"Desas-desus berita menyatakan bahawa bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat dan Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Hari bakal menyertai PR semakin bertiup kencang.
Perkara ini tidak mustahil kerana Tee Keat jelas sekali semakin dipinggirkan oleh MCA. Beliau kelihataan bergerak berseorangan hanya dibantu oleh rakan-rakan yang setia dengannya. Selepas tewas dalam perebutan jawatan Presiden MCA, Tee Keat dilihat menjalankan agenda individu diirnya sendiri sahaja.
Ong Tee Keat yang
dikalahkan oleh pelakon video pada pertandingan merebut jawatan Presiden
MCA tidak lama dulu sudah pasti diketepikan dari bertanding mewakili
MCA pada PRU 13 nanti. Mana mungkin pelakon video memberikannya peluang
bertanding. Malah Tee Keat dilihat sejak akhir-akhir cenderung
mengeluarkan pendapat dan pandangan yang berhaluan kiri di mata MCA.
Manakala Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har yang di'rotan' oleh Ali Rustam selepas menyertai demonstrasi 'haram' Bersih 3.0 juga diramalkan akan meninggalkan MCA parti tunggangan Umno sejak sekian lama.
Ada pihak meramalkan kedua-dua pemimpin MCA ini akan meninggalkan MCA menjelang penamaan calon PRU 13. Malah Tee Keat sendiri yang bertegas tetap bertanding di Parlimen Pandan kemungkinan besar bertanding atas tiket PR kali ini.

No comments:
Post a Comment