Gambar hiasan
Pada suatu senja yang
lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya
yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang
berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka
atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping
dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan
yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah
Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu
lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai
ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar
Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."
Kepala Nabi Musa
terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan
itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya
sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa
berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka,
pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku
kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata
kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu
dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit
dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu
harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi
kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula
manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya,
betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya,
Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari
dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi
Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita
pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu
bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada
perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril
dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya
lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan
itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali.
Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak
wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh
perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak
untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang
bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud
yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu
berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima
kedatangannya.
Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)
Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:
“Orang
yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang
membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan
ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang
yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia
mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu
huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari,
sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di
dunia.”
Sujudlah kepadaNya tanpa alasan
Al-Ghazzali berkata:
“Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi
Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh
orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada
membunuh 100 orang kafir.”
Ahmad bin Hanbal
berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang,
tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah
lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan
sembahyang.”
Demikianlah kisah Nabi
Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita
dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
No comments:
Post a Comment