Tuesday, December 4, 2012

Kalimah Allah di atas kepala Cristiano Ronaldo

Di tengah ramai pemberita di atas kecederaan Cristiano Ronaldo ketika menghadapi Levante, ada kisah lain yang lebih mengejutkan. Itu berkaitan dengan corak rambut CR7 yang kelihatan membentuk tulisan Allah dalam bahasa Arab.
Saat mendapatkan rawatan di pinggir padang akibat kecederaan tersebut, salah satu kamera televisyen menyerlahkan Ronaldo dari arah belakang. Pada saat itulah terlihat tulisan Allah terbentuk akibat corak rambut Ronaldo.
Video tersebut kemudian di-upload di Youtube dengan tajuk "Allah written in Arabic on Cristiano Ronaldo s head?" Dan mengundang banyak komentar.
Ada yang meragukan keaslian potongan gambar tersebut dan menganggapnya sebagai hasil olah digital. Namun pada beberapa video lain yang memaparkan peristiwa yang sama, tulisan di kepala Ronaldo tersebut masih kelihatan.
Kerana Ronaldo selama ini dikenali suka berganti-ganti gaya rambut, ada yang beranggapan lafaz Allah tersebut hanya kebetulan semata. Apalagi rambut Ronaldo ketika itu sudah tak lagi rapi di tengah pertandingan. Sementara yang lain menganggapnya dengan berbeza. Yang jelas, Ronaldo adalah salah satu penjaring gol kemenangan 2-1 El Real dalam perlawanan itu. Bagaimana dengan anda, apa anda melihatnya sebagai lafaz Allah?


1 comment:

Anonymous said...

Kalau betul ada?
nak masuk tandas cabut kepala
letak kat luar suh pengawal jaga
kepala tu!

Search This Blog

Loading...
Loading...