Thursday, May 10, 2012

Tarikh Pembubaran Parlimen Pilihanraya Umum (PRU Ke 13) Pada 14 Mei 2012 Ini?



Kalau di negara lain,parti politik yang bertanding akan diberitahu lebih awal supaya “lebih bersedia”. Tetapi di Malaysia lain pula ceritanya. Setiap parti politik mesti sentiasa bersedia & terus bermian teka-teki berdepan dengan “kemungkinan” pembubaran parlimen Pilihanraya Umum (PRU ke 13) pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang ini



Tarikh-tarikh Penting Pilihanraya Umum Ke 13 (Sumber Yang Dipercayai)
  1. Pembubaran Parlimen – 14 Mei 2012 (Isnin)
  2. Hari Penamaan Calon – 26 Mei 2012 (Sabtu)
  3. Hari mengundi (PRU ke 13) – 9 Jun 2012 (Sabtu)
Jikalau disemak semula tarikh pembubaran parlimen (PRU ke 13) ini, ia adalah satu hari selepas sahaja berakhirnya acara Perhimpunan Raksasa UMNO bagi menyambut ulangtahun ke 66 yang akan bermula daripada 11 Mei ini hinggalah 13 Mei 2012.
Samada tarikh pembubaran parlimen bakal diteruskan pada 14 Mei 2012 ini, semuanya akan dinilai semula berdasarkan sambutan hangat yang bakal diperhatikan “daripada jauh” sepanjang berlangsung Perhimpunan Raksasa UMNO kali ini.
  • Sebelum ini cakap-cakap mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan pada bulan November/Disember 2011 – Tidak jadi
  • Dan ada juga yang mula menerima “tanda-tanda” Pilihanraya Umum ke 13 bakal diadakan sekitar bulan Februari/Mac 2012 – Tak jadi
  • Pilihanraya Kampus terpaksa ditangguhkan sementara waktu yang sepatutnya diadakan pada bulan Januari 2012 lalu dan dianjakkan ke bulan September 2012. Ini kerana sebarang keputusan pada Pilihanraya Kampus bakal memberikan signal dan gambaran awal sokongan orang muda pada Pilihanraya Umum ke 13
  • Kemungkinan Pilihanraya Umum ke 13 bulan Jun 2012 – Diteruskan atau Ditangguhkan sekali lagi?
Hari ini, orang-orang Felda bakal menerima “durian runtuh” yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Berdasarkan semakan dan pemerhatian pada pilihanraya-pilihanraya umum yang sebelum ini, minggu hadapan pembubaran parlimen bakal dilakukan dan sewaktu kempen pilihanraya UMUM ke 13 itulah akan digunakan sebaiknya untuk tujuan pemberian durian runtuh akan mula diagihkan kepada orang Felda dan diselesaikan sebelum menjelangnya hari mengundi
Kalau nak tangguh lagi dan hanya mahu mengadakan sekitar bulan November/Disember 2012 sangat rugi jikalau dinilai permainan politik di Malaysia, kerana pada waktu itu sudah terlalu lama apatah lagi pelbagai pemberian yang ditabur oleh kerajaan untuk tahun 2012 ini sahaja cukup banyak daripada biasa.
“Bulan Julai? Kurang sesuai, kerana pada waktu itu negara “sibuk” dengan SUKMA di Pahang”
Jadi, dikhuatiri pemberian saguhati & pelbagai durian runtuh serta pelbagai projek yang diumumkan sebelum ini sudah dilupakan & dihabiskan oleh rakyat Malaysia.
“Pelaburan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum Pilihanraya Umum ke 13 kelak akan kurang impaknya jika terus ditangguhkan buat kali yang ke _________”
Jadual Datuk Seri Najib Sekitar Bulan Mei 2012 (Menjelang Kemungkinan PRU Ke 13) :
  1. Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu
  2. Pemberian “durian runtuh” kepada orang Felda yang bakal diumumkan di Jerantut, Pahang
  3. Datuk Seri Najib Razak akan terlibat dalam Sambutan Raksasa Ulang Tahun Umno ke 66 pada (11 Mei-13 Mei 2012)
  4. Sambutan bersama Datuk Seri Najib Razak semasa sambutan Hari Gawai kelak
  5. Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri perjumpaan “Rakan BN” di London pada (14 Mei 2012)
  6. Menghadiri majlis graduasi anak lelaki beliau di US
  7. Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara sekitar Sepanyol selama dua minggu bermula (pertengahan Mei 2012)
Tanda-tanda kecil dan besar Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula kelihatan dan semakin dekat. Walauapapun, keputusan akhirnya di tangan seorang yang menjawab jawatan Perdana Menteri di Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang juga merangkap Presiden UMNO & parti komponen BN. Semuanya bakal diputuskan berdasarkan pemerhatian dan nasihat bersama-sama dengan pasukan risikan PM sendiri.
  • “Perdana Menteri dilihat lebih yakin sekarang apabila optimis mengatakan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan bakal jatuh ditangan Barisan Nasional”
  • Kalangan JASA sendiri menilai sokongan penduduk luar bandar ke atas Barisan Nasional semakin meningkat selepas menyaksikan “rusuhan” semasa Perhimpunan Bersih 3.0
  • Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru
P/S : Jikalau benar Pililihanraya Umum ke 13 mahu diadakan dalam masa terdekat ini, pastinya ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai 2012 memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula pada ketika itu. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.

No comments:

Search This Blog