Monday, December 3, 2012

Ghani Bakal Lepaskan Jawatan MB Johor?


 Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dijangka tidak akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Serom dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Ini bermakna beliau tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar lagi.Ghani menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihan raya umum 1990.

Sumber Umno memberitahu, Ghani akan dilantik mengetuai sebuah agensi yang dilantik Putrajaya bagi projek mega petrokimia berharga RM60 bilion di Pengerang.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju melantik Ghani untuk mengetuai agensi itu,” kata sumber Umno yang ditemui di ibu negara sempena perhimpunan agung parti itu, Sabtu lalu.
“Ghani pada mulanya mahu bertanding sekali di kerusi Serom tetapi dibantah oleh pemimpin setempat dengan alasan sudah terlalu lama menjadi Adun.
“Beliau juga berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen tetapi tidak ada yang sesuai,” kata sumber itu lagi.
Pemimpin-pemimpin Umno Johor serta bahagian Ledang yang diketui Abdul Ghani tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

No comments:

Search This Blog