Menteri Pertanian, Dato’ Seri Noh Omar cuba menjadi  ‘matador’ kepada 
lembu NFC dengan mengatakan seolah-olah Pakatan Rakyat  tiada mahu 
menerima hakikat sesebuah projek atau perniagaan boleh  terjejas atau 
kerugian.
Pemimpin dan media tali barut Umno- BN mengalihkan fakta dengan cuba menipu rakyat bahawa Pakatan Rakyat memesongkan teguran Ketua Audit Negara terhadap NFC. Kita memahami asas teguran Ketua Audit.
 Kita juga memahami, sebagai 
salah sebuah agensi kerajaan, Jabatan Audit masih mempunyai batasan 
tertentu dalam membuat teguran. Kita juga tahu bahawa Ketua Audit tidak 
pernah mendakwa akaun NFC berada dalam keadaan kucar kacir. Jika tidak 
ada pun teguran Ketua Audit, rakyat berhak mengetahui butiran terperinci
 sebuah projek besar yang menggunakan dana negara atau wang rakyat.
 Berasaskan teguran audit bahawa wujud beberapa kelemahan dan keraguan 
mengenai projek NFC, kita mendapati bahawa ianya harus dibongkarkan 
supaya rakyat tahu apa yang terjadi.
 Umno-BN jangan lari dari beberapa persoalan pokok yang kita bangkitkan. Usah kelentong rakyat dengan pelbagai penipuan lagi.
 Pertama, rakyat mempersoalkan mengapa projek ini diberikan kepada 
anggota keluarga Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan seorang
 Menteri dan Ketua Wanita Umno?
 Amalan kronisme 
ini bercanggah dengan aspirasi rakyat dan ianya boleh mengundang kepada 
berlakunya salahguna kuasa dan rasuah oleh anggota kabinet atau 
rakan-rakan yang meluluskannya?
 Kedua, mengapakah
 semua urusan NFC, anak-anak syarikat dan yang berkaitan dengannya, 
semuanya di atas nama suami dan anak-anak Shahrizat?
 Nama, alamat, nombor kad pengenalan dan jumlah pemilikan saham dalam 
sijil pendaftaran syarikat (ROC), jelas menunjukkan, keseluruhannya 
milik anak-beranak Shahrizat.
 Ketiga, rakyat 
ingin tahu, mengapakah kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang kepada 
NFC terlalu awal, sedangkan pada waktu itu, perjanjian kerajaan dengan 
NFC masih belum ditandatangani?
 Fakta ini 
dibongkar dalam mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC), yang
 dipengerusikan Dato’ Seri Azmi Khalid, mendapati kerajaan membuat 
pembayaran kepada NFC beberapa tahun lebih awal dan dihabiskan pada 
tahun 2009, sedangkan perjanjian hanya dibuat pada 2010.
 Keempat, berkait dengan pembayaran awal kepada NFC, atas prosedur mana 
diambil dengan dokumen apa yang menjadi asas untuk kerajaan mengeluarkan
 arahan pembayaran?
 Hal ini mengundang dakwaan 
bahawa wujudnya kesilapan besar kerajaan yang melanggar prosedur 
kewangan dengan membuat pembayaran kepada syarikat yang belum disahkan 
secara rasmi melalui perjanjian. Hal ini juga membangkitkan persepsi, 
bahawa kemungkinan wujudnya arahan politik kepada kementerian terbabit 
untuk mengeluarkan dana awam kepada NFC tanpa asas dokumen yang kukuh.
 Kelima, adakah wang sejumlah lebih RM70 juta peruntukan awal dari 
Kementerian Pertanian dan pembayaran lebih RM130 juta (sebahagian 
daripada RM250 juta) kepada NFC yang diakui Noh Omar, semuanya digunakan
 untuk projek lembu?
 Perkara ini dirujuk kepada 
pembelian kondo mewah One Menerung dan kondo di Singapura seperti yang 
diakui suami Shahrizat. Juga perbelanjaan besar percutian mewah anggota 
keluarga Menteri, dipastikan tidak menggunakan dana NFC?
 Mengapa dalam transaksi kewangan NFC menunjukkan dengan jelas, wang itu
 digunakan untuk perkara selain daripada projek lembu? Apa kena 
mengenanya lembu dengan kondo?
 Keenam, oleh 
kerana dana NFC diperolehi daripada wang rakyat, rakyat berhak 
mengetahui mengapa sejumlah ratusan ribu dibayar kepada anak beranak 
Shahrizat, sama ada berbentuk upah, elaun atau gaji.
 Apa rasionalnya dibayar upah terlalu tinggi untuk projek perniagaan 
yang tidak menguntungkan? Inilah antara beberapa persoalan pokok yang 
harus dijawab Umno-BN. Jangan lari tajuk, jangan cuba perbodohkan 
rakyat, kerana rakyat bukan lembu NFC.
 Ingatlah 
rakyat tidak sebodoh pemimpin Umno, daripada Perdana Menteri sehingga 
Ketua Umno cawangan, yang mempertahankan penyelewengan dan salahlaku 
anggota keluarga Ketua Wanita Umno. 
 Atas asas 
inilah rakyat sudah tidak sabarsabar lagi hendak menumbangkan Barisan 
‘lembu’ Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang. Hidup rakyat, 
tumbang BN!.
 
 
No comments:
Post a Comment