang, tetapi sokongan keseluruhan rakyat di seluruh negara terhadap parti rasuah itu masih mencurigakan. Maka Umno Juara Rakyat diharapkan mereka menjadi program bagi memulihkan kecurigaan rakyat
Dalam pelancaran program Umno Juara Rakyat yang pertama kali diadakan di Selangor baru lalu, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM15.6 juta untuk membaiki pangsapuri di kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Baru Sentosa, Hulu Selangor. “Saya cuma mahu Umno buktikan peruntukan RM15.6 juta itu adalah dari tabung Umno. Jika benar Umno mempunyai jumlah peruntukan yang begitu besar dalam tabung mereka, ini bermakna Umno sangat hebat,” ujar Mahfuz sinis.
Setiausaha Perhubungan Umno Kedah, Ir Nawawi Ahmad yang terperangkap dengan soalan Mahfuz hanya mampu mengajak PAS sertai program yang dirancang Umno itu bagi membuktikan kononnya tiada penyalahgunaan wang rakyat.
Semua tahu peruntukan RM15.6 juta itu bukan duit dari tabung Umno tetapi duit kerajaan Pusat. Setiap sen duit kerajaan Pusat juga bukan datangnya dari yuran keahlian Umno yang dikutip RM1 seorang. Duit kerajaan datangnya dari pungutan cukai yang dibuat terhadap seluruh rakyat jelata termasuk ahli serta penyokong Pakatan Rakyat.
Akibat terlalu lama diberi kuasa memerintah Pusat mereka sudah tidak dapat membezakan antara duit Umno dan duit kerajaan yang diambil dari poket rakyat melalui cukai.
Umno Juara Rakyat bukan program pertama parti rasuah itu mendekati rakyat. Dalam pilihanraya kecil, selalunya Puteri dan Pemuda Umno turun mengadakan bengkel kesihatan percuma. Tetapi logistik dan pegawai perubatan yang digunakan adalah dari hospital kerajaan. Mereka mengadakan gotong royong membaiki rumah, tetapi tenaga yang digunakan adalah terdiri dari anggota tentera. Umno ‘tumpang tui’ terhadap semua jabatan kerajaan.
Di peringkat negeri, Umno sewaktu berkuasa menggunakan sewenang-wenangnya duit kerajaan negeri untuk program parti. Di zaman BN, sebuah GLC menyumbangkan RM1.7 juta untuk Umno Kedah. Tidak hairan jika Umno mempunyai duit yang banyak menghambur sumbangan untuk rakyat dalam pilihanraya. Permodalan Kedah Berhad (PKB) adalah sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar.
Menjelang pilihanraya 2008 mereka telah membekalkan peralatan pilihanraya untuk peti-peti BN, tetapi berselindung di sebalik kerja-kerja sosial. Dana yang kononnya dikeluarkan untuk ‘kerja-kerja sosial’ bernilai lebih RM14 kepada dua buah syarikat dilakukan dengan kaedah yang tidak telus dan penuh tandatanya. Mengapa kelulusan dari lembaga pengarah terhadap syarikat pembekal tidak didapatkan terlebih dahulu? Mengapa tidak melalui proses tender? Mengapa bayaran melalui beberapa keping cek yang setiap satu berjumlah kurang dari RM10 ribu? Untuk maklumat pembayaran yang melebihi RM10 ribu mesti turut ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah.
PKB juga telah mengeluarkan wang sebanyak RM500,000 di antara tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi pilihanraya umum ke 12, kononnya untuk sumbangan amal ke seluruh negeri Kedah. Bukankah terang lagi bersuluh bahawa wang itu digunakan untuk kepentingan politik Umno.
PKB diarahkan menjelaskan bayaran 50 batang pen bernilai lebih RM60 ribu yang dihadiahkan kepada wartawan sempena Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Media. Saya mencari rakan wartawan yang menerima hadiah pen bernilai lebih RM1000 sebatang itu, malangnya setakat ini masih belum menjumpainya.
PKB juga diminta menjelaskan tuntutan penginapan hotel Menteri Besar lalu dan kehadiran tetamu Menteri Besar dari Sabah. Inilah bahayanya BN terlalu lama di beri peluang memerintah. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara wang parti dan wang kerajaan/rakyat.
