Akhirnya Penipuan Terbongkar, Memang Berlaku Perlanggaran Antara Mat
Sabu Dengan Kereta Polis.
Panel Siasatan Suhakam merumuskan kecederaan Timbalan Presiden PAS
Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu adalah disebabkan
pelanggaran dengan kenderaan polis.
Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor
yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu.
"Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada
pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik.
Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di
pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.
Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake
Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu
Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.
Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor
tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada
bahagian cedera.
Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan
permukaan keras.
Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti
konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis
melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis.
Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan
hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan.
"Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara
yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel
itu.
Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang
membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa
dibedah ekoran ligamennya koyak
No comments:
Post a Comment