Kenapa semakin ramai rakyat Malaysia percaya UMNO dan presidennya Perdana Menteri Mohd Najib Razak, seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai!
Sebab
utama kerana Najib telah kehilangan integriti setelah kekayaan negara
dan segala-galanya harta milik rakyat menjadi "milik peribadi", termasuk
sebahagian besar pemilikan itu dilakukan para kroni beliau.
Najib
dituduh sebagai seorang pembohong tegar! Yang ganjilnya, dia tidak
peduli langsung. Dia tidak terasa malu bermuka-muka dihadapan rakyat dan
masyarakat umum. Jika hari ini dia boleh menggambarkan dirinya sebagai
seorang malaikat, keesokan harinya dia boleh berlagak seperti seorang
diktator dalam "Banana Republic"
Muka tebal atau
tidak, tapi ini lah yang berlaku bila AG didesaknya membuat rayuan
pembebasan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan Sodomi II.
Sebagai
perbandingan, Anwar konsisten. Daripada mula beliau mengakui hak AG
untuk membuat rayuan. Setelah rayuan difailkan, Anwar tidak gelabah dan
dia tidak mengatakan keputusan itu tidak wajar walaupun ramai rakyat
berpendirian begitu.
Sebaliknya MP Permatang Pauh
itu berpendapat, rayuan kes sodomi itu tidak sama sekali menjejaskan
hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya daripada Najib dan UMNO!
Kenyataan dan pendirian Anwar satu testimoni terhadap keyakinan diri yang kukuh. Bukan seorang pemimpin flip-flop!
Semua
rakyat tahu, para ulamak, termasuk 40 ulamak muda, profesor universiti,
bankers, ahli-ahli perniagaan, anggota polis dan tentera, judiciary dan
ramai lagi dipergunakan Najib dan BN semata-mata untuk mengekalkan
kuasa.
Malah para hakim juga boleh dibeli seperti dibuktikan dalam insiden pita rakaman Lingam yang tersebar luas menjelang PRU 2008.
Tun
Mahathir dan rejim UMNO lebih cenderung melihat Anwar dalam penjara
seperti pernah mereka lakukan pada 1998 untuk terus kekalkan kuasa.
Anwar adalah manusia yang jadi penghalang mereka terus duduk di atas
singgahsana kuasa dan hidup seperti maharaja!
Memasukkan Anwar dalam penjara akan melemahkan pembangkang pada tanggapan puak ini.
Najib
bijak berlakon dan pandai berpura-pura. Seolah-olah keputusan rayuan
tidak kena mengena dengan beliau. Tapi siapa lagikah yang percaya dengan
Najib? Dia membenarkan Tun Mahathir dan gangsternya, melakukan
kerja-kerja itu.
Tun Mahathir awal-awal lagi
secara terbuka berkata tidak ada salahnya kerajaan mempertikai keputusan
hakim yang membebaskan Anwar.
Najib cuci tangan
dan dia mahu kelihatan seperti seorang yang baik, seorang wassatiyah
dengan tidak memalukan dirinya sebagai seorang Perdana Menteri jika
membuat rayuan.
Amat malang kepada orang Melayu
mempunyai seorang pemimpin dan perdana menteri yang begitu lemah. Najib
tidak mengawal partinya sebaliknya parti mengawal dia!
Selepas
Anwar dibebaskan dari tuduhan Somomi II, berita itu merupakan headlines
akhbar-akhbar utama di seluruh dunia sebagai bukti bukan sahaja rakyat
Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa percaya Anwar difitnah dalam
konspirasi Najib dan UMNO!
Masyarakat
antarabangsa dan sebahagian besar rakyat Malaysia yakin dan percaya,
Dato Seri Anwar adalah pemimpin terbaik untuk Malaysia untuk keluar dari
kemelut yang dialami sekarang.
Nampaknya pihak
pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa dalam rayuan itu kerana mahkamah
jelas berada dipihak BN. Apapun isu RM250 juta skandal lembu NFC
Shahrizat membayangi kes tersebut. Ini membuktikan rakyat Malaysia sudah
membuat keputusan siapa perdana menteri mereka. Orang itu tentu sekali
bukan Najib!
Harapan diletakkan kepada Anwar
untuk membawa mereka yang bersalah dengan penipuan dan membawa keluar
wang rakyat sebanyak RM888 bilion daripada 2000-2009.
Seperti
kata-kata seorang pemandu teksi KL, Tan Sri Khir Toyo tidak akan
didapati bersalah melakukan jika BN masih bekuasa di Selangor!
No comments:
Post a Comment