Apa yang didedahkan di atas hanyalah ’tips of the ice berg’ penyelewengan yang berlaku di zaman BN. Banyak lagi yang besar-besar. Mujur saya bukan Syed Husin AlAttas untuk mendedahkan setiap butiran ’kong kalikong’ dalam kerajaan lalu.
Sebab itu rakyat jangan pelik jika Umno benar-benar mempunyai duit yang banyak untuk diagihkan kepada rakyat. Hari ini jika berlaku musibah seperti kebakaran dan sebagainya, ADUN Pakatan akan sampai dahulu, kemudian baru pemimpin BN. Bukan kerana BN tidak prihatin. Tetapi mereka nak tengok dulu berapa YB Pakatan sumbangkan untuk mangsa. Jika ADUN Pakatan hulur RM200, mereka akan datang hulur RM500. Kalau nak lawan BN dengan kebendaan, duit setinggi Gunung Jerai boleh rata. Duit mereka banyak tapi bukan duit parti.
Selepas kerajaan Pakatan tumbang di Perak tahun lalu, heboh kononnya Kedah akan menuruti Perak. Kononnya imbuhan berjuta-juta ditawarkan untuk setiap ADUN yang bersedia jadi pelacur politik. Sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008, beberapa ketua bahagian KeADILan dari Kedah isytihar lompat parti. Sebelum itu satu perjumpaan sulit diadakan di Danok. Broker politiknya ialah seorang pegawai penting KHTTP sekarang ini. Berapa jumlah yang ditaburkan dalam pertemuan itu dan berapa pula yang dijanjikan selepas itu tidak penting untuk didedahkan dalam ruangan ini, tetapi yang mahu diberitahu ialah Umno mempunyai sumber dana yang banyak untuk membeli sokongan. Dan ’dana’ Umno itu hakikatnya adalah dari duit rakyat yang diambil secara luar tabie. Program Umno Juara Rakyat akan turun ke setiap kawasan. PAS perlu menyusul program dengan membongkar segala penyelewengan Umno menyonglap duit rakyat
Wednesday, January 27, 2010
Nizar, usah bermimpi jadi MB
Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa. |
Krisis Makkal Sakti ributkan lagi rumah tangga BN
Di antara pihak yang memberikan reaksi agak negatif terhadap kemunculan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) tahun lalu ialah Mursyidul Am PAS, D
ato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam ulasan ringkasnya ketika ditanya wartawan mengenai pelancaran penubuhan parti baru bagi kaum India itu, beliau antara lain membayangkan bahawa parti itu bakal mendatangkan masalah kepada Barisan Nasional (BN).Beliau dipercayai merujuk kepada sambutan “luar biasa” para pemimpin tertinggi BN terhadap kemunculan MMSP. Selain pelancaran penubuhannya disempurnakan sendiri Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, parti baru itu pula mengisytiharkan sokongan penuh terhadap BN.
Perisytiharan itu berlaku menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, 11 Oktober lalu. Restu dan layanan istimewa diberikan BN terhadap MMSP dilihat salah satu usaha terdesak parti pemerintah itu memenangi hati kaum India, tidak terkecuali yang mengundi di Bagan Pinang. Ia diharapkan mampu menghakis sokongan kaum itu terhadap pembangkang, sepertimana telah mereka pamerkan lewat pilihan raya umum lalu.
Moral di sebalik langkah terdesak itu, BN akan mengaplikasi apa juga taktik dan strategi demi menyelamatkan hayat politiknya. Bukan suatu kebiasaan bagi pemimpin tertinggi BN untuk meraikan kemunculan parti baru dalam bentuk sedemikian istimewa. Apatah lagi selama berdekad sebelum ini perjuangan kaum India diwakili hampir mutlak oleh MIC.
Ada pun parti-parti lain yang cuba menonjolkan perjuangan kaum itu juga berhadapan masalah masing-masing. PPP yang juga dikuasai pemimpin India hingga kini masih dilanda krisis kepimpinan yang parah.
IPF pula suatu ketika pernah menampakkan sengatnya. Kini ia tidak begitu disebut orang, terutama setelah parti itu juga dilanda krisis perebutan kepimpinan selepas kematian presidennya, M.G. Pandithan.
Sebab itu kehadiran MMSP dilihat satu harapan baru buat BN memaut kembali sokongan kaum India. Ia bagaimana pun menjadi tamparan hebat dan penghinaan terbuka terhadap MIC.
Pucuk pimpinan BN seakan menghukum MIC yang gagal mewakili dan membela kepentingan kaum India. Ia sekaligus menjadi cabaran kepada MIC untuk bangkit semula menawan hati kaumnya.
Tindakan BN mengiktiraf kelahiran MMSP bagaimana pun dilihat amat sesuai dengan latar belakang gabungan parti pemerintah itu. Suatu hakikat yang tidak dapat ditolak ialah BN diwujudkan melalui gabungan sebilangan parti utama yang hidup berasaskan perjuangan kaum masing-masing.
Bahkan nama-nama parti itu sendiri menerangkan kaum yang setiap mereka wakili. Umno dengan perjuangan ketuanan Melayu, MCA dengan kepentingan Cina dan MIC dengan pembelaan kaum India. Parti-parti di Sabah dan Sarawak juga kebanyakannya begitu.
Hakikat itulah barangkali yang mewajarkan BN, khususnya Umno memikirkan perlunya digilap satu parti baru bagi kaum India. Apatah lagi setelah MIC ditolak rakyat, manakala PPP dan IPF pula berdepan krisis dalaman yang serius. Maka kemunculan MMSP bagaikan “pucuk dicita, ulam mendatang” buat BN.
Bagi MMSP pula, perjuangannya adalah kesinambungan suara bantahan terbuka sekumpulan penganut Hindu yang membentuk sebuah pertubuhan menjelang pilihan raya umum lalu. Pertubuhan itu kemudiannya diharamkan kerajaan dan sebilangan bekas pemimpinnya terlibat menubuhkan MMSP.
Perjuangannya difahami berasaskan kepentingan kaum dan agama tertentu. Walau pun sewaktu awal kemunculannya kumpulan ini lebih dilihat bersama perjuangan parti-parti pembangkang, ia barangkali gagal menemui keserasian bersama mereka.
Apatah lagi secara jujur Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), DAP mahu pun PAS berikrar menolak fahaman perkauman sempit dan sepakat berjuang menegakkan prinsip keadilan bagi semua kaum. Hakikat itu bahkan terserlah menerusi kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu yang dianggotai semua kaum.
Justeru tidak hairan sekiranya MMSP merasakan Pakatan Rakyat bukan platform sesuai baginya meneruskan perjuangan. Ia lalu memilih BN. Malangnya, belum pun sempat MMSP memberikan kesan signifikan dalam memaut kembali kesetiaan kaumnya terhadap BN, parti yang baru melewati usia tiga bulan itu pula dilanda ribut.
Dalam diam rupa-rupanya ia sudah pun menyimpan pergolakan dalaman amat serius. Akhbar Isnin (18 Januari) lalu melaporkan sekumpulan 14 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu bermesyuarat dan sebulat suara memutuskan untuk memecat presidennya, R.S. Thanenthiran.
Menerusi tindakan agak dramatik, kumpulan itu mengadakan satu inkuiri yang turut memperhalusi lima tuduhan yang secara umum mendakwa Thanenthiran telah mencemarkan nama baik parti.
CC MMSP dianggotai 27 ahli. Sokongan 14 anggota itu memberikan majoriti mudah kepada keputusan inkuiri itu.
Difahamkan kesemua mereka yang terlibat mengadakan inkuiri itu telah diberikan surat tunjuk sebab untuk diambil tindakan oleh parti. Dipercayai inkuiri itu adalah tindakan balas mereka menyelamatkan kedudukan.
Drama pecat-memecat itu seakan serupa dengan apa yang berlaku di dalam PPP. Ia turut berlaku dalam MIC dulu sehingga melahirkan IPF. Kini MMSP pula dijangkiti sindrom serupa.
Ada benarnya pandangan jauh Dato’ Nik Aziz itu, bahawa MMSP bakal mendatangkan masalah kepada BN.
Tuesday, January 26, 2010
Zambry serta exconya bagai cacing kepanasan
Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini. Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya. |
Kemelut politik Perak menghampiri penghujungnya
|
Monday, January 25, 2010
Kes MB 9 Feb: Nizar minta doakan kemakmuran Perak
|
Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim. Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi. “Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini. |
Negara Akan Bankrup Jika UBN Terus Memerintah
Negara akan terus lingkup di bawah UBN . Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salahgunakuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran wana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas !. Apa tidaknya pada pertengahan tahun lepas(2009) perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing . Bank negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32BILLION ! Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 TAHUN !
Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM 363 BILLION pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi ; sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak ‘ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku li .
Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewenan dan kerakusan pembaziran yang di buat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270BILLION dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100Billion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 Billion sahja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang, gula , minyak , dsn. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara RosmahNajib sebanyak RM32 BILLION ! Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.
Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas( 2009) mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan di potong dan minyak naik( selepas pilihanraya semula di Perak ) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. .RM270 + 100 Billion yang berjumlah RM370Billion dan yang terkini RM32 Billion itu; berjumlah sekitar RM400BILLION . Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka , tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrup.Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut ; tetapi rakyat bagaimana!!!!
Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka ; golongan Umnoputra Korprat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan koruspsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Ju Meng bekas Menteri kabinet yang berpengalaman luas ; yang keciwa dengan sikap kerakusan umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.
Satu Malaysia di tipu oleh UBN dalam program : JMR ( JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelwengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba di alih-fokus oleh UBN dengan perihal isu ‘Kalimah Allah “ yang diperbesarkan dan diekploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti . Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakunan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama ; dalam isu ‘Kalimah Allah” di negara ini ; setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno . PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang di bawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA, di negara ini.
Bahkan TGNA, Mursyudul Am PAS, menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu kilaf dan boleh mengucapkan salam . Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik ; bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘ Rahmatan lil alameen” ; ertinya Rahmat kepada sekelian alam , manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya : ‘ “ Peace Be Upon You “ .( Sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.
Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya , insyaAllah ; yang setaraf , sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini . PAS dibawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan refomasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU13. insyaAllah.; disamping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme , racialisme dan ekstremis agama.
UBN , akan bertambah gusar dan phobia lagi , apabila PAS sendiri akan meletakkan calun bukan Melayu dan Bukan Islam yang sesuai untuk menentang calun UBN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal. Oleh itu , perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu di segerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat . Justeru Bilik Greakan bagi semua UPU ( Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap-siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi dibawah telunjuknya (JPN dan SPR) ; khususnya penggunaan ‘Mycard” di kalangan anggota polis dan tentera .
Kamu merancang . Allah juga merancang ; Tetapi perancangan Allah yang terbaik ( Maksud Qur’an) Gerakan yang batil bisa menyalahkan Gerakan yang hak jika yang batil itu lebih tersusun rapi dan organisir .kata Syaidina Ali.
“ Selamatkan Negara Kamu Daripada Bankrup !Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah
Walaupun belum 24 bulan mengambil alih pemerintahan Kedah dari Umno-BN kejayaan mencapai 80% janji manifesto adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih lagi kerajaan PR Kedah sering diasak dan diserang dari pelbagai penjuru oleh pihak Umno-BN. Kalau markah periksa di sekolah atau universiti kerajaan PR Kedah sudah dapat A! Perkara itu diumumkan oleh exco Kerajaan Negeri, Siti Aishah Ghazali semasa berucap merasmikan Pasti Al Munnawarah Taman Lagenda Padang Serai Kedah.
Di antara janji dalam manifesto yang telah ditunaikan ialah :
1. Memperuntukkan sebanyak RM600 ribu setahun kepada sekolah agama rakyat. Disamping itu sebanyak 12.5 juta telah diperuntukkan kepada guru KAFA dan juga guru-guru Quran di kampung-kampung.
2.Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak 8.75 juta kepada Universiti Insaniah bagi pengurusan dan pentadbiran supaya institusi ini akan menjadi salah sebuah institusi yang terbaik setanding dengan IPT yang lain
3. Pada tahun 2009 yang lalu peruntukan sebanyak 26.5 juta kepada Maktab Mahmud telah ditambah kepada 28.5 juta pada tahun 2010 bagi menambahbaikkan institusi pendidikan agama tersebut di negeri ini.
Semoga kecemerlangan kerajaan PR Kedah akan turut menjadi contoh kepada kerajaan PR di negeri lain untuk membuktikan kepada pengundi dan rakyat di negara ini PR boleh menerajui dan mentadbir negara dengan baik seterusnya membuka langkah dalam persiapan mengambil alih Putrajaya selepas pilihanraya umum akan datang.
Friday, January 22, 2010
Negara maju abad 21, PRM dakwa Najib omong kosong
| Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa inginkan Malaysia menjadi negara maju abad ke-21 didakwa hanya omong kosong semata-mata. Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM), Zulkarnain Abdulah dalam satu kenyataan berkata kenyataan Najib itu tidak lebih dari mencari publisiti memancing undi. "Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kata-kata Perdana Menteri semasa lawatan beliau di Abu Dhabi yang disiarkan dalam Akhbar Tempatan yang inginkan negara ke arah abad ke-21 hanyalah satu ceramah politik dan publisiti untuk memancing undi. Ini adalah omong-omong kosong," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PRM Wilayah Persekutuan. Ujarnya, Negara sukar mencapai status negara maju jika pemimpin negara masih tidak berubah sikap mengamalkan penyelewengan, penyalahgunaan wang rakyat dan pembaziran. "Yang lebih penting untuk negara maju ialah pemimpin yang ada sekarang perlu ubah sikap, hentikan semua pembaziran dan lebih tumpukan ke arah membangunkan ekonomi tanpa penyelewengan pengeluaran wang rakyat berjuta-juta dan secara tidak langsung negara akan maju dan sara hidup rakyat akan lebih selesa dan terjamin," katnya lagi. Malah ujarnya lagi, untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang di terima rakyat, Najib perlu menjawap segala soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakyat jelata dan bertanggung-jawab melaksanakan permohonan rakyat. |
Thursday, January 21, 2010
PAS: Pemuda Umno Kelantan sibuk isu orang lain, bukan parti sendiri
Pemuda Umno Kelantan ditempelak berikutan tindakannya membuat laporan polis berhubung kompleks Bazaar Tok Guru tetapi tidak mengambil kisah kelewatan pembinaan jambatan kedua, yang dikhuatiri membabitkan elemen penyelewengan dan rasuah.
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim membangkitkan perkara itu selepas mendapati Pergerakan Pemuda Umno negeri membuat laporan polis kononnya terdapat unsur penyelewengan berhubung kompleks Bazaar Tok Guru.
“Ini merupakan satu helah Umno dalam usahanya untuk merampas Kelantan dari PAS.
“Mereka ingin menggambarkan kepada rakyat kelemahan kerajaan negeri. Tapi mereka tak sedar tindakannya akan terkena batang hidung sendiri.
“Mereka berbuat demikian kononnya ada unsur penyelewengan dalam pembinaan, penyediaan Bazaar Tok Guru.
“Tetapi hakikat sebenar, Umno nak ambat (usir) peniaga-peniaga di arked UDA,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada sesi penerangan isu semasa di sini.
Dua hari lepas, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan diketuai Ketua Penerangannya Che Othman Che Will membuat laporan polis meminta siasatan dibuat terhadap pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung urus niaga pembelian kompleks perniagaan Bazaar Tok Guru di sini.
Bazaar Tok Guru menjadi satu isu popular selepas cetusan beberapa kontroversi dalam krisis pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Nik Aziz yang menjadi idola seluruh rakyat Kelantan selama ini.
Sebelum itu, Nik Aziz diasak dengan pelbagai tekanan ekoran krisis Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melibatkan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang kemudiannya diarah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.
Ariffahmi akan melepaskan jawatan tersebut berkuat kuasa penghujung Mac ini. Sehubungan itu, Zaki mempersoalkan Pergerakan Pemuda Umno yang tidak turut membuat laporan terhadap projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang dikatakan juga terdapat unsur penyelewengan.
“Kenapa tak mengadu pasal itu? Berapa kontraktor dah terlibat dengan pembinaan jambatan itu. “Sepatutnya jambatan itu sudah boleh digunakan pada 2010 tapi tak siap-siap lagi,” katanya sambil menjelaskan projek itu dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Kota Baru.
Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua merentasi Sungai Kelantan menghubungkan Kota Baru dengan Tumpat dilancarkan pada 2 Ogos 2007 oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jambatan sepanjang 811 meter bernilai RM150 juta dibina bersebelahan jambatan lama dan ia turut melibatkan pembinaan jalan bertingkat bagi memudahkan aliran keluar masuk trafik.
Laluan bertingkat itu menghubungkan tiga lokasi iaitu dari Pasir Pekan ke Bulatan Kijang, Jalan Hamzah ke Wakaf Siku dan Jalan Sultan Yahya Petra ke Jalan Dusun Muda. Difahamkan projek sepatutnya dapat disiapkan penghujung 2009 itu dilanjutkan sehingga Dis ini.
Kes Felda: Mahkamah menyebelahi rakyat, macam mana pula di Perak?
| Mahkamah Persekutuan kelmarin mengarahkan supaya Felda membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995. Malah panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan. Saya menganggap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu telah menyebelahi rakyat dan ianya sesuatu yang dialu-alukan. Tambahan pula saya ucapkan tahniah kepada Tun Zaki yang mengepalai jemaah hakin untuk mendengar dan memutuskan kes ini. Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut. Namun sesuatu yang malang di mahkamah yang sama telah berlaku untuk negeri Perak apabila krisis politik Perak yang dibicarakan di mahkamah tersebut nampaknya kurang penting, sedangkan kalau kes Felda melibatkan 354 peneroka di Perak melibat 2 juta lebih penduduk yang terkial-kial menunggu keputusan yang sebenarnya. Semasa perbicaraan pada 5 November 2009 yang lepas pihak peguam DS Nizar yang menampilkan Pn. Ambiga untuk berhujah, dia telah mengemukakan bukti yang cukup kuat supaya lebih ramai hakin mendengar kes tersebut kerana ia memberi kesan kepada 2.4 juta rakyat Perak dan banyak lagi hujah yang diberikan. Pertanyaan saya lagi kenapa Tun Zaki langsung tidak nampak batang hidung dalam kes ini, jauh sekali untuk mengepalai kes MB Perak. Kalau kes Felda hanya untuk 354 peneroka dia sanggup tampil kenapa untuk 2.4 juta rakyat Perak dia tidak muncul. Rakyat Perak sebenarnya secara jelas telah menolak BN dengan lebih 50 peratus undi telah diberikan kepada PAS, DAP dan PKR dan selepas itu mereka bergabung dalam gagasan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Namun keharmonian kehidupan politik dan rakyat terganggu dengan teruk apabila Perak menyaksikan berlakunya satu kudeta yang terancang oleh BN apabila mereka berjaya menafikan hak rakyat yang memilih secara demokratik dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat dengan nilai jutaan ringgit. Kalau dalam kes Felda, mereka telah menipu 354 rakyat dan di Perak BN juga telah menipu rakyat dengan melanggar perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak demi kuasa yang telah hilang dan ditolak oleh rakyat. Mereka cuba mewujukkan kefahaman baru yang tidak benar iaitu bahawa mahkamah boleh mengesahkan seseorang sebagai MB. Kalaupun Tun Zaki tidak mengepalai panel hakim untuk mendengar ke MB Perak, kenapakah payah sangat untuk membenarkan lebih 5 hakim mendengarnya. Selain itu, nampak payah dan sesuatu yang tidak kena untuk menentukan siapakah pemenangnya. Setelah melewati 2 bulan kes ini masih belum diumumkan siapa yang menang. Jelas dua kes yang berbeza ini ada persamaan yang sedikit saya utarakan. Rakyat Perak sesungguhnya menunggu-nunggu sesuatu yang sebenarnya dipulihkan dalam sistem kehakiman negara termasuklah campur tangan pihak lain kepada badan ini. Seperti mana yang diucapkan oleh Tun Zaki beberapa hari lepas. Sekali ini mahkamah mampu melakukannya, dan ianya boleh bermula di Perak. |
Wednesday, January 20, 2010
Kaum Cina tiada masa depan dalam BN
| Mohd Rashidi Hasan |
|
|
Nampak macam yakin, hakikatnya BN makin gelabah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Hussien sampai meminta pembangkang bertaubat kerana kononnya menuding jari menuduh Umno menjadi penyebab tercetusnya insiden yang tidak diingini itu. Najib dan konco-konconya turun sendiri ke gereja yang terbakar lalu mengumumkan sumbangan RM500 ribu untuk gereja tersebut.
Sejak tercetusnya isu pembenaran mahkamah terhadap akhbar Herald milik Khatolik menggunakan nama Allah dalam terbitan mereka, ia mencetuskan konflik. Umat Islam marah kerana Allah tidak boleh disamakan dengan God dalam ajaran Kristian yang berkonsepkan trinity. Umno tahu umat Islam marah, jadi ia cuba menangguk di air keruh. Umno kelihatan mahu menjuarai isu tersebut. Mereka yang melancarkan demonstrasi bantahan di seluruh negara. Perhimpunan haram mereka tidak diganggu oleh polis. Tiada semburan air kimia dan gas pemedih mata. Media tali barut BN memberi liputan luar biasa.Sewaktu berdepan dengan PAS dalam isu hudud dan hukum syariah yang lain, Umno paling kuat mengejek. Hudud dijadi bahan senda gurau dan gelak ketawa dalam perhimpunan Umno. Tiba-tiba dalam isu kalimah Allah mereka mahu jadi juara pula.
Sepatutnya dalam isu berkaitan Islam, PAS terkedepan. Namun kenyataan rasmi yang dikeluarkan PAS, walaupun tegas, tetapi tidak emosi dan tidak menyinggung perasaan pihak lain. “PAS menyatakan pendirian bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristain dan Yahudi. “Bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Bukan sahaja Umno kecewa dengan kenyataan itu tetapi bukan Islam juga terkejut. Peratus penganut Kristian kecil saja di negara ini. Sejak 1511 mereka tidak menggunakan nama Allah dalam penyebaran ajaran Kristian di negara ini. Bukan perkara besar bagi mereka jika kebenaran menggunakan nama Allah tidak diberi. Usaha menggunakan nama Allah itu mungkin hanya idea segelintir paderi atasan untuk mengelirukan umat Islam, supaya ajaran agama mereka mudah diterima oleh kalangan umat Islam yang cetek pengetahuan tauhidnya.
Bagi pengikut Kristian umumnya, jika mereka tidak diberi kebenaran menggunakan nama Allah ia tidaklah menjejaskan ‘aqidah’ mereka. Tetapi sikap melampau dan perkauman Umno dalam menangani isu tersebut telah menimbukan rasa muak penganut Kristian terhadap Umno.
Begitu juga dengan masyarakat Cina yang bukan Kristian. Isu tersebut tiada kena mengena dengan mereka, tetapi mereka benci melihat Umno yang terkinja-kinja setiap kali tercetusnya isu agama atau kaum. Apa jua isu kontroversi dengan agama atau kaum lain, mereka nak jadi juara. Umno tidak lagi dilihat Juara Rakyat tetapi Juara Perkauman.
Walaupun di Semenanjung Kristian tidak ramai, tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah mereka adalah besar dan menjadi penentu undi dalam pilihanraya. Parti pimpinan Joseph Pairin Kitingan pernah menawan Sabah. Ia dikaitkan dengan kuasa Kristian, sekalipun Pairin berkali-kali menegaskan PBS bukan parti Kristian.
Di saat Umno kontang sokongan bukan Melayu/Islam, tiba-tiba muncul lagi isu yang menjarakkan mereka dengan golongan penentu itu; pasti ia memeningkan kepala Najib. Sebab itu ada asas mengapa Najib benar-benar gelabah biawak apabila gereja menjadi sasaran sekerat dua manusia yang tidak sempurna akal.
BN lebih ‘sakit’ apabila Mursyidul Am PAS, Presiden dan Timbalan Presiden meluangkan masa melawat gereja yang diceroboh. Baru terbuka semua mata golongan bukan Islam yang selama ini memandang PAS dengan pandangan yang rabun. Imej ‘PAS untuk semua’ semakin terpancar di setiap sanubari rakyat pelbagai anutan.
Bekas Naib Presiden MCA Dato’ Chua Jui Meng mengecam sikap Umno yang hanya bersandiwara dalam isu mempertahankan kalimah Allah kerana baginya Umno hanya menggunakan isu itu untuk kepentingan politik. Beliau mendedahkan, ramai orang Katholik tidak suka dengan Umno.
Ada juga teori mengatakan serangan terhadap gereja adalah konspirasi mereka sendiri bagi menonjolkan BN sebagai pembela semua agama. Lawatan terhadap gereja dan ganjaran RM500 ribu sudah diatur dari awal. Semuanya berlaku berurutan. Tapi teori ini boleh disangkal kerana bukan Islam di negara ini tidak macam orang Melayu yang mudah lupa.
Pengalaman lalu menunjukkan kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan boleh diatasi dengan pemberian kain batik, kain pelikat atau subsidi anak ayam buta menjelang pilihanraya. Tetapi bukan Melayu tidak begitu. Ganjaran RM500 ribu itu belum tentu melunakkan masyarakat Kristian di seluruh negara.
Di saat gereja di serang, media talibarut BN melaporkan juga sebuah surau di Klang menjadi mangsa serangan batu sehingga pecah cermin. Surau itu turut dilempar dengan air kencing. Malangnya satu sen pun Najib tidak beri sumbangan.
Sekarang Umno sedang melancarkan program Umno Juara Rakyat. Mereka akan turun ke semua bahagian di negara ini mencanangkan slogan Juara Rakyat itu. Semua gelaran juara di dunia ini dinilai dan ditentukan oleh pihak lain, juri professional atau orang ramai. Tidak ada orang yang mengisytiharkan diri sendiri sebagai juara. Tapi Umno meletakkan diri sendiri dalam bakul sampah lalu cuba mengangkatnya sambil berteriak ‘akulah juara rakyat’. Kalau Din Bramboi tahu dia akan gelak berguling-guling.
Huru-hara
| Zukri Aksah |
|
|
Umno cetus isu ‘Allah’ untuk ‘musnah’ Pakatan
“Saya nak cabar Umno malam ini, buktikan yang ini jika tidak betul.“Isu kalimah Allah ini diadakan untuk tujuan memecahkan DAP dan PAS... sebab itu mereka ingat apabila ada isu ini DAP akan keluar dengan kenyataan menentang (isu kalimah Allah) dan PAS akan membalas, dan akhirnya DAP dan PAS berpecah, maka pecahlah Pakatan Rakyat,” katanya
Tambah beliau, PAS dengan segera telah menyatakan pendiriannya berlandaskan al-Quran bahawa bukan Islam ada dan boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
“... bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh bukan Islam di tanah Arab dan Kristian di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Selain PAS, rakan mereka dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menyatakan pendirian senada dalam isu ini.
Anwar yang juga ketua umum PR berucap di Bandar Bukit Sentosa di sini, tempat di mana pada 9 Jan lalu Umno telah menganjurkan program tiga hari “Umno Juara Rakyat”, yang dirasmikan oleh Najib sendiri.
Kelmarin di Kuantan, Anwar yang juga penasihat PKR mendakwa kontroversi kalimah “Allah” sengaja ditimbulkan oleh Umno untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.
Ketua pembangkang di Parlimen ini berkata, Umno juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.
Anwar juga mengulangi bahawa penggunaan kalimah “Allah” sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir, malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.
“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.
Kawasan Parlimen Hulu Selangor dikuasai PR menerusi wakil PKR iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, bekas timbalan menteri Selangor.
Bagaimanapun Zainal tidak hadir pada ceramah malam tadi kerana sedang pulih selepas menjalani pembedahan kali ketiga baru-baru ini.
Ceramah di sini malam tadi merupakan persinggahan kedua Anwar yang sebelum itu berucap di Sabak Bernam.
Ia dilihat sebagai sebahagian daripada kempen PKR menjelang kes liwat kedua Anwar yang dijadual bermula Isnin ini.
Ceramah ini akan diadakan di 10 lokasi terpilih di seluruh negara.
Justeru Anwar yang bebas daripada tuduhan pertama enam tahun lalu memberitahu, beliau “bersedia untuk berperang habis-habisan” menghadapi isu tersebut.
Kata Anwar, beliau akan memanggil Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi apabila kesnya dibawa ke mahkamah.Tuesday, January 19, 2010
Royalti: Ceramah Ku Li dipindah ke stadium kerana sambutan
Sebelum ini ia dirancang untuk diadakan di Dewan Utama Kelantan Trade Centre (KTC).
Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya terpaksa mengubah lokasi ceramah memandangkan permintaan yang terlalu besar.
“Saya mendapat tindak balas ini melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan seeloknya ceramah itu diadakan di stadium supaya kesesakan tidak menghalang laluan jalan raya bila ia dibuat di dewan KTC.
“Dan hari Jumaat lepas Gegar telah maklumkan perkara ini kepada Tengku Razaleigh dan Tengku juga setuju ceramah itu diadakan di stadium,” katanya.
Program ceramah perdana melibatkan bekas pengerusi itu adalah salah satu dari siri ceramah secara roadshow yang akan dianjurkan Gegar di seluruh Malaysia.
Ia diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan tentang royalti petroleum mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dari perspektif orang yang bertanggungjawab membuat draf undang-undang berkaitan.
Dalam pada itu The Malaysian Insider difahamkan satu taklimat berhubung wang ihsan juga akan diadakan di salah sebuah hotel di Kota Baru sebelum ceramah perdana tersebut berlangsung.
Program tersebut dianjurkan Umno Kelantan.
Difahamkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad sendiri akan menyampaikan taklimat berkenaan